Iklan Berbayar

Ruangan Iklan untuk disewa dengan kadar RM20 sebulan tanpa posting dalam Teratak Chetam atau emails kepada Mailing List.

One Drop Perfume

Kelas akan dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Sila klik tarikh bertanda Kelas Coklat pada kalendar di atas untuk mengetahui sama ada kelas masih lagi mempunyai kekosongan.

Setiap kelas mempunyai tidak lebih dari 3 peserta. Sekiranya terdapat hanya seorang peserta, kelas akan dibatalkan dan peserta berkenaan boleh memilih tarikh lain.

Yuran adalah sebanyak RM250 dan peserta boleh membawa pulang tools yang digunakan. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini, Kelas Coklat.

November 06, 2009

IKLAN BERBAYAR : KELAS MASAKAN DI ZATI D'HATI

Anda minat nak belajar deko kek?

Kami akan ajar samada anda dah ada basic ataupun belum. Jangan bimbang, kami akan bimbing sehingga anda dapat melakukan dengan baik.

Sebarang pertanyaan, keraguan dsbnya, sila pm atau email ke zatidhati@gmail.com atau call 017-9427033, 013-9823030. SMS tidak dilayan, maaf ye. Anda juga boleh layari http://zatidhati.blogspot.com untuk melihat perkembangan kelas dan pengeluaran produk kami.

Ada sesapa nak belajar hias kek dalam cuti sekolah ni, ambil kesempatan sementara anak-anak cuti sekolah. Di bawah ni jadualnya:

JADUAL KELAS KEK ZATI D'HATI
7 nov - buttercream 3D dan carton artwork
8 nov - buttercream basketweave & speciality/ fondant hantaran (ada 2 kosong)
9 nov - intensif cupcake (ada 3 tempat kosong)
10 nov - chocolate deko (ada dua tempat kosong)
11 nov - hand made chocolate (ada dua tempat kosong)
12 nov - novelty, basketweave, speciality (ada dua tempat kosong)
13 nov - 3D & cartoon artwork, fancy cookies
14 nov - choc deco/ cupcake
15 nov - intensif cupcakes
16 nov - ? (boleh tempah sebarang kelas)
17 nov - ? boleh tempah sebarang kelas)
18 nov -? (boleh tempah sebarang kelas)
19 nov - ? (boleh tempah sebarang kelas)
20 nov - ? (boleh tempah sebarang kelas)
21 nov - intensif cupcakes/tiers wedding buttercream
22 nov- fondant stack wedding cake/ fondant tiers wedding cake (ada dua tempat kosong)
23 nov - fondant hantaran/ choc deco (ada 2 tempat kosong)
24 nov - ? (boleh tempah sebarang kelas)
25 nov - ? (boleh tempah sebarang kelas)
26-27 - CUTI AIDIL ADHA
28 - ? boleh tempah sebarang kelas
29 - stack wedding cake (royal aising) - 2 kekosongan
30- basketweave berpenutup & speciality hantaran & choc deco ( 1 kekosongan)
1 dec - kelas choc indulgence dan kek opera (ada dua kekosongan)
2-4dec - ? (boleh tempah sebarang kelas)
5&6 dec- CUTI
7 & 8 dec - kelas sugar flower (ada dua lagi kekosongan)
9 dec - chocolate fondant, fantastic jelly (ada dua lagi kekosongan)
10 dec - wedding stack fondant dengan 3 teknik (ada dua lagi kekosongan)
11-31 dec - ? (boleh tempah sebarang kelas)

Kat mana bengkel kami? Kat Bandar Diraja Pekan. Mungkin ada yang kata, "jauhnya." Bila kita anggap jauh, maka terasa jauh jadinya. Bila kita rasa dekat, tak ada apa pun jadi halangan. Ada bilik penginapan di bengkel kami, bayaran RM10 untuk satu malam.

