Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


June 23, 2005

Koleksi Resepi Dari Puan Puti Mazura - Part 3

Nasi Briyani Gam
Ramai sangat yang minta resipi ni. Ini resepi family saya dari Muar. I have only done it 3 times sebab tedious and requires too uch time. But for the sake of fulfilling people's request, I am sending it in. Please don't confuse it with the nasi beriyani yang orang masak sekali dengan ayam (itu nasi beriyani Middle Eastern style). GOOD LUCK!!

Bahan-bahan (untuk Nasi)
1. 5 cawan* beras basmathi
2. 1 cawan ghee (minyak sapi)
3. 1 sudu teh buah pelaga
4. 1 inci kayu manis
5. 5 bunga lawang
6. 1 sudu teh jintan manis
7. setengah sudu teh koma koma (saffron)
8. 4 ulas bawang putih -hiris halus
9. 10 ulas bawang merah - hiris halus
10. 1 inci halia - hiris halus
11. 3 sudu makan rempah beriyani (pes)
12. segenggam gajus
13. segenggam raisins
14. 5 cawan air
15. garam secukup rasa

(*cawan = cawan kopi)

Cara-caranya
1. Pijarkan minyak sapi
2. Tumiskan bahan hiris beserta buah pelaga,kayu manis,bunga lawang dan
jintan manis sampai berbau harum
3. Masukkan rempah beriyani dan biar sehingga naik bau
4. Seterusnya masukkan beras dan kacau rata
5. Masukkan air sehingga menutup paras beras dan kacau rata
6. Masukkan saffron, gula dan garam, kacau rata
7. Kecilkan api. Masak beras sehingga separa masak

Bahan-bahan untuk lauk
1. 1 kilo daging batang pinang, potong anggaran 6x6x5 cm
2. 5 biji kentang (belah dua)
3. 8 biji telur rebus keras
4. setengah cawan ghee (minyak sapi)
5. 1 sudu teh buah pelaga
6. 1 inci kayu manis
7. 5 bunga lawang
8. 1 sudu teh jintan manis
9. 2 biji bawang besar (yang kuning), hiris
10. 5 ulas bawang putih - kisar
11. 10 ulas bawang merah - kisar
12. 1 inci halia - kisar
13. 6 sudu makan rempah beriyani (pes)
14. segenggam gajus
15. segenggam raisins
16. Air
17. Tairu (perahkan 2 biji limau nipis ke dalam 1 gelas susu dan biarkan 15 minit)/1 cawan yoghurt
18. garam secukup rasa
19. 1 atau 2 sudu makan tomato puri

Cara
1. Pijarkan minyak sapi, tumiskan bawang besar, bahan kisar dan semua rempah campak (kulit kayu manis etc) hingga naik bau
2. Masukkan pes beriyani dan biar terbit minyak
3. Masukkan daging dan kentang dan air (1 inci atas paras daging & kentang). Didihkan.
4. Kecilkan api dan masak hingga daging empuk
5. Masukkan bahan bahan lain dan 2 cawan air lagi. Kacau rata.

NOW THIS IS WHERE THE NAME "GAM" COMES IN

Peralatan
1. Alat kukusan
2. Kain muslin, untuk mengalas kukusan
3. Kain kapas yang agak panjang (3 meter)
4. Kanji/perekat (masak tepung kanji)

Cara
1. Masukkan lauk yang separa masuk kedalam periuk kukusan (tempat yang selalunya kita bubuh air)
2. Alaskan periuk mengukus dengan kain muslin (buat 3 layers)
3. Masukkan nasi yang separuh masak, gajus dan raisins (lihat bahan untuk nasi)
4. Tutupkan pengukus, Letak periuk mengukus atas periuk kukusan yang berisi lauk
5. Celupkan kain kapas dengan kanji
6. Lilitkan kain tersebut pada bahagian di antara periuk dengan pengukus. Pastikan iktannya agak kejap. No steam should be able to escape.
7. Letak atas api yang perlahan
8. Masak sehingga lebih kurang 1 jam
9. Buka lilitan dan buka tutup pengukus
10. Dengan menggunakan garpu, gemburkan nasi yang sepatutnya sudah masak by now.
11. Kalau nasi masih belum masak, ulangi proses kukusan.

Untuk menghidang
1. Sendukkan 4 senduk nasi ke dalam pinggan hidang yang besar, ratakan
2. Letakkan 4 ketul daging, 4 ketul kentang dan 4 biji telur di atas nasi tersebut
3. Sendukkan 4 senduk nasi lagi untuk menutup lauk tersebut
4. Taburkan bawang goreng, daun saderi, daun bawang dan hati ayam yang telah digoreng garing dan dicincang.
5. Kuah beriyani tadi di hidangkan berasingan
6. Selain itu acar buah juga boleh dijadikan hidangan sampingan (resepi acar buah saya sudah kirimkan)

Sup Mamak Style
Rempah untuk sup mamak style tu saja yang lain drpd. sup yang kita selalu buat. Anyway, untuk lebih kurang sekilo daging/tulang, bahannya are as follows:

Rempah
1. 3 biji bawang besar
2. 5 ulas bawang putih
3. 2-3 inci halia
4. 1-2 inci lengkuas
5. 3 batang serai
6. 3 sudu makan ketumbar - disangrai
7. 1 sudu makan jintan (putih & manis)
8. 1 inci kulit kayu manis
9. 10 biji buah pelaga
10. 10 biji cengkih
11. 5 biji bunga lawang
12. 4 biji buah keras (optional)
13. 2 sudu teh serbuk (kasar) lada hitam (optional)
14. Minyak untuk menumis

Isi
1. 1-2 kilo daging/tulang/ekor
2. 5 biji kentang, dibelah 4
3. 3 batang celery, dipotong
4. 3 biji lobak merah, dipotong baji.
5. Air untuk merebus daging.

Hiasan
1. Daun saderi & daun bawang serta bawang goreng.

Kisar semua bahan 1-7. Untuk menyediakan sup, mula mula rebuskan daging/tulang hingga empuk/lembut. Ketepikan. Kemudian, pijarkan minyak dalam periuk, tumiskan kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Bila sudah wangi, masukkan bahan kisar dan goreng hingga terbit minyak. Masukkan buah keras (dikisar) dan lada hitam, gaul rata. Kemudian masukkan
daging, air rebusan dan kentang (dan lain lain spt. carrot, celery). Masak hingga kentang empuk. Untuk menghidang, taburkan daun saderi & daun bawang yang telah dihiris serta bawang goreng.

Simple Soup

1. 1 kilo Daging/Tulang/Oxtail
2. 1 small packet of serbuk rempah sup Adabi, bancuh dengan air untuk buat pes
3. 5 cloves of garlic, ditumbuk
4. 6 shallots, ditumbuk
5. 1½ inch ginger, ditumbuk
6. ½ inch lengkuas
7. 1 large carrot, cut in bite size pieces
8. 4 potatoes, quartered
9. 4 celery sticks, cut into bite size pieces
10. 1 tbsp sugar
11. salt and pepper to taste
12. air
13. minyak untuk menumis
14. Daun saderi & daun bawang dihiris
15. Bawang goreng
16. 10 biji cili padi, ditumbuk kasar dan dibancuh dengan sedikit minyak bijan/olive oil dan garam (optional)
17. 2 sudu makan cuka masak (optional). See notes.*

Caranya
1. Rebus tulang/daging/oxtail sehingga empuk/lembut, ketepikan
2. Pijarkan minyak di dalam periuk
3. Tumiskan bawang merah, garlic, lengkuas & halia, jangan sampai
garing
4. Masukkan pes rempah sup
5. Masukkan tulang/daging/oxtail yang sudah empuk/lembut beserta air rebusannya
6. Masukkan kentang, carrot dan celery, biarkan empuk
7. Untuk menghidang, masukkan sup kedalam mangkuk, taburkan bawang goreng dan daun saderi & daun bawang. And of course the cili padi, if using.

*Untuk sup tulang, and for those wishing to increase their calcium intake, while the soup is boiling, pour in the vinegar (this will hakis the tulang and akan masuk ke dalam sup). The soup will be slightly sour but it is good.

NB: I love eating soup with boiled macaroni. Easy peasy lemon squeezy!!. Masak the macaroni and masukkan dal mangkuk before pouring the soup. Try it, you'll love it and it's a complete meal!!

Breadcrumbs
Breadcrumb is sold in supermarkets in packets or cartons. But it can slso be home-made. To make
2 cups of breadcrumbs.

1. 6 slices of bread which has reached its expiry date.
2. Toast it slightly
3. Air it for one day
4. Hancurkan with your fingers or use dry food processor.
5. Keep in airtight container and keep in fridge. Boleh tahan a few weeks.
6. Kalau nak guna, boleh campurkan garam dan lada hitam sedikit.
Gerenti halal.

Mushroom Soup
This recipe will make enough for 4 people as first course.

1. 4 cups of fresh white button mushrooms - wash thoroughly and slice
2. 2 cups of chicken / root vegetable homemade stock
3. 1½ cups of full cream milk
4. ½ cup of elderflower presse / non-alcoholic white grape juice
5. 4 tbsp unsalted butter
6. 1 onion, sliced
7. salt and pepper to taste.