Kalau nak hotel, rest house, ni nombornya:
Penginapan:
Polo Inn 09-4224587
Inderapura 09-4266166
Melati Inn 09-4223388
Chief Rest House 09-4226941
Bermalam di bengkel - dikenakan bayaran RM 10 semalam

Terimakasih atas sokongan anda.
Zati D'Hati

November 03, 2009

IKLAN BERBAYAR : KELAS MASAKAN DI AKADEMI CITRA KLASIK



www.citraklasik.com
Sekali dtg, pasti akan dtg lagi....

7 Nov - 10pg ke 5 ptg

PRODUK SEJUKBEKU UTK PENGUSAHA KECIL Part 1 : belajar membuat produk, teknik sejukbeku dan pembungkusan serta jangka hayat produk: Roti Canai, Roti Boom, karipap pusing, karipap biasa, samosa, popiah, kueh boom, cucur badak, kueh keria, cek mek molek, kueh kasturi. KELAS PRAKTIKAL. Sila bawa apron, kayu penggelek kecil, sehelai tuala tangan, pisau kecil. Free acuan karipap 2 unit seorang

Ahli RM170 + mkn Tengahari & sijil
B/Ahli RM200

---------------------------------------------------------------

8 Nov - Ahad 10 pg

BENGKEL CUP CAKE : belajar membuat cup cake menggunakan kek butter chocolate, kek butter badam, kek sponge anika rasa, teknik membuat pelbagai jenis krim dan hiasan yang menarik utk majlis perkahwinan, birthday dan apa saja…jgn ketinggalan! Kelas praktikal, dtg bawa apron ye! Anda akan pulang dengan pelbagai variasi cup cake sebanyak 16 biji….jgn lepaskan peluang ini.. sila bawa nozzle 233, 22, 69, 16, 4ft, 104, 48 ( nozzles boleh juga dibeli di Citra Klasik)

Ahli RM95
B/Ahli RM140

---------------------------------------------------------------

8 November - Ahad 3 ptg

KELAS TERBARU...jgn ketinggalan.........ANIKA DIMSUM HALAL.

Anda suka makan DIMSUM tapi susah nak dapat yg halal? Jom kita belajar dan buat sendiri..sungguh mudah sebenarnya...4 jenis DIMSUM aneka inti...belajar secara praktikal/hands on dan bawa pulang utk jamu keluarga....

Katerer katerer di luar sana....apa lagi? Hidangkan makanan istimewa ini utk pelanggan anda...pasti ump!

Ahli RM80
Bukan Ahli RM100

---------------------------------------------------------------

10,11,12 Nov - 9pg ke 5 ptg

PEKEJ USAHAWAN BAKERI

10 November : ROTI : kategori sweetbun ( 10-15 jenis), sandwich loaf, French loaf, Italian Pizza.

11 Nov : PASTRI : shortcrust single & double, choux pastry, puff pastry, Danish Pastry , sugar Dough ( fruit tart, cheese tart, egg tart, cream puff, éclairs, chicken pie, sardine puff, blueberry pastry, croissant, apple pie, cheese pie, )

12 Nov : KEK & HIASAN : chocolate moist, chocolate fantasy, American chocolate, blueberry , blackforest, carrot & walnut cake, tiramisu, boston cheese, mocha kek, Royal Fruit.

·kelas 100% praktikal. SIla tempah kelas awal dan deposit 50% hendaklah dimasukkan ke akaun bank. Yuran selebihnya dibayar pd hari kelas. Kelas terhad kepada 10 orang yg pertama membayar deposit sahaja.
·Diskaun 10% utk pembelian peralatan bakeri yg berharga lebih RM10 di citra klasik dr 10 ke 12 Nov sahaja
·Sila bawa sehelai tuala kecil, pisau, gunting, spatula, turntable dan penggelek.

Ahli RM650
B/Ahli RM750
Sehari
Ahli RM220
B/ahli RM250
+ makan thgari
+ sijil
Free Apron utk pekej 3 hari

----------------------------------------------------------------

14 Nov - Sabtu 10pg

MENGHIAS KEK DGN BUTTERCREAM, terhad utk 5 org pertama yg mendaftar dan membayar deposit saja.
·Membancuh buttercream
·Teknik menghias dgn teknik paiping border, frills, bunga, daun, basket weave dan byk lagi
·Teknik membuat kek bertingkat sebagai wedding kek

Peserta akan menerima 2 bj kek yg dihias sendiri, 1 set cake pillar, cake board dan cake box , buttercream. Sila bawa nozzels, turntable, spatula, sehelai tuala tangan dan 1 roll tissue.
Ahli RM200
B/Ahli RM240

-----------------------------------------------------------------

15 Nov - Ahad 2 ptg

MEMBUAT DAN MENGHIAS FANCY COOKIES utk cenderahati perkahwinan atau hantaran pertunangan atau apa apa aja…..Design yg cun cun dan vogue gitu…
Yuran Promosi utk Ahli RM90
Bukan Ahli
RM120

-----------------------------------------------------------------

18 Nov - Rabu 3 ptg

PERMINTAAN TERLALU TINGGI MEMAKSA KAMI MENGULANGI LAGI DAN LAGI DAN LAGI.....

DONUT & CHARKOI : belajar membuat donut yg sungguh lembut dan gebu dengan pelbagai jenis topping dan hiasan dan juga charkoi cara jualan di pasar malam …free resipi, cicah cakoi : sos cili dan kaya pandan

Ahli RM50
B/Ahli RM80

------------------------------------------------------------------
20 Nov - Jumaat 2.30ptg

NASI LEMAK KOMERSIL : Belajar membuat NASI LEMAK KUKUS dan NASI LEMAK EXPRESS secara komersil, , sambal ibu yang kaw kaw, ayam goring serai, rendang cili padi daging, sambal tumis sotong kering, sambal ikan bilis dgnpetai Anda juga akan diajar utk mempelbagaikan lauk pauk utk nasi lemak dan juga teknik pembungkusan nasi lemak menggunakan daun pisang . Dptkan khidmat nasihat utk memulakan perniagaan nasi lemak. Bawa apron ye kak..ye bang…

Ahli RM100
Bukan Ahli RM130

------------------------------------------------------------------

21 Nov - Sabtu 10pg

KUEH BAHULU KOMERSIL : belajar membuat bahulu secara komersial, teknik pembungkusan dan penggunaan bahan pengawet utk jangkahayat bahulu : bahulu cermai, bahulu pandan chocolate rice, bahulu strawb, beri jem ,bahulu pelangi ,Bahulu gulung free resipi bahulu lapis
Ahli RM60
b/ahli RM80
------------------------------------------------------------------

21 Nov Sabtu 2ptg

PEKEJ KUEH TALAM / kueh basah: talam keladi, talam suji gula merah, , talam cendol, talam pandan nyonya/ Talam Gula Merah, talam berlauk, murtabak kraker, macaroni bakar, koleh kacang Serimuka pandan, serimuka pulut hitam, + 3 free resipi Talam Sagu Durian, Talam Soon, Kelas, Tlm Ubi kayu, Kelas Praktikal. Sila bawa apron
Terhad utk 10 org pertama yg membayar deposit sahaja
Ahli RM150
b/Ahli RM180
dgn teabreak & sijil

-------------------------------------------------------------------
22 Nov - Ahad 230ptg

FROZEN FOOD PART 2 : kueh pau yg gebu dan lembut, sardine roll, bread roll, mini murtabak. Ketahui teknik sejukbeku dan jangka hayat produk serta teknik pembungkusan .
Ahli RM70
B/Ahli RM90

--------------------------------------------------------------------
24 Nov - Rabu 3 ptg

KEK LAPIS KOMERSIL EKONOMI UTK JUALAN HARI RAYA : belajar teknik yg betul utk membancuh kek lapis, melapis dan membakar utk mendapat hasil kek yg lembut dan cantik serta tahan lama. Kek lapis prune, kek lapis masam manis, kek lapis lengit berempah, kek lapis chocolate cheese, kek lapis peppermint, kek lapis tembikai

Ahli RM100, b/Ahli RM140

--------------------------------------------------------------------
25 Nov - Rabu 3 ptg

KEK BUAH POPULAR : kek buah kukus, kek buah bakar yg lembab dan sungguh sedap, cupkek buah buahan utk buah tangan perkawinan. Belajar memotong kek utk buah tangan dan cenderahati dan pelbagai cara pembungkusan yg simple dan menarik.