Method
1. Heat butter in a heavy pot, fry the onion until fragrant (but not brown)
2. Add the sliced mushroom and stir the mushroom until soft.
3. Pour the stock and heat through.
4. Remove the pot from the heat and let it cool and put the contents through a colander, reserving the liquid and placing it back into the pot.
5. Place the onion & mushroom mixture in a food processor/blender with some of the cooled stock. Purify it or if preferred, processed it chunky.
6. Meanwhile, heat the liquid through, add on the milk and elder flower presse/grape juice. Reduce to thicken, if desired.
7. Add on the purified mushroom and cook until boiling point.
8. Season to taste with salt and pepper.
9. Ready to serve, with french bread/croutons/toast.

Sotong Goreng Celup Tepung

5 ekor sotong yang besar [dibersihkan, dan dipotong-potong serta toskan airnya. Jika boleh, keringkan ia seketika dengan menggunakan kertas tisu tebal atau kain bersih, atau boleh juga dijemur seketika]

Bahan-bahan tepung:
2 cawan tepung beras
sedikit kapur makan [kapur sirih]
sedikit garam
sedikit baking powder [jika suka]
sebiji telur [jika suka]
Minyak untuk memasak [perlu banyak untuk menenggelamkan sotong tersebut, seperti membuat goreng pisang]

Cara-caranya:
Tepung beras dicampurkan dengan garam, kapur sirih, baking powder, telur dan ulikan dengan sedikit air sehingga menjadi doh [seperti hendak membuat biskut]

Tutupkan doh di dalam bekas uli tadi sebentar dengan kain atau tuala kecil yang lembab. Biarkan selama setengah jam. Selepas itu, uli doh tersebut seperti membuat roti dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga ianya menjadi lebih cair dan sesuai untuk dicelup dengan sotong [juga sesuai untuk dibuat goreng pisang]

Pastikan minyak masak betul-betul panas. Celupkan sotong yang sudah 'kering' itu dan masukkan ke dalam minyak panas. Gorenglah seperti biasa. Bila tepung kelihatan sudah kekuningan, barulah diangkat. Hidanglah bersama sos cili.

Biryani Macaroni
This is something I received from last year's group. Tried and tested. Sedap!! Boleh ganti rempah biryani with rempah korma or rempah sup.

Bahan-Bahan
500 g macaroni
300 g daging cincang
5 biji bawang merah (dihiris - separuh dibuat bawang goreng)
2 sdm rempah beriyani
1 sdm serbuk ketumbar
1 sdm rempah korma
2 sdm cili boh
½ sdt lada putih
3 sdm kicap manis
3 sdm sos cili
4 sdm sos tomato
3 biji tomato (dipotong)
2 batang lobak (dipotong)
2 sdm halia (kisar)
2 sdm bawang putih (kisar)
1 sdm jus limau
1 cube stok ayam
3 biji cili merah (potong bulat)
3 biji cili hijau (potong bulat)
1 cawan minyak sayur
daun ketumbar, pudina, bawang goreng dan garam.

Cara Cara
1. Air dididihkan bersama rempah kurma, cengkih, kayu manis.
2. Masukkan macaroni hingga empuk dan toskan.
3. Panaskan minyak, tumis bahan hiris, halia, bawang putih dan lada kisar hingga wangi.
4. Masukkan daging cincang, rempah beriyani, sos, kicap, cube ayam, garam, lobak, cili hijau/merah, tomato dan jus limau.
5. Akhir sekali masukkan macaroni dan gaul hingga rata.
6. Taburkan dengan daun ketumbar, daun pudina dan bawang goreng apabila menghidangnya.

Pegedil/Bergedil

1. 5 biji kentang kuning, sederhana besar, dihiris dan digoreng hingga empuk (boleh juga direbus), tumbuk.
2. ½ cawan udang kering, dibasuh dan digoreng garing
3. ½ cawan hati ayam, digoreng dan dicincang halus
4. 5 ulas bawang merah kecil, digoreng sebentar
5. 3 ulas bawang putih, digoreng sebentar
6. 4 biji cili merah, digoreng sehingga pecah kulit
7. 2 sudu makan ketumbar, disangrai dan ditumbuk
8. 10 biji lada hitam, dititik
9. ½ cawan daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur)
10. Sesudu teh garam (atau lebih jika suka masin) dan sesudu teh gula, secukup rasa
11. 2 biji telur, dipukul
12. 2 cawan minyak untuk menggoreng

Cara
1. Tumbuk udang kering bersama bawang merah, cili dan bawang putih
2. Masukkan ke dalam kentang yang telah ditumbuk
3. Masukkan ketumbar, lada hitam, hati ayam, daun saderi (sup) dan bawang
4. Masukkan garam dan gula, gail rata
5. Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap satu), bulat dan leperkan.
6. Masukkan kedalam peti sejuk selama satu jam, untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak mudah lerai bila digoreng.
7. Panaskan minyak
8. Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan goreng sehingga berwarna keperangan.
9. Toskan minyak atas kitchen towel, dan hidangkan.

Ayam Goreng Sambal Jawa

1. 1 ekor ayam, dipotong kecil dan lumur dengan garam & kunyit.
Perapkan sementara penyediaan bahan lain.
2. 10 biji bawang merah
3. 4 ulas bawang putih
4. 1 inci halia
5. 1 inci lengkuas
6. 2 sudu makan gula merah/gula pasir
7. 1 cawan kacang tanah yang disangrai, ditumbuk kasar
8. 15 biji cili kering, direbus dan dikisar kasar ATAU 15 biji cili
padi (kurang/lebihkan ikut suka)
9. 1 sudu teh jintan manis
10. 2 sudu teh ketumbar, disangrai dan ditumbuk halus
11. belacan sebesar ibu jari, bakar
12. ½ - 1 cawan air asam jawa (dari asam jawa sebesar ibu jari)
13. 1-2 sudu teh garam
14. 2 sudu makan kicap manis
15. Minyak

Cara
1. Blend bahan-bahan 2,3,4,5,8,9, 10 dan 11
2. Gorengkan ayam sehingga separuh masak
3. Keluarkan sedikit minyak.
4. Masukkan bahan-bahan kisar dan gaul rata. Goreng sehingga rempah agak garing
5. Masukkan air asam jawa dan kicap, gaul rata
6. Biarkan ayam empuk
7. Bila agak kering masukkan kacang tanah dan gula. Gaul rata.
8. Masak sehingga betul betul kering.
9. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

PAIS IKAN

1. 4 ekor ikan kembung (seekor untuk seorang makan) atau 4 cawan fresh udang geragau atau 4 cawan fresh ikan bilis yang dibuang tulangnya
2. 10 biji bawang merah, dimayang halus
3. 1 labu bawang besar dimayang halus
4. 8 biji bawang putih, dimayang halus
5. 2 inci halia, dimayang halus dan panjang
6. 5 biji cili padi, dipotong halus (alternatively boleh guna cili
merah biasa)
7. 4 helai daun kunyit, dimayang halus
8. 4 helai daun limau purut, dimayang halus
9. 1 sudu teh garam (kalau suka masin, tambahlah lagi)
10. 2 sudu teh gula pasir halus
11. Asam jawa sebesar ibu jari, bancuh dengan tiga suku cawan air ATAU air drpd 6 biji limau kasturi/3 biji limau nipis/2 biji lemon
12. Daun pisang untuk membungkus, bersih dan layurkan (kalau duduk dalam town, tak jumpa daun pisang, guna aluminium foil pun boleh but aroma is not ummph)
13. Air untuk mengukus (kalau guna teknik mengukus, kalau guna teknik bakar, tak payah air).
14. Toothpick / lidi / mancis yang dibuang sulphurnya dan ditajamkan satu hujungnya/stapler

Cara
1. Bersihkan ikan/udang.
2. Didihkan air untuk mengukus (kalau guna teknik mengukus)
3. Dalam satu bekas, satukan semua bahan-bahan nos. 2-11, kacau rata hingga sebati (lebih sedap kalau ramas pakai tangan tapi yang sensitive tu, akan pijar - Caution : Jangan pegang baby or remove your contact lenses, after that). Kalau gunakan udang atau ikan bilis, gaulkan sekali dengan bahan-bahan diatas. Kalau ikan, jangan dulu. Follow step no. 4
4. Potong daun pisang anggaran satu kaki X satu kaki.
5. Letakkan satu/ dua sudu makan ramuan atas daun pisang, ratakan, letakkan ikan kembung, dan satu/ dua sudu makan atas ikan, ratakan. Bungkus/gulung daun pisang dan lipat kedua-dua hujungnya dan sematkan dengan lidi/stapler kan.
6. Kalau guna udang/ikan bilis, bahagikan ramuan kepada 4 dan bungkus satu persatu.
7. Masukkan bungkusan pais tersebut kedalam kukusan dan kukus selama 20 minit.
8. Kalau tidak guna teknik mengukus, letakkan kedalam kuali non-stick dan masak selama 20 minit dengan api perlahan.
9. Untuk makan, sila buka (jauhkan muka anda, nanti melecuh pulak) dan makan dengan nasi.