Ahli RM60
B/Ahli RM80

--------------------------------------------------------------------

25 Nov - Rabu 10pg

PERMINTAAN TERHANGAT! KUEH BAKAR BIJAN, KUEH BAKAR JAGUNG, APAM BUNGA, APAM KAYA, PUDDING ROTI SOS KASTAD
Ahli RM50,
B/ahli RM60

--------------------------------------------------------------------

28 Nov - Sabtu 10pg

KEK KOMERSIAL ALA ALA PASAR MALAM : kek pisang, kek marble, kek pelangi, anika kek perasa butter, anika kek bantal ( sponge chocolate, sponge oren, sponge strawberi), kek chocolate ekonomi dgn topping, Chiffon pandan, lapis pandan free resipi lapis keladi, lapis oren. Kelas praktikal. Sila bawa apron, spatula. Percuma 1 tin kek utk setiap peserta

Ahli RM150
b/ahli RM190
+ lunch + sijil

---------------------------------------------------------------------
29 Nov - Ahad 10pg

KEK KAWIN/WEDDING CAKES KEMBALI LAGI ATAS PERMINTAAN RAMAI! : menghias KEK & CUPKEK dgn ising FONDANT dan ROYAL ISING. Belajar membancuh dan menebar fondant serta belajar paten paten menarik seperti swag, scallops, garret frill, ribbon inserts, marbling effect. Handkerchief dan byk lagi..anda akan pulang dgn sebiji dummy kek bernilai RM140 dan 6 bj cupkek bernilai rm30 yang anda hias sendiri…berbaloi kan? Kelas praktikal. Sila bawa apron dan kayu penggelek. Deposit 50% hendaklah dibayar sebelum 20 Nov. Terhad kepada 5 org pertama yg membayar deposit sahaja. ( anda boleh memilih utk menghias fondant ke atas kek yg betul dan bukan dummy dgn tambahan RM10 sahaja). Kelas ini tidak termasuk kelas membuat bunga dgn gumpaste...


SPECIAL UTK AHLI RM250
+ sijil + lunch

b/Ahli RM290
---------------------------------------------------------------------


Untuk pendaftaran : Sila SMS kan :
NAMA PENUH, NO.TEL, NAMA KURSUS & TARIKH KURSUS YANG INGIN DISERTAI kepada 0196430505 ( Amira) atau 0192605043( kakpau) atau telefon pejabat 0387346427 ,/faks ke 0387360034 atau datang sendiri ke AKADEMI CITRA KLASIK, 15, Jalan Hentian 4 , Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko, Kajang, Selangor. Utk kelas RM100 ke atas, deposit 50% hendaklah dimasukkan ke akaun kami sebagai pengesahan kedatangan..

October 23, 2009

Kelas Coklat 17 Oktober 2009


Rusliza dari Seremban datang ngan bodyguard. Si kakak kecil ni sibuk nak bantu mamanya tapi Chenul pulak dok sibuk ajak kakak main. Rajin dia melayan Chenul.....thanks.

Yang ini Nisak....juga dari Seremban. Muka saling tak tumpah macam Ezzah Aziz Fawzy....hehehe....datang bawa bodyguard juga yang merupakan peminat sinetron, pelakon dan penyanyi dari seberang....hehehe

Juliana orang dekat jer.....dari Sungai Ramal Dalam. Tempat kerjanya dekat ngan kilang coklat Beryls.....bertuah badan....hehehe

Tengah khusyuk membuat coklat.

Chenul ni kejenya menganggu jer Umi dia. Sat-sat dia panggil....nak ajar buat coklat pun tak senang. Sat-sat dia datang ke meja nak tolong celup coklat.....aduhhhh....

October 12, 2009

KELAS ASAS MEMBUAT CANDI DARI COKLAT

Anda boleh bawa pulang peralatan di atas - acuan ikut stok yang ada.

Misi Penting
Membuat kandi dari coklat couverture dan compound dengan cara yang paling mudah. Anda akan diajar teknik "tempering" coklat couverture yang mudah dan boleh dilakukan di rumah TANPA mengunakan marble slab atau memerlukan bilik yang berhawa dingin. Yang penting selepas selesai menghadiri kelas, anda boleh menjana pendapatan dengan menghasilkan HOMEMADE CHOCOLATE yang HALAL dan bermutu tinggi. Setanding dengan jenama besar seperti CADBURY atau Vochelle.

Apa yang anda akan belajar.
  1. Cara membuat inti coklat "ganache" - pilihan perisa strawberry, coklat, oren, blueberry
  2. Cara membuat coklat berasaskan coklat converture menggunakan Milk Chocolate - Coklat Kekacang, Coklat Praline dengan perisa pilihan
  3. Cara membuat coklat berasaskan coklat compound menggunakan White Chocolate - Coklat Praline dengan perisa pilihan
  4. Cara menyucukidi pada coklat untuk membuat LoliChoc
  5. Demo membuat Truffles yang mudah
Tips:
  1. Permilihan dan penjagaan acuan coklat
  2. Sumber mendapatkan bahan-bahan asas coklat yang halal, murah, berkualiti dan sedap
  3. Menyimpan dan membungkus coklat
Yuran adalah sebanyak RM 250 dan berikut adalah apa yang akan diberikan semasa kelas.
  1. Nota ringkas berserta FAQ (persoalan berserta jawapan yang akan membantu semasa membuat kandi di rumah)
  2. Bahan-bahan coklat yang akan digunakan semasa hands on - coklat converture,compound, ganache untuk filling coklat, kekacang seperti badam, hazel nut atau gajus
  3. Peralatan atau tools membuat kandi - food warmer, mangkuk stainless steel, spatula plastik - anda boleh membawa pulang tools ini selepas kelas selesai
Apa yang anda perlu bawa semasa menghadiri kelas:
  1. Apron sekiranya anda tidak mahu pakaian anda terkena coklat.
  2. Pen sekiranya anda perlu mengambil nota [b]sendiri[/b].
  3. Bekas plastik untuk mengisi kandi atau coklat yang siap untuk dibawa pulang.
  4. Wang lebih sekiranya anda ingin membeli coklat dan acuan tambahan.
Terhad untuk 3 orang setiap kelas. Sila email atau sms untuk book kelas anda.
Setiap Sabtu atau Ahad (10 am sehingga selesai).
Snek ringan akan disediakan.

CHETAM BIZ ENTERPRISE
VP01-41, Vista Perdana, Jalan 3/16
Seksyen 3, Bandar Teknologi Kajang
43500 Semenyih
Selangor
HP: 012-2650314
Email: chetam1@gmail.com

Medan Part 3 - Main Air

Lupa nama tempat ni tapi dekat jer dari rumah. Kali ni pegi ngan pick-up Khairul Niam. Sebelum ni pegi Pantai Cermin, kami naik pick-up Khairul Amri. Yang tak bestnya......Chetam tak dapat rasa open air sebab kena duduk di depan sebelah driver. Maklum la...orang jauh....hehehehe

Masuk kena bayar. Lupa pulak berapa tapi bila hujung minggu, harga tiket akan naik. Tak boleh bawa makanan dari luar tapi kami dah siap ngan bekalan sendiri. Terpaksa la buya makan sorok-sorok. Tapi kami order juga nasi goreng dari restoren yang disediakan. RP70,000++ untuk 3 pinggan nasi goreng. Ada 1 lidi sate, telur dadar, ayam goreng dan bawang jeruk. Kalau beli kat gerai biasa, harga sebungkus nasi goreng ialah RP7,000. Berbeza sangat....tapi tak derla ayam goreng ataupun sate. Chetam paling suka sebab ada bawang jeruk.....


Chenul tak sabar nak mandi. Tapi sebelum tu....posing dulu.
Tak sia-sia Chenul belajar berenang di Tadika Bistari IT. Cikgu-cikgu tadika bawa murid-murid ke UKM untuk belajar berenang. Siap dapat sijil.