Mee Jawa

1. 1 kilo mee kuning, dicelur
2. 2 cawan keledek kuning/oren, direbus dan dilenyek (lebih oren lebih bagus - cannot be substituted with kentang, nanti jadi kuah mee rebus)
3. 1 cawan udang kering, digoreng dan dikisar
4. 1 cawan udang hidup, direbus dan dikisar
5. 15 tangkai cili kering, direbus
6. 5 ulas bawang putih, diketuk
7. 8 ulas bawang merah kecil, dihiris kasar
8. 1 inci halia, ditumbuk
9. 5 cawan air (lebih/kurangkan ikut kepekatan)
10. Sedikit belacan, dibakar
11. Minyak untuk menumis
12. Garam dan gula secukup rasa

Garnish
1. Telur rebus (sebiji untuk seorang), dipotong 4/5 melintang
2. Cili hijau dan cili merah dihiris
3. Bawang goring
4. Daun saderi dan daun bawang, dihiris
5. Taugeh, dicelur
6. Limau kasturi, dibelah

Cara
1. Blend cili kering, belacan, bawang merah, bawang putih,
halia.
2. Pijarkan minyak didalam periuk
3. Tumiskan bahan yang telah dikisar dalam (1), sehingga naik bau
4. Masukkan udang-udang yang telah dikisar halus dan gaul sebati
5. Masukkan air dan biar mendidih
6. Masukkan keledek yang sudah dilecek
7. Kacau sehingga pekat, kalau terlalu pekat, tambah air.
8. Sesuaikan rasa gula dan garamnya (kuah mee jawa agak manis)

Cara menghidang
1. Masukkan mee yang sudah dicelur ke dalam mangkuk
2. Letakkan cili hijau, cili merah, bawang goreng dan taugeh di atas
mee
3. Curahkan 1 atau 2 senduk kuah di atasnya
4. Letakkan telur di atasnya
5. Taburkan daun saderi & daun bawang
6. Letakkan belahan limau kasturi di atasnya.
7. Hidangkan.

Nasi Kerabu Kelantan
This is something I got from Pak Amir's digest of last year or so. Tried once, but I improvised a few things. But I am forwarding the original recipe from the digest.

NASI KERABU ISTIMEWA From : noraini@antara1.po.my

Bahan dan Penyediaan NASI
4 pot beras
4 pot air
1 batang serai dititik
2 inci kunyit hidup, ditumbuk lumat
sedikit isi cekur, ditumbuk lumat

Cara Memasak Nasi
Beras dibersihkan dan ditanak seperti biasa bersama-sama serai dan kunyit dan cekur.

Cara Menghidang
1) Sendukkan nasi ke dalam pinggan. Letakkkan sedikit sambal kelapa, sambal ikan, cili padi jeruk, tumis budu @ belacan diakhiri dengan ulam. Gaul rata-rata, bolehlah dihidangkan bersama lauk-lauk yang sesuai seperti solok lada, telur masin, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, keropok goreng, daging bakar, ayam bakar dan juga ikan goreng celup tepung.
2) Hidangan ini boleh juga dihidangkan bersama lauk-lauk kegemaran yang lain seperti rendang, ayam masak merah, kurma, kerutuk dan lain-lain lauk kegemaran.

Bahan dan Penyediaan SAMBAL KELAPA
½ biji kelapa parut
1 camca the garam
2 camca besar gula
sedikit gula
5 biji bawang merah, ditumbuk lumat
sehiris halia, ditumbuk lumat
10 biji lada hitam, ditumbuk lumat

Cara Menyediakannya
1) Campurkan kesemua bahan dan disangai atas api kecil sehingga agak kering.
2) Kemudian ditumbuk halus tetapi jangan sampai pecah minyak.

Bahan dan Penyediaan SAMBAL IKAN
5 ekor ikan kembung, dibakar dan diambil isinya
5 biji bawang merah
sehiris halia

1) Tumbuk bawang merah, halia, garam dan sedkit gula. Masukkan isi ikan dan tumbuk lagi sehingga hancur.
2) Masukkan bahan-bahan ini ke dalam kuali dan sangai hingga kering.

Bahan dan Penyediaan CILI PADI JERUK
1) Cili padi anggaran 1 mangkuk kecil, dibuang tangkai.
2) Campurkan 1 camcateh garam, 2 sudu besar gula dan ½ cawan cuka.
3) Perapkan selama 2 jam, kemudian dikisar tapi jangan terlalu lumat.

Bahan dan Penyediaan TUMIS BUDU @ BELACAN (salah satu saja..)
1 senduk budu @ 2 inci belacan, dibakar
5 biji cili kering
5 biji bawang merah ditumbuk l
2 biji bawang putih
sehiris halia
1 batang serai, dititik
sedikit gula merah dan serbuk perasa, jika suka
½ biji kelapa, ambil santan anggaran 2 cawan
2 sudu air asam jawa

Cara Menyediakannya
1) Didihkan santan hingga pecah minyak dan pekat.
2) Masukkan bahan-bahan tumbuk, budu @ belacan, serai, gula merah dan air asam jawa. Masak lagi hingga pekat dan agak kering.
3) Sesuaikan rasa dan angkat.

ULAM-ULAMAN - kesemua bahan ulam dihiris halus kecuali taugeh.
2 helai daun kunyit
5 helai daun cekur
1 tangkai bunga halia @ kunyit - jika ada
10 tangkai daun kesum
5 tangkai daun selasih/kemangi
2 batang kangkung
5 batang kacang panjang
1 kuntum bunga kantan
½ biji timun
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih jeruk
1 mangkuk kecil taugeh, dibuang ekornya

Bahan dan Penyediaan SOLOK LADA
10 biji lada hijau, dibelah jangan sampai putus dan buang biji
½ biji kelapa parut putih
5 biji bawang merah
sehiris halia
2 ekor ikan kembung, ambil isinya sahaja
sedikit garam, gula dan serbuk perasa
¼ cawan santan pekat

Cara Menyediakannya
1) Tumbuk bawang dan halia hingga lumat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa dan akhir sekali ikan. Tumbuk lagi hingga lumat.
2) Campurkan ke dalam kelapa parut dan sebatikan.
3) Sumbatkan ke dalam lada yang telah dibuang biji tadi.
4) Susunkan ke dalam periuk. Tuangkan santan pekat dan rebus hingga kering.

Bahan dan Penyediaan IKAN GORENG CELUP TEPUNG
5 ekor ikan, dibersihkan dan tos
½ cawan tpung beras
sedikit air kapur
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara Menyediakannya
1) Bancuh tepung beras bersama air kapur, serbuk kunyit, garam dan air secukupnya. Pekat cairnya seperti menggoreng pisang.
2) Panaskan minyak.
3) Celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga masak.

OPTION
PS : Hidangan nasi kerabu lebih sedap sekiranya dihidangkan dengan budu mentah begitu saja dengan memerahkan sedikit limau nipis ke dalam budu tersebut dan tak perlu lagi menggunakan tumis budu atau belacan. Jika suka menggunakan kedua-duanya pun tak menjadi masalah.

NASI KERABU - TIPS From: noraini noraini@antara1.po.my
Untuk pengetahuan, nasi kerabu ada bermacam-macam warna. Nasi putih biasapun boleh digunakan. Paling popular yang warna biru. Kalau kat Kelantan dipanggil nasi kerabu hitam dan yang berwarna kuning dipanggil nasi kerabu tumis. Kalau yang warna biru tu biasanya menggunakan sejenis bunga. Orang disini sebut bunga nasi kerabu... memang khas untuk memasak nasi kerabulah. Rupanya seakan-akan bunga seri pagi yang warna biru tu dan
buahnya seperti kacang sepat. Bila dimasukkan ketika nasi mendidih, bunga tersebut akan terus mencair dan menghasilkan nasi berwarna biru. Tapi nasi kerabunya tetap dipanggil NASI KERABU HITAM.

TETAPI, kebanyakan kat bandar-bandar sekarang, mereka menggunakan pewarna biru dan pewarna tu dimasukkan ke dalam periuk bersama-sama beras dan air mengikut sukatan dan tanaklah seperti biasa. Banyak atau sikit tu terpulanglah. kalau suka gelap, letak banyak lah..

SEBENARNYA penggunaan warna tu adalah lebih menyenangkan dan tak payah bersusah payah untuk menumbuk itu ini nak dapatkan warna. Kalau ikut cara orang tua-tua dulu, selain menggunakan bunga nasi kerabu, mereka menggunakan air perahan daun mengkudu atau kunyit & cekur untuk menanak nasi kerana aromanya lebih wangi dan rasanya lebih umphhh. Sebab dulu takde pewarna.

UNTUK MAKLUMAN saudari jugak, menanak nasi menggunakan air perahan daun mengkudu menghasilkan nasi berwarna kelabu dan aromanya juga berlainan dan taklah pahit walaupun daun mengkudu tu pahit.

WALAUBAGAIMANAPUN, saudari bolehlah mencuba mana-mana cara, dan penilaiannya nanti saudari sendiri akan tahu mana yang lebih sedap.

June 22, 2005

Koleksi Resepi Dari Puan Puti Mazura - Part 2

Tosei

1 cawan beras - rendam semalaman (at least 6 hrs)
setengah cawan kacang dal putih or kacang tosai - rendam semalaman (at least 6 hrs)
segenggam nasi yang sudah bermalam (kalau sanggup, guna nasi yang dah agak berair sikit, serious!!)
1 sudu teh garam


Cara
Blend bahan-bahan diatas hingga betul betul halus. Ketepikan bancuhan tepung selama sejam. Kemudian blend sekali lagi and kacau rata-rata. Panaskan griddle atau kuali leper yang besar. Lengserkan minyak masak (atau
kalau nak bagi gemuk, guna minyak sapi). Ceduk satu senduk bancuhan tepung dan ratakan senipis yang boleh, macam buat lempeng. Tutupkan dan masak selama 1-2 minit, Kemudian lipat dua, angkat dan
hidangkan bersama kari ikan (tanpa santan) atau chutney.