Tak jemu tengok si Keisa ni......umur baru setahun lebih...suka sangat cakap AWAS....bimbang orang terhempap dia bila dalam kereta.....Buya panggil Dora sebab tahun lepas buya belikan patung Dora pada Keisa.



Buya dok main air ngan anak-anak buah. Rajin dia membuli mereka.

October 11, 2009

Medan Part 2 - Aksi Anak-Anak


video
Ini Shifa, anak kepada adik bongsu buya - Khairuni. Baru umur 2 tahun lebih. Sekarang di sana tengah dok tayang sinetron Isabella dan Manohara. So ramai anak-anak yang dok hafal lagu Isabella ni. Yang kelakar bila Shifa nyanyi......"Dia IcaElla...lambang cinta MANOHARA...." hehehe....mana mari lak lirik manohara ni...

Chenul ngan Zaki dan Keisa.....anak-anak adik Buya - Khairul Niam
Tak payah nak pegi supermarket....hehehe....mainan binatang ni akan lalu di depan rumah...panggil jer.....di Medan, mainan ni dipanggil ondong-ondong......lelaki kat belakang tu yang akan mengayuh bagi menggerakkan binatang tu. Sambil tu muzik anak-anak akan dimainkan
Seronok Chenul, Wawa dan Ela main ondong-ondong....Shifa terlepas sebab belum bangun tidur
Chenul beraksi ngan dress PowerPuff
Ini Qian. Baru setahun lebih. Anak ke 4 adik Buya - Kholidah. Comot mulut makan coklat. Qian very the protective. Kalau buya usik ibu atau kakaknya....mula la dia meraung....siap pukul-pukul buya...
Chenul ngan Mimi, anak ke 2 Kholidah. Posing sakan.
Shifa ngan Hafiz, anak ke 3 kepada Kholidah. Tengah beraksi ngan pump gun. Setiap kali raya, mesti ramai peniaga yang jual segala macam bentuk senapang api. Macam betul...siap ngan peluru.....harga dalam RP7000
Chenul beraksi lagi. Semakin besar, semakin pandai bergaya...
Chenul ngan Wawa yang muda setahun dari Chenul. Wawa ni anak kepada adik buya - Kholidah. Member kamceng ni.
Berposing dalam pick-up sebelum bertolak ke pantai Cermin. Di kiri sekali tu Tika, anak sulung Kholilah. Di sebelahnya pulak Ela. Anak sulung adik buya - Khairul Amri. Ela dah pernah datang ke Malaysia ngan Shifa.

October 09, 2009

Medan Part 1 - Pantai Cermin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Maaf sebab lama senyap......mood raya wei......lepas 2 minggu bercuti ke Medan, weekend lepas balik jenggah kakak di Tepeng. Lepas rindu pada hidangan raya sebab kakak-kakak buat juadah raya. Ketupat palas ngan rendang ayam pun ada, Kak Tih yang buat. Kak Ti masak bihun sup dan lodeh. Kuah kacang pun ada. Sepupu buat rumah terbuka....laksa tu....tapi masih tak leh lawan kesedapan laksa Kak Tih.

Chetam nak paparkan beberapa foto yang diambil semasa di Medan. Part 1 ni gambar semasa ke Pantai Permai aka Pantai Cermin. Kenderaan rasmi raya tahun ni ialah pick-up. Nak masuk kawasan pantai kena bayar RP10,000 seorang. Pondok Rp60,000 sebuah.....mana cukup so terbang Rp120,000. Makanan - ikan pari bakar dan ayam goreng dalam Rp60,000. Lepas makan ikan pari, terus menggaru.....sampai merah dua-dua tangan.





















October 08, 2009

Iklan Berbayar : JUS MATE 5

Nama Produk : JUS MATE 5

Info Produk : Program Jus Diet Mate 5, Mudah..Selamat..Berkesan.. Tanpa Kegemukan Semula....
JUS DIET MATE 5 merupakan satu revolusi baru dalam produk diet di mana formula yang di temui begitu efektif di dalam mengatasi masalah kegemukan.Di formulasikan oleh Dr. Che Rozmey Che Din, Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, MD(USM), M.MED(O&G)(USM) . Beliau telah melakukan penyelidikan dan kajian yang terperinci sejak dari Jun 2003 bagi mencari satu formula unik yang serba lengkap bagi program pengurusan berat badan. Herba-herba segar dari Eropah diadun khas istimewa dengan pati buah-buahan menggunakan kaedah 'biotech' terkini berteknologi nano amat berkesan dalam membantu mengurangkan selera makan, menjadikan anda rasa kenyang dan bertenaga untuk menjalani aktiviti harian. Adunan ini merupakan satu formula yang begitu istimewa di mana semua ramuan-ramuannya yang terpilih diadun dan bertindak balas dengan harmoni.


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk JUS MATE 5 atau produk-produk Herbaprima
yang lain sila lawati laman web http://roszaimah.dietmate5.com

September 12, 2009

Resepi : Tepung keluaran FFM

PISANG HARUM MANIS

Bahan-bahan A:
200 gm Tepung Blue Key Halus Lagi Putih
100 gm Mentega
100 biji Gula Kastor
1 tsp gm Perisa Pisang Star Brand
100 gm Badam kisar

Bahan-bahan B:
500 gm Pisang Berangan
1 tsp Serbuk Kulit Kayu Manis
50 gm Kismis
50 gm Gula merah
20 gm Gula kastor

Hiasan:
Gula Aising
Strawberi
Daun Pudina

Cara
1. Campurkan semua Bahan A dan jadikan ia serbuk.
2. Potong pisang nipis dan campurkan kesemua Bahan B.
3. Masukkan Bahan B ke dalam acuan souffle dan taburkan Bahan A di atas.
4. Bakar selama 40 minit pada suhu 180°C
TRIO NUT COOKIES

BAHAN A
Butter 100g
Gula Kastor 25g
Gula Perang 25g
Gula Icing 35g

BAHAN B
Kuning Telur Seri Murni 1 biji
Perisa Vanila Star Brand ½ TSP
Pewarna Coklat Star Brand 1/8 TSP

BAHAN C
Serbuk Penaik ½ TSP
Tepung Halus Lagi Putih Blue Key 125g

BAHAN D
Kacang Almond 25g
Kacang Hazel 25g
Kacang Pistacio 25g

Cara penyediaan :
1. Pukul bahan A hingga agak kembang.
2. Masukkan bahan B dan putar selama 1 minit.
3. Campurkan bahan C dan D seketika sahaja.
4. Setelah menjadi doh. Uli doh selama 2 minit dan terapkan.
5. Rehatkan doh selama 5 minit.
6. Bentuk adunan dan susun di atas dulang pembakar yang telah disapu dengan
majerin.
7. Bakar pada suhu 180’C selama 10-15 minit.
8. Taburkan ‘snow icing’ dan hias mengikut kreativiti.

Biskut Jari-Jari

Bahan-bahan.
170gm mentega
150gm gula aising
1 sudu teh Perisa vanilla Star Brand
1 biji telur Seri Murni
Bahan B
350gm tepung Halus Lagi Putih Blue Key
100 gram biji kuaci
1 sudu makan susu tepung
50gm serbuk badam
Sedikit Perisa Coklat Star Brand

Cara-cara
1. Kacau mentega dan gula aising hingga sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanila.
3. Akhir sekali masukkan bahan B dan gaul rata hingga menjadi doh.
4. Bentukkan acuan.
5. Sapukan kuning telur dan taburkan sedikit gula kasar.
6. Bakar pada suhu 180c selama 15-20 minit.

Riang Ria Raya Bersama Nestle

Sumber : www.nestle.com.my
Sila klik resepi untuk imej lebih besar.








September 09, 2009

Resepi Raya dari Kedai Bagus

Chetam pi beli barang kat Kedai Bagus dan Chenul memang rajin masukkan newsletter mereka dalam bakul setiap kali shopping. So bila balik baru perasan ada resepi di dalamnya. Datang pulak kerajinan dalam diri terus Chetam scan untuk dikongsikan bersama dalam Teratak Chetam.