Asam Pedas Ayam.
Ini style yang rumit sikit, tapi berbaloi! Ada in English and Malay for benefits of all.

1. 1 whole chicken, cut into 8-10 portions (1 ekor ayam, dipotong 8-10 bhg.)
2. 15 dried chillies, deseeded, boiled and rinsed (15 tangkai cili kering, buang biji, rebus dan bilas)
3. 5 fresh red chillies (5 biji cili merah)
4. 1 onion, diced or sliced (1 labu bawang besar, dimayang/potong dadu)
5. 7 shallots, cut in 2s (7 ulas bawang merah, potong dua)
6. 5 garlic, slightly bang with knife (5 ulas bawang putih, ketuk dengan pisau besar)
7. 1 inch of galangal, skinned and cut into smaller bits (1 inci lengkuas, potong kecil)
8. 2-3 lemon grass, discard leaves and leafy parts, cut into smaller pieces (2-3 batang serai, potong kecil, buangkan bhg. berdaun)
9. ½ inch of fresh turmeric root, skinned and cut into smaller bits. Alternatively you may use 1 tbsp of dried turmeric powder (½ inci kunyit hidup, kikis dan potong kecil ataupun guna 1 sudu the kunyit serbuk)
10. Half cup of soft tamarind, mixed with 1 litre of water, discard any seeds. Use less or more water depending on the desired thickness. (Setengah cawan asam jawa, yang lembut, campur 1 liter air, buang biji. Kurang kan air
jika suka kuah yang pekat dan lebih masam)
11. 1 ladle of cooking oil (1 senduk nasi minyak masak)
12. 2-3 level tbsp sugar (2-3 sudu makan gula)
13. 2 tsp salt (2 sudu teh garam)
14. 1 sq inch of Malacca prawn paste (1 inci persegi belacan Melaka)
15. 1 bunch of kesum leaves, jika suka (1 cekak daun kesum, optional)


Method (Cara)
1. Clean the chicken and soak in tamarind juice, prepared earlier (Bersihkan kepingan ayam dan rendam dalam air asam jawa)
2. Rinse and drain cooked dried chillies, place in food blender, add in fresh chillies, shallots, garlic, galangal, lemon grass, turmeric, prawn paste and ¼ cup of tamarind juice, from the one used to soak the chicken. (Masukkan cili kering, cili merah, bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, kunyit, belacan dan suku cawan air asam jawa dari rendaman ayam tadi, ke dalam pengisar, kisar halus).
3. Heat oil in a pot/deep pan (Pijarkan minyak dalam kuali atau periuk)
4. Fry the onion until fragrant (Tumis bawang besar sehingga wangi)
5. Add in the blended chilli paste and decrease the heat. Fry until mixture becomes oily. Stir always. (Masukkan bahan kisar dan goreng hingga garing, kacau selalu)
6. Add in salt (Masukkan garam)
7. Add in chicken and the tamarind juice. Still with the low heat, cover the pot and cooked until boiling and chicken is tender. Stir gently. (Masukkan ayam dan air asam jawa, perlahankan api dan masak hingga ayam
empuk)
8. Add in kesum leaves and sugar. Boil further, stirring occassionally (Masukkan daun kesum dan gula, Teruskan masak hingga mendidih, kacau sesekali)
9. Adjust the taste. Reduce heat and continue simmering for 5 minutes. Remove from heat. (Sesuaikan rasanya, tambah gula, garam jika perlu, renihkan selama 5 minit. Tutup api).
10. Ready to be served with rice.(Sedia untuk disajikan dengan nasi).

Note: Asam pedas ayam sedap dimakan sekali dengan lauk ikan sepat goreng.
Barulah terangkat!!!

Baked Macaroni (Makaroni Bakar)

1. One pack of macaroni, cook al dente (masak sebungkus macaroni, sedikit kenyal)
2. 2-3 cups Cheddar Cheese, grated (2-3 mangkuk keju Cheddar, parut kasar)
3. 1 cup minced beef/lamb/chicken, cook until tender OR fresh prawns (1 cawan daging/ayam cincang di rebus atau udang - biar mentah)
4. 1½ cup of full cream milk (1½ cawan susu penuh krim)
5. 1 cup of cauliflower, cut into florets (1 cawan kobis bunga, potong kecil).
6. ¼ cup of fresh parsley or coriander leaves, chop coarsely (¼ cawan daun saderi/daun sup, dicincang)
7. 1 table spoon of scallion/spring onion, chop coarsely (1 sudu makan daun bawang, dicincang)
8. 2 knobs of butter (2 senduk mentega)
9. Salt, sugar and coarse black pepper (Garam, gula dan lada hitam, secukup rasa)

Method (Cara)
1. Heat oven at 150°C (Panaskan ketuhar pada 150°C)
2. Grease a baking dish (preferably stoneware) with the butter (Lengserkan bekas/dulang pembakar dengan mentega)
3. Mix the cooked macaroni, meat, cauliflower, half of the milk parsley/coriander and scallion thoroughly and season with salt, sugar and pepper, to taste (campurkan semua bahan lain kecuali keju dan separuh drpd.
susu, gaul rata)
4. Place one layer of the macaroni mixture on the baking tray (Letakkan satu lapisan campuran makaroni dalam bekas pembakar)
5. Place one layer of grated cheese (Letakkan pula satu lapisan keju parut)
6. Continue the process, alternating macaroni and cheese until finish (Ulang proses, selang seli)
7. Pour the milk onto the top layer (Curahkan susu pada lapisan terakhir)
8. Shake some salt and pepper on the top. (Taburkan sedikit garam & lada hitam di atas)
9. You may sprinkle the top with more grated cheese. (Boleh taburkan lagi keju di atas sekali)
10. Bake in the oven for 30 minutes (Bakar selama 30 minit/sehingga masak)

Note (Nota):
1. Adjust cooking time and heat according to oven (sesuaikan masa & kepanasan mengikut jenis ketuhar)
2. To cook macaroni al dente, bring to boil a pot of water, put in the pasta with 2 knobs of butter and some salt. Cook according to packaging instruction, place in a strainer and "wash" through with cold water. This is to prevent the pasta from cooking in its own heat. (Untuk masak makaroni "kenyal", didihkan air seperiuk, masukkan makaroni kering, dengan dua sudu mentega dan garam. Masak mengikut peraturan di peket, tapiskan dan bilas
dengan air sejuk)
3. Please make sure that you use "vegetarian cheddar" because the non-vegetarian ones use enzyme from the stomach liming of animals. You may also substitute with other type of hard vegetarian cheese. Do not use soft/sliced cheese please. (Sila guna keju "vegetarian", boleh juga guna keju keras yang lain. Jangan guna keju jenis krim/keeping).

Laksa Johor ikut resepi my family
Saya sangat-sangat berbesar hati berkongsi resepi ni dengan netters. Yang ni memang asli Johor and our family recipe, ye. Dah a few times I sent last few seasons.

(Sukatannya boleh adjust ikut rasa)
Untuk kuah
1. seekor ikan tenggiri/parang sederhana besar - rebus, separate the flesh from the bones, blend separately
2. dua ekor ikan kembung - as above
3. segenggam udang hidup - rebus dan blend
4. segenggam udang kering - rebus dan blend
5. ikan kurau kering (sebesar tapak tangan)- rebus dan blend
Note: bahan 1 dan 2 boleh buat sekali, bahan 3,4,5 boleh buat sekali Air rebusan jangan dibuang. Guna air yang cukup cukup shj.
6. 20 ulas bawang merah (shallots)- blend
7. 10 ulas bawang putih - blend
8. dua peket kecil perencah kari ikan Adabi - mix with a little water to form paste
9. asam jawa - segenggam - bancuh dengan air rebusan ikan(boleh adjust ikut taste)
10. 10 cili kering (rebus dan blend) or boleh guna dua sudu cili boh (kalau
tak suka pedas, jangan guna langsung)
11. santan (from sebiji kelapa) boleh guna santan segera
12. kerisik (tiga/empat sudu makan/dari 1 biji kelapa)
13. gula, garam
14. minyak untuk tumis
15. 2 serai, dititik (atau boleh blend dengan bawang)

Method (throughout the process, api sederhana and keep stirring)
1. Perapkan ikan & udang yang telah dihaluskan dengan santan selama 2 jam.
2. Masukkan cili boh (if using)and paste kari, goreng sampai terbit minyak, masukkan kerisik dan gaul rata.
3. Masukkan isi ikan, udang, ikan kering and udang kering dan santan
4. Masukkan air asam jawa (bancuh dengan air rebusan)
5. Bila agak mendidih, adjust airnya
6. Biar mendidih
7. Adjust the gula and garam
8. Biarkan mendidih and boleh rasa, kalau kurang masam boleh masukkan 1 atau 2 keping asam gelugor.

Untuk hidangan
1. Satu peket spaghetti, rebus al dente* - laksa Johor ni kalau guna laksa beras tak sedap
2. Sebiji timun - hiris halus (macam batang mancis pun boleh)
3. Taugeh - basuh, buang kepala hitamnya
4. Daun selasih - basuh dan mayang
5. Bawang besar - basuh dan mayang halus
6. Daun kesum (optional) - basuh dan mayang
7. Jeruk lobak (optional) - basuh dan hiris nipis
8. Limau kasturi - belah dua (for one serving)
9. Sambal - (10/15 cili kering rebus/cili merah dan 10 biji bawang merah di blend halus, belacan anggaran 1 inci diameter + gula + garam secukup rasa)

Method
Masukkan spaghetti dalam pinggan, masukkan timun and ulam ulam lain, pour sesenduk kuah, bubuh sambal belacan dan perahkan limau, (orang yang nak makan tu gaul rata rata)
Makan dengan tangan lagi best.
(* to get the al dente texture, Didihkan air, masukkan spaghetti dengan sesudu olive oil/cooking oil and garam selama 10-15 minit(ikut instruction kat packaging), toskan dan bilas dengan air sejuk. This is to avoid the pasta from continuing cooking in its own heat. kalau tak bilas, nanti jadi kembang dan berkanji)


Nasi Dagang

1. 5 cawan beras nasi dagang ATAU (utk T'ganu version 3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa) - rendam semalaman.
2. 2 cawan santan pekat
3. 4 cawan santan cair
4. 2 sudu besar halba
5. 10 ulas bawang merah kecil, mayang halus
6. 6 ulas bawang putih, mayang halus
7. 1½ inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis)
8. Garam dan gula secukup rasa.

Cara
1. Didihkan air didalam periuk kukusan
2. Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam
3. Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus
4. Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak
5. Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar
6. Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya.
7. Hidang panas-panas bersama gulai dan sambal kelapa.

Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang
Bahan A
1. Dua ekor ikan tongkol sederhana besar, dipotong anggaran 2 inci/satu ekor ayam. (Note: Kalau guna ayam tak perlu bahan A yang lain, masak seperti biasa)
2. 5 keping asam gelugor
3. 2 inci halia, ditumbuk kasar
4. 3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar
5. 3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
6. Sesudu makan garam dan sesudu the gula
7. Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci)
Bahan B
8. Santan pekat dari satu biji kelapa
9. 3 keping asam gelugor (optional, if you like it more masam setelah letak belimbing)
10. 5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk
11. 4 ulas bawang putih, ditumbuk
12. 1 inci halia, ditumbuk
13. Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes
14. Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan)
15. 1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa.
16. 2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan")
17. Garam secukup rasa
18. Minyak untuk menumis
19. 10 biji belimbing buluh
20. 10 biji cili padi

Cara
1. Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan.
2. Pijarkan minyak di dalam periuk
3. Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau
4. Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak
5. Masukkan ikan, bahan no. 15, 19 dan 20
6. Biarkan mendidih, kacau selalu
7. Masukkan santan pekat dan asam gelugor (kalau belum masam setelah guna belimbing)
8. Bila mendidih masukkan gula merah
9. Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor)
10. Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.

Sambal kelapa untuk Nasi Dagang

1. Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang
2. 4 sudu makan gula kabung (manisan)
3. Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja

Cara
Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya. Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya.

Acar Timun
1. 2 batang timun, dihiris nipis, serong bulat, basuh dan toskan
2. 2 sudu makan cuka masak
3. 5 biji cili merah, hiris panjang
4. 1 biji bawang besar, mayang halus
5. 2 ulas garlic, belah 4
6. 1 sudu teh garam
7. 3 sudu makan gula
8. setengah cawan air
9. 2 sudu makan minyak

Cara.
1. Pijarkan minyak dan tumis garlic
2. Masukkan air dan cuka dan garam, didihkan
3. Masukkan timun, cili dan bawang.
4. Bila bawang lembut, masukkan gula.
5. Biarkan sejuk selama sejam sebelum dihidang.

Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal tumis.


LONTONG

A. LODEH
1. Santan pekat dari satu biji kelapa
2. Santan cair anggaran 2 cawan
3. 1 cawan kacang panjang dihiris tirus
4. 1 cawan kobis dihiris
5. 3 biji kentang dipotong kecil
6. 2 biji lobak merah dipotong bunga
7. ½ cawan cauliflower, dipotong florets
8. ½ cawan sengkuang dipotong batang mancis
9. ½ cawan suhun (direndam)
10. ½ cawan fucuk (direndam)
11. ½ cawan cendawan kering (direndam hingga lembut dan dihiris - jika terlalu besar)
12. 3 biji cili merah, dihiris
13. 3 keping tahu, digoreng dan dipotong nipis (1 inci panjang)
14. 3 keping tempe, digoreng dan dipotong nipis (1 inci panjang)
15. 5 ulas bawang merah
16. 5 ulas bawang putih
17. ½ cawan udang kering, direndam
18. Minyak untuk tumis
19. ½ inci kunyit hidup
20. 2 keping asam gelugor (jika suka)

Cara
1. Tumbuk bawang, bawang putih, kunyit dan udang kering
2. Pijarkan minyak
3. Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau
4. Masukkan santan cair dan kentang serta lobak
5. Bila kentang hampir empuk, masukkan kacang, sengkuang, cauliflower dan cendawan
6. Masukkan santan pekat
7. Bila sayur hampir lembut, masukkan kobis, fucuk, suhun dan cili
8. Masukkan asam gelugor, garam dan gula secukup rasa.
9. Sentiasa kacau supaya tidak berbuih, masukkan tauhu dan tempe.
10. Sesuaikan kepekatan kuah (untuk lontong, tidak terlalu pekat)

B. SAMBAL TUMIS (Note: Lontong boleh dimakan samada dengan sambal tumis atau kuah kacang/satay. )
1. 1 cawan ikan bilis, digoreng
2. 15 tangkai cili kering, direbus
3. 10 ulas bawang merah
4. 5 ulas bawang putih
5. Belacan anggaran 2 inci
6. 1 labu bawang besar, dimayang
7. ¾ cawan air asam jawa
8. 4 sudu makan minyak masak
9. 1 sudu teh garam
10. 5 sudu makan gula
11. 1 sudu teh serbuk kunyit

Cara
1. Kisar cili, belacan, kunyit, bawang dan bawang putih dengan sedikit daripada air asam jawa
2. Pijarkan minyak dan tumiskan bawang besar hingga kekuningan
3. Masukkan bahan yang telah dikisar dan goreng sehingga garing
4. Masukkan garam dan ikan bilis dan kacau rata
5. Apabila sudah kering, masukkan gula dan kacau rata
6. Apabila sudah nampak kehitaman, tutup api

C. TELUR
1. 5 biji telur ayam, rebus dan kupas kulitnya
2. 1 cawan minyak

Cara
1. Panaskan minyak di dalam kuali non-stick
2. Gorengkan telur dan balik-balikkan sehingga garing bahagian luar putih telur
3. Angkat, sejukkan dan belah dua

D. HIDANGAN
1. Nasi himpit, dipotong dadu
2. Lodeh
3. Sambal tumis
4. Telur

Cara
1. Masukkan nasi himpit dan telur ke dalam mangkuk
2. Tuangkan kuah dan sayur ke atas nasi himpit
3. Tuangkan sambal, mengikut rasa.


Resepi botok botok
1. Ikan tenggiri dipotong selebar tapak tangan (kalau nak rempahnya mesra, guna ikan yang tak berapa fresh)
2. 5 Bawang merah, 4 bawang putih dan sedikit halia (1 cm)ditumbuk halus
3. Paste kari (sesuku / setengah peket rempah kari Adabi)
4. Gula , garam, air asam jawa (ikut taste)pekat
5. Sesudu makan kerisik
6. Ulam (pucuk ubi, daun kunyit, bebuas, pucuk pudding (yang boleh dimakan), daun kaduk - semua dihiris (tak perlu halus)
7. Daun pisang
8. Air untuk kukusan

Method
1. Layur dan bersihkan daun pisang - untuk satu serving ikan perlukan 12 X 12 inches (boleh lapik dua)
2. Letakkan satu layer ulam atas daun pisang
3. Letakkan ikan yang telah dilumur dengan bahan tumbuk dan paste kari, gula dan garam dan kerisik
4. Letakkan satu layer lagi ulaman
5. Curahkan air asam jawa
6. Bungkus, ikat dengan tali raffia dan perapkan 2 jam (atau semalaman dalam fridge)
7. Kukus sekurang kurangnya 2 jam (kalau lebih lagi bagus)
8. Hidang dengan nasi yang panas
Note:
Botok botok boleh tahan dua tiga hari, keep reheating bila nak makan.


Koleksi Resepi Dari Puan Puti Mazura - Part 1

Himpunan koleksi resepi sumbangan Puan Puti Mazura yang Chetam kumpul dari Restoren Pak Amir. Dah lama tak dengar khabar berita dari Puan Puti. Kalau Puan Puti terserempak dengan Teratak Chetam ni, jangan lupa hantar mesej pada Chetam.