Sila klik gambar untuk imej yang lebih besar.



September 08, 2009

Juadah Berbuka - 5 September 2009

Juadah ni Buya yang sediakan. Memang Buya yang masak juadah berbuka setiap hari kecuali hari minggu. Tapi dek kerana ada kelas coklat pada hari Sabtu lepas, Buya pun masak.

Student coklat siap bagitahu mengembak bau sambal ikan ni. Ikan ni dari Sabah juga tapi Chetam pun tak tahu ikan apa....hehehe

Limau penganti kurma
Gulai Lemak Kobis ngan Udang. Siap ngan kentang yang merupakan favourite Buya
Kuih dari Pasar Ramadhan.....Ketayap tu Buya punya dan Buah Melaka tu Chenul punya
Agar-agar ni Chetam yang punya....hehehe

Aksi-aksi Chenul menunggu waktu berbuka......tahun ni 1st time Chenul berpuasa. Chenul baru 5 tahun.

Kelas Coklat 5 September 2009

Ida dari Taman Pelangi Semenyih
Su dari Taman Maluri bawa bodyguard - Athira
Ini pula hasiltangan Salbiah dari Puchong. Salbiah tak nak gambar masuk Teratak Chetam, nanti orang kenal....hehehehe
Penuh hiasan Mashmellow kali ni...
Chenul dapat main ngan geng sebaya kali ni......

Koleksi Resepi Daisy oleh Chef Liza


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung Teratak Chetam yang beragama Islam.

Mungkin sekarang anda sedang bertungkus lumus menyiapkan biskut-biskut untuk hidangan semasa Hari Raya Aidil Fitri nanti. Chetam masih dok lepak katak lagi. Masih belum buat sebarang biskut.

InsyaAllah kalau cuti diluluskan, Chetam akan mula bercuti pada 14 september hingga 29 September 2009. Tahun ni Chetam, Buya dan Chenul akan beraya di kota Medan. Sambutan di sana memang meriah tapi hujan emas di tempat orang...hujan batu di tempat sendiri...adalah lebih baik tempat sendiri. Tak dapatlah Chetam ziarah ke pusara Arwah Emak dan Arwah Bapak bersama kakak-kakak dan abang-abang.

Chetam akan mula menghantar email koleksi Daisy Chef Liza. Sekiranya anda berminat, sila daftar di dalam Mailing List Teratak Chetam secepat mungkin. Kalau terlepas, anda perlu hantar email personally kepada Chetam yer....macam biasa...

Resepi-resepi tersebut anda boleh juga perolehi dari laman web Sinar.FM dan juga Laman Web RTM. Bezanya....koleksi dari Sinar.FM lebih berwarna warni.

Andai kata Chetam terlupa....Chetam ambik kesempatan untuk menyusun jari sepuluh memohon kemaafan sekiranya perbuatan, perkataan, dan tulisan Chetam yang telah menyinggung perasaan anda.

Salam Aidil Fitri
Chetam, Buya dan Chenul

September 03, 2009

Juadah Berbuka - 3 September 2009

Chenul tengah berbuka puasa dengan nasi ngan tom yam udang
Ini Puding Choc Rich dari Kak Jun, myresepi.com.......resepinya nanti yer....Chenul nak main game DORA sat
Ini Rendang Ikan Tuna. Ikan ni Chetam beli dari sebuah kedai di Hentian Kajang. Ikan Tuna ni diterbangkan dari Sabah malam sebelumnya. Besar wei.....Chetam beli sepotong tapi bila dipotong 7 bahagian....masih lagi besar.
Ini Kacang Buncis Goreng Cabai.....resepi yang Chetam belajar dari Arwah Emak tapi Chetam tambah serbuk TUMIX sikit. Sayur ni memang sedap...pembuka selera....
Ini pulak lebihan ikan tuna....Chetam goreng kunyit jer. Makan ngan Kacang Buncis tadi.....mak ai....sedapnya....langsung tak layan Rendang Ikan Tuna.