NASI BERINGIN
(Resipi Muar)

1. 4 cawan beras panjang, dicuci bersih dan toskan
2. 6 cawan air rebusan daging (yang sudah disejukkan, please refer kat bawah untuk cara buat stok)*
3. 4 ulas bawang putih, ditumbuk
4. 2 ulas bawang merah, ditumbuk
5. 5 biji buah pelaga
6. 1 sudu teh cengkih
7. 1 sudu teh jintan manis
8. 2 bunga lawang
9. 1 inci kayu manis
10. ½ inci halia muda, ditumbuk
11. gula dan garam
12. 2 sudu makan minyak

Cara
1. Pijarkan minyak di dalam kuali besar
2. Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia, buah pelaga, cengkih, bunga lawang, kayu manis dan jintan manis sehingga naik bau
3. Masukkan beras dan gorengkan, kacau rata sentiasa, sehingga beras menjadi agak putih
4. Sejukkan beras tersebut
5. Masukkan beras yang sudah sejuk kedalam periuk nasi (bersama semua bahan tumis), sukat air rebusan daging, sesuaikan gula dan garam.
6. Masak seperti nasi biasa.
7. Hidangkan bersama lauk seperti sambal tumis udang, kari telur, kari ayam dan rendang daging.

* Penyediaan air rebusan daging
1. 1 kilo daging/tulang dengan sedikit daging & lemak (dipotong-potong)
2. 2 liter air
3. 1 inci halia, ditumbuk kasar
4. 2 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
5. 2 ulas bawang merah, ditumbuk kasar
6. 1 inci kayu manis
7. 5 biji buah pelaga
8. 5 biji bunga lawang

Cara
Didihkan air di dalam periuk yang agak besar dan masukkan semua bahan-bahan lain. Biarkan mendidih. Rebus (api kecil) sekurang-kurangnya 3 jam Keluarkan daging/tulang dan tapiskan bahan lain.
Sejukkan stok daging tersebut. Daging yang dah rebus tu, bolehlah buat masak kicap ke, goreng berlada ke, untuk lauk nasi beringin.

Cara Masak Nasi Lemak Kukus
1. Rendamkan beras dalam santan cair selama 2 jam. Paras santan tu menutup beras je, tak membazir.

2. Alaskan pengukus dengan kain muslin, panaskan atas periuk kukusan yang sudah dididihkan airnya. Masukkan 2-3 helai daun pandan ke dalam air didihan.
3. Toskan beras, dan masukkan dalam pengukus, kukus sehingga setengah masak
4. Pijarkan minyak/butter dan tumiskan bawang kuning yang dihiris, halia yang dihiris, bawang putih yang dihiris, kayu manis dan sedikit garam, hingga bawang layu.
5. Masukkan santan pekat ke dalam tumisan dan gaul rata. tutup apinya.
6. Keluarkan nasi yang separa masak dan masukkan dalam santan, gaul rata.
Biarkan sebentar.
7. Masukkan nasi sekali lagi ke dalam pengukus dan kukuslah sehingga masak.

Insya Allah, jadi, tapi masya Allah, lecehnya...

Steamed Chicken (Ayam Kukus)

1. 1 ekor ayam (kalau on diet, sila buang kulit & lemak, tapi of
courselah, tak berapa sedap) - alternatively, use very very lean chicken like ayam kampung/spring chicken and leave the skin on. Bersihkan ayam dan toskan. Biarkan seekor.
2. 1 sudu makan garam halus
3. 1 sudu makan gula atau madu
4. 3 inci halia (2 inci ditumbuk lumat dan 1 inci dihiris batang
mancis)
5. 10 ulas bawang putih (6 ulas di tumbuk lumat dan 4 ulas dihiris
batang mancis)
6. 5 ulas bawang merah, dihiris
7. 10 biji cili padi, dibelah 2
8. 2 sudu makan sos tiram
9. segenggam daun bawang (dipotong panjang seinci)
10. segenggam daun saderi (dipotong panjang seinci)
11. 1 cawan cendawan shiitake/butang - rendam dan bersihkan.

Cara-cara menyediakan
1. Sediakan periuk pengukus, didihkan air.
2. Sementara air mendidih, blehlah sediakan ayam. Masukkan halia yang ditumbuk lumat, bawang putih yang ditumbuk lumat, 1 sudu makan sos tiram, setengah sudu makan gula/madu dan setengah sudu teh garam dalam satu bekas dan gaul rata.
3. Masukkan lebihan gula/madu, garam dan sos tiram ke dalam satu bekas lain.
4. Masukkan bahan dalam langkah 2 ke dalam ayam dan lumurkan bahan dalam langkah 3 ke seluruh permukaan/kulit ayam.
5. Susunkan cendawan, daun bawang, daun saderi, halia hiris, bawang putih hiris, bawang hiris dan cili padi di atas pinggan untuk mengukus dan letakkan ayam di atasnya.
6. masukkan dalam periuk pengukus dan kukuslah selama
sekurang-kurangnya sejam.

Tips: Kalau tidak gunakan seekor ayam, biarkan ayam dalam potongan yang besar e.g. setengah ekor atau suku ekor. Gunakan teknik melumur shj bagi bahan yang ditumbuk halus.

Oxtail Soup (Sup Ekor) - ataupun daging/tulang.

1. 1 kilo Daging/Tulang/Oxtail (ekor)
2. 1 small packet of serbuk rempah sup Adabi, bancuh dengan air untuk buat pes
3. 5 ulas bawang putih (garlic), ditumbuk
4. 6 ulas bawang merah (shallots), ditumbuk
5. 1½ inch halia (ginger), ditumbuk
6. ½ inch lengkuas (galangal),
7. 1 lobak merah besar, potong baji (large carrot, cut in bite size
pieces)
8. 4 biji kentang, potong empat (potatoes, quartered)
9. 4 batang celery, potong panjang setengah inci
10. 1 sudu makan gula (tbsp sugar)
11. salt and pepper to taste
12. air
13. minyak untuk menumis
14. Daun saderi & daun bawang dihiris
15. Bawang goreng
16. 10 biji cili padi, ditumbuk kasar (optional)
17. 2-3 sudu makan cuka masak (optional). See notes.*

Caranya
1. Rebus tulang/daging/oxtail sehingga empuk/lembut, ketepikan
2. Pijarkan minyak di dalam periuk
3. Tumiskan bawang merah, garlic, lengkuas & halia, jangan sampai
garing
4. Masukkan pes rempah sup
5. Masukkan tulang/daging/oxtail yang sudah empuk/lembut beserta air rebusannya
6. Masukkan kentang, carrot dan celery, biarkan empuk
7. Untuk menghidang, masukkan sup kedalam mangkuk, taburkan bawang goreng dan daun saderi & daun bawang. And of course the cili padi, if using.

*Untuk sup tulang, and for those wishing to increase their calcium intake, while the soup is boiling, pour in the vinegar (this will hakis the tulang and akan masuk ke dalam sup). The soup will be slightly sour but it is good. Yang tak boleh makan cuka, boleh perahkan limau nipis sebelum menyenduk sup ke dalam mangkuk.

AYAM MASAK MERAH ALA MAGHRIBI

10 keping ayam
2 cm halia - dicincang halus
2 sudu kecil serbuk lada hitam (kasar)
1 sudu kecil koma-koma (saffron)
3 ulas bawang putih (hentak/cincang halus)
2 ulas bawang besar - didadu
1 cm kulit kayu manis
2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 tin tomato sup
2 sudu besar madu
Jus dari ½ biji lemon
Segenggam daun ketumbar
15 biji buah zaiton hitam, belah 2 (jika suka, kalau tidak, hilanglah satu "Morocco" nya)
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan kulit kayu manis.
2. Masukkan ayam dan serbuk ketumbar, digorengkan sebentar dan
balik-balikkan untuk "seal" permukaan ayam (sehingga warna permukaannya putih/kuning garing).
3. Setelah ayam mula agak garing sedikit, masukkan air, tomato sup, madu dan koma-koma.
4. Masaklah sampai ayamnya empuk dan barulah dimasukkan garam, buah zaiton, jus lemon serta daun ketumbar.

Ayam Goreng Rangup Berempah
Ini ada resepi yang I have tried and enjoyed.

1 ekor Ayam (dipotong mengikut suka)
Minyak untuk mengoreng (sila pastikan ayam tenggelam dalam minyak)
Garam, kunyit & sedikit gula digaul bersama ayam
2 biji Telur (digaul bersama ayam)
Tepung jagung (agak-agak, asalkan dapat menyaluti ayam)

Bahan-bahan yang ditumbuk
2 biji Bawang besar
3 biji Bawang putih
3 inci Halia
Cili kering direbus dan dikisar /cili boh (ikut suka asalkan nampak merah)
1 sudu besar Jintan manis
1 sudu besar Jintan putin
1 sudu besar Lada hitam

Cara-caranya
1. Bahan yang ditumbuk tadi digaul bersama ayam & diperap selama 3 jam.
2. Kemudian digoreng, apabila sudah masak sila taburkan daun kari
kedalam kuali.
3. Angkat sebelum Daun kari hangit.

Air Asam
(untuk dimakan dengan ikan bakar atau buat kuah untuk nasi pun
boleh...)

1. 2 inci persegi belacan Melaka (dibakar hingga wangi)
2. 1½ - 2 cawan air asam jawa, sederhana pekat, (bancuh dengan air suam ye...)
3. 2 labu bawang merah - dimayang kasar
4. 5 biji cili merah, potong kasar
5. 10 biji cili padi (besar), dihiris halus
6. 3 sudu makan gula
7. Satu biji tomato merah
8. ½ - 1 sudu teh garam (bergantung pada kemasinan belacan)
9. 1 sudu makan kerisik

Cara-cara
1. Masukkan belacan, air asam jawa, belacan, cili merah, garam, tomato, kerisik dan gula dalam pengisar (blender) dan kisar sehingga semua hancur dan sebati.
2. Masukkan bawang (ramas-ramaskan sikit) dan cili padi. Gaul rata.
3. Masukkan dalam bekas bertutup dan ke dalam peti sejuk. Kacau sekali lagi dan hidangkan.

Hot Plate Noodles
(resepi sendiri, bukan resepi di Giant) untuk 2 orang makan.

2 keping mee kering (egg noodles/magi/yee mee)
8 ekor udang yang sedang, buang kepala dan kulit, tinggalkan ekor.
3 ekor sotong yang sederhana besar
1 cawan daging ayam (potong nipis)
1 sudu besar taucho
2 biji telur
¾ - 1 cawan air
sedikit tepung jagung
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
1 biji bawang besar- dipotong dadu
6 ulas bawang putih , ketuk dgn, pisau besar
1 inci halia, hiris halus
1 batang lobak merah (potong serong, nipis)
1 cawan cendawan butang (kalau ada), belah dua.
2 cawan sawi (potong pendek, sebelum potong, hentakkan batangnya dengan anak lesung, jangan sampai hancur)
garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-caranya
1. Celur mee (ikut lah "lembut" mana you suka) dan ketepikan.
2. Pukul 2 biji telur, 2 sudu makan air, garam dan lada sulah,
ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia, tumis hingga wangi.
4. Masukkan tauchu, tumis lagi.
5. Masukkan ayam, goreng hingga permukkannya putih.
6. Masukkan lobak dan sedikit air & sos tiram & kicap. Masak hingga
lobak lembut
7. Masukkan sotong yang telah dipotong, udang, sawi dan cendawan, kacau rata.
8. Masukkan air lebih. Adjust garam & gula.
9. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam rencah. Gaul rata. Kecilkan api.
10. Cepat-cepat, panaskan hot plate, tuang sedikit minyak, ratakan.
11. Kemudian tuang campuran telur (langkah 2), di hot plate hingga rata.
12. Masukkan mee dan cepat-cepat masukkan bahan-bahan yang
ditumis/goreng yang masih menggelegak.
13. Sedia untuk dihidangkan. Kalau suka taburkan daun saderi, daun bawang, cili potong dan bawang goreng.

Acar Buah
Ini untuk kawan-kawan, buat pecah selera masa bersahur bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan nanti ye..

1. 20 ulas bawang merah, belah 4
2. 10 ulas bawang putih, belah 4
3. 3 inci halia, hiris halus
4. 10 tangkai cili kering, direbus dan kisar
5. 1 cawan kurma - buang biji, direndam hingga lembut dan kisar (air jangan dibuang)
6. 1 cawan prune, potong 2 jika suka
7. 1 cawan kismis hitam (raisins)
8. 1 cawan sultanas
9. ½ cawan aprikot kering - dihiris
10. ½ cawan asam boi (jika suka)
11. ½ cawan buah pala (dihiris)
12. ½ peket serbuk kari daging Adabi
13. 1 batang kayu manis
14. 3 sudu makan cuka /air asam jawa
15. 1 cawan gula merah
16. sedikit garam
17. 3 sudu makan minyak masak
18. 1 cawan air

Cara membuat:
1. Panaskan periuk, didihkan secawan air dan masukkan cuka (atau air asam jawa), gula dan garam.
2. Bila mendidih, masukkan bawang merah. Ketepikan
3. Pijarkan minyak didalam periuk yang agak dalam. Api perlahan
4. Tumiskan halia, bawang putih dan kayu manis
5. Masukkan rempah kari & cili kering dan goreng sehingga agak garing
6. Masukkan kurma yang sudah dikisar. Gaul sebati.
7. Masukkan aprikot dan buah pala. Biar hingga lembut
8. Masukkan bawang yang sudah dijeruk bersama air jeruknya sekali
9. Masukkan buah-buahan lain dan gaul rata.
10. Sesuaikan rasa gula dan garamnya.

Note: Boleh juga gunakan buah-buah lain seperti limau jeruk, rambai dan jambu batu kering.

Ini ada 3 resepi telur untuk you cuba malam ni.

Resepi pertama - Spanish Omelette

1. 6 eggs, beat until fluffy
2. 1 large potato, boiled (or baked in microwave oven) and chopped
3. 1 large onion, chopped (best to use Spanish onion)
4. 1 clove of garlic, crushed/chopped finely
5. 4 button/shitake mushroom, chopped coarsely
6. 1 red chilli, chopped (boleh lebihkan, kalau suka pedas)
7. 1 small tomato, deseeded and chopped
8. 3-4 tablespoon of full cream milk (pour into the beaten egg & beat further)
9. Half a cup of grated cheddar cheese (or any hard cheese)
10. Half a cup of boiled chopped spinach (optional)
11. 3-4 tbsp of olive oil / any cooking oil.
12. Salt and pepper (put into the eggs before beating)

Method
1. Heat a deep and heavy frying pan
2. Pour the oil, pijarkan.
3. Tumiskan garlic, chopped onion and chopped chilli
4. Masukkan mushroom, tomato and spinach. Fry until soft.
5. Masukkan chopped potato, gaul rata.
6. Kecilkan api (sekecil boleh) dan masukkan bancuhan telur tadi (to cover all ingredients).
7. Cover and cook until the eggs are set.*
8. While it is still on the stove, pour the grated cheese on top of the omelette. * Alternatively, you may bake the omelette in the oven (after pouring the egg mixture, halfway, letakkan the cheese).
9. When the eggs are cooked, remove from heat (boleh tambah grated cheese lagi kalau suka).
10. Potong macam potong pizza and serve. (Can be eaten on its own, with salad or as lauk to our all time favourite nasi putih)

(NB: "Inti" omelette ni boleh ditukar mengikut suka, ada yang masukkan olives, capsicum, artichoke and carrot - tapi janganlah masukkan sawi atau kobis ye?)

Resepi kedua - Telur Bungkus

5 biji telur
200 gm daging lembu - direbus & dicincang (alternatively guna boneless
chicken meat - tak perlu rebus)
200 gm sayur campur (jagung, lobak merah dan kacang pis)
3 ulas bawang putih - dicincang
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 cm halia - dicincang

1 sudu besar rempah ikan/nampla sauce/oyster sauce
2 sudu besar sup tomato
Sedikit garam & gula
Kalau suka pedas, guna cili padi, cincang halus.

Cara:
Tumis bawang putih, dan halia hingga wangi kemudian masukkan bawang besar. Biarkan bawang besar layu dan masukkan rempah kari serta daging cincang. Kemudian tambahkan sup tomato, garam dan perasa. Akhir sekali masukkan sayuran campur (and cili padi, kalau gunakan). Biarkan sebentar hingga semuanya masak dan bolehlah diangkat. Pukul telur hingga kembang. Panaskan
kuali dan goreng seperti membuat telur dadar. Apabila telur setengah masak, letakkan intinya di tengah-tengah dan lipatkan telur supaya intinya tidak terkeluar. Ulangi langkah yang sama sehingga adunan telur habis. Kalau ada kuali yang sangat lebar, buat sekali sahaja.

Resepi ketiga - Sambal Tumis Telur Bodoh

1. 10 tangkai cili kering, rebus dan bilas
2. 4 ulas bawang merah, potong dua
3. 4 ulas bawang putih
4. suku inci persegi belacan, bakar
5. 1 labu bawang besar, mayang halus
6. setengah senduk minyak
7. 5 biji telur
8. Setengah cawan air asam jawa
9. 1 sudu teh garam
10. 2 sudu makan gula

Cara:
1. Kisar bahan 1, 2, 3 dan 4
2. Panaskan kuali dan pijarkan minyak
3. Masukkan bawang besar dan tumis hingga wangi
4. Masukkan bahan kisar, kacau selalu, hingga naik pecah minyak
5. Renihkan hingga 5 minit.
6. Masukkan air asam jawa dan garam. Kacau rata hingga didih.
7. Pecahkan telur didalamnya dan kecilkan api. Bila telur dah masak, masukkan gula, kacau rata dan sedia untuk dihidang.

Daging/Ayam Masak Rawan

1. 1 ekor ayam dipotong 8 / 1 kilo daging direbus dan dipootong nipis lebar
2. 6 ulas bawang merah
3. 6 ulas bawang putih
4. 2 inci halia
5. 1 inci lengkuas
6. 1 sudu makan serbuk kayu manis
7. 1 sudu makan ketumbar - ditumbuk kasar
8. 1 sudu teh cengkih
9. 1 sudu teh buah pelaga (dipecah-pecahkan)
10. 1 sudu teh serbuk pala (nutmeg)
11. 3 biji isi buah keras
12. setengah cawan kicap manis
13. setengah cawan air asam jawa (atau 2 sudu makan cuka)
14. 1 sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar ATAU 2 sudu makan cili boh (ATAU kalau nak "Jawa" lagi sikit, gunakan 2 sudu makan cili padi yang ditumbuk kasar).
15. 1 labu bawang besar, mayang kasar
16. setengah cawan air
17. 1 sudu makan kicap tiram (ini modify sendiri, bukan resepi asli)
18. minyak untuk menumis
19. gula & garam secukup rasa.

Cara
1. Kisar bahan 2,3,4 & 5
2. Pijarkan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar. Masukkan cili boh, kacau hingga keluar minyak.
3. Masukkan ayam/daging dan "seal"kan hingga permukaannya putih.
4. Masukkan bahan 6,7,8,9 & 10. Gaul rata. Tutupkan api
5. Pindahkan ayam dan rempah dari kuali tadi, kedalam periuk tanah
(ataupun slow cooker).
6. Masukkan bahan 12, 13, 16 dan 17, kacau rata dan biarkan masak dengan api perlahan selama setengah jam (atau lebih).
7. Masukkan isi buah keras dan renihkan lagi hingga kuah pekat.
8. Masukkan bawang, gula & garam (jika belum manis & masin ikut
citarasa anda).
9. Kacau sekali lalu. Tutup api dan biarkan sejuk dalam periuk selama 20 minit sebelum menghidangkan.

Makan dengan nasi panas, tempe goreng dan lepas tu. minum air kopi kampung, Uhhh.. tak nak bangun...

Resepi Satay dan Kuah Kacang

SATAY
1. 1 kg daging lembu/kambing/ayam(buang urat daging,cuci dan tos. Potong daging tipis & memanjang).
2. 2 sudu makan gula merah/tebu/melaka/kabung
3. 2 sudu teh garam
4. Lidi sate secukupnya, rendam dalam air, semalaman.
Untuk dikisar:
5. 2 camca jintan halus
6. 1 sudu makan lada putih
7. 3 sudu makan ketumbar biji
8. 2 inci lengkuas
9. 2 inci halia
10. 1 inci kunyit
11. 4 batang serai
12. 6 ulas bawang putih
Untuk memanggang
13. 1 mangkuk minyak kacang/minyak masak
14. 4 sudu gula merah/pasir
15. Air lebihan perapan (yang jatuh dalam bekas tu lah)
16. 4 batang serai, dititik dan diikat untuk buat macam berus

Campurkan bahan 13, 14 dan 15 (lepas ni dipanggil campuran minyak)

Cara-caranya:
1. Kisar bahan yang disebutkan tetapi jangan terlalu halus.
2. Gaulkan bahan-bahan kisar pada daging bersama gula, garam dan perap selama 2 jam
3. Cucukkan sate pada lidi
4. Simpan dalam petisejuk semalaman (atau sekurang-kurangnya 5 jam).
5. Siapkan tempat bara untuk memanggang
6. Susunkan sate diatas grill pembakar
7. Semasa membakar renjis/sapukan campuran minyak pada sate.
8. Balik-balikkan dan bakar sehingga masak.
9. Hidangkan dengan kuah kacang, timun, bawang dan nasi himpit.

Kuah Kacang/Satay
1. 5 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar
2. 15 tangkai cili kering, direbus dan bersihkan
3. 10 ulas bawang merah, hiris kasar
4. 5 ulas bawang putih, ketuk dengan pisau
5. 1 inci lengkuas, hiris kasar
6. 5 batang serai
7. setengah cawan minyak masak
8. 2-3 sudu teh garam
9. 1 inci persegi belacan Melaka, dibakar
10. 1 cawan gula merah (atau gula pasir)
11. Air , cukup untuk kepekatan yang dikehendaki
12* Optional - sotong rendam yang dipotong kecil/sotong kering yang dah direndam dan dipotong kecil/daging yang disiat - anggaran 2 cawan. - Ini kalau untuk makan dengan nasi himpit, bukan sebagai kuah satay.
13. Optional - asam gelugor (5-6 keping)

Cara
1. Blend bahan-bahan no. 2, 3, 4, 5 & 9.
2. Pijarkan minyak dalam kuali yang tebal dan agak dalam
3. Tumiskan bahan yang dah di blend, kacau selalu, goreng hingga
garing.
4. Masukkan air dan serai, kacau, biar sampai menggelegak
5. Masukkan kacang dan gaul rata.
6. Masukkan sotong(kalau guna) dan asam gelugor (jika guna)
7. Kecilkan api dan biar masak hingga keluar minyak.
8. Masukkan daging siat (kalau guna)
9. Masukkan gula, kacau rata dan biarkan lagi atas api selama lebih
kurang 15 minit.
10. Adjust rasa garam dan gulanya.
11. Sejukkan sebelum menghidang.

Note:
1. Sebenarnya rasa asli kuah kacang ni, tak ada rasa masam. For
instance, Sate Samuri tu, kuah kacangnya cuma kacang dan gula (+ bawang bawang tu lah...), then letakkan sambal tumis untuk pedaskan.
2. Tapi kalau nak juga ada rasa masam, I would suggest guna asam
gelugor instead of asam jawa.
3. Cuba lah masak kuah satay ni selama mana yang boleh, supaya minyak daripada kacang akan keluar dan jadikan isi lebih garing dan kuah lebih lemak. Jangan sampai hangus pulak. Api biar sederhana ye...
4. Pastikan gula dimasukkan last sekali.

Bubur Lambuk (Family recipe - bukan Kg Baru)

1. 4 cawan beras (guna beras biasa, jangan guna beras Basmathi/beras Siam)
2. 1 kilo daging, dipotong kecil, kalau jenis yang keras, rebus dahulu
3. 1 kilo udang - kupas kulitnya dan rebus kulit, ambil air rebusan
4. 1 genggam udang kering - rebus, jangan buang air rebusannya, kisar
5. 2 peket kecil serbuk rempah sup Adabi
6. 2 peket kecil serbuk rempah korma Adabi
7. 4 sudu makan kerisik
8. Santan dari 2 biji kelapa
9. 1 genggam kacang tanah
10. 1 genggam kacang kuda (chickpeas)
11. 1 cawan campuran kekacang lain (ikut suka)
12. 10 biji bawang merah kecil
13. 5 ulas bawang putih
14. 1 inci halia
15. 1 inci lengkuas
16. 3 batang serai
17. 1 inci kayu manis
18. Air
19. Garam dan gula secukup rasa
20. Minyak untuk tumis
21. Bawang goreng
22. Daun saderi dan daun bawang, dihiris halus

Cara
1. Rendam kacang-kacang semalaman. Buang air rendaman dan tukar air. Rebus sehingga lembut.
2. Kisar bahan-bahan no. 12, 13, 14, 15 dan 16.
3. Pijarkan minyak, tumiskan bahan yang sudah dikisar (seperti no.2 )dan kayu manis
4. Masukkan rempah sup & korma, kacau rata.
5. Masukkan udang kering yang telah dikisar dan daging (kalau guna yang belum direbus). Kacau rata
6. Masukkan beras dan air dan kacang yang telah empuk (jangan masukkan air rebusan kacang, nanti bubur jadi hitam)
7. Kecilkan api and masak sehingga beras pecah.
8. Masukkan daging yang sudah direbus berserta stoknya sekali, isi
udang, air rebusan kulit udang dan santan. Gaul rata.
9. Masak lagi sehingga mendidih. Masukkan kerisik, gula dan garam
secukup rasa. Gaul rata.
10. Masak sehingga daging lembut. Kacau selalu supaya tidak
hangus/berkerak.

Untuk menghidang, masukkan bubur kedalam mangkuk dan taburkan bawang goreng serta daun saderi dan daun bawang.
My family, selalunya makan dengan rojak (timun, nenas dan sengkuang + kuah kacang) atau kerabu taugeh/pegaga atau acar rampai.

Note: Kalau bubur terlalu pekat, masukkan air panas dan kacau, adjust garamnya.

BUBUR LAMBUK PAHANG

1. 3 cawan beras hancur
2. 4 ekor ikan kembung besar (atau setengah ekor ikan tenggiri + 1 ekor ikan kembung
3. segenggam isi udang hidup
4. 1- 2 cawan santan cair
5. 10 ulas bawang merah kecil
6. 4 ulas bawang putih
7. 1 inci halia
8. 1 batang serai, dititik
9. 7 cawan air
10. Garam dan gula secukup rasa
11. 2 sudu the serbuk lada hitam
12. 3 keping asam gelugor
13. 1 inci halia (selain drpd no. 7), dititik
14. 1 inci lengkuas, dititik
15. 2 helai daun pandan, basuh dan simpulkan
16. 2 cawan pucuk paku perak (daun dan batang yang lembut shj), basuh dan toskan.

Cara
1. Rebus ikan & udang (dengan halia & lengkuas yang ditumbuk dan asam gelugor) sehingga sangat sangat lembut. Ketepikan.
2. Keluarkan asam, halia dan lengkuas dan mesin bersama ikan & udang (asingkan tulangnya, mesin tulang berasingan. Boleh juga tak gunakan tulang kalau takut tak halus). Air rebusan jangan dibuang.
3. Tumbuk bawang merah, halia, bawang putih dan lada hitam. Masukkan ke dalam ikan yang dikisar. Masukkan garam. Gaul rata dan perapkan selama 1 jam
4. Didihkan air rebusan, masukkan beras yang sudah dibasuh bersih.
Tambahkan air jika perlu
5. Bila beras sudah pecah, masukkan ikan + udang dan bahan perapan. Gaul rata.
6. Masukkan serai dan santan. Masak hingga menggelegak dengan api kecil. Kacau sekali sekala, jangan sampai pecah minyak.
7. Sesuaikan rasa garam dan lada hitamnya. Masukkan sedikit gula. Kacau rata. Didihkan
8. Akhir sekali masukkan sayur pucuk paku perak. Gaul sekali dan tutup api.
9. Hidangkan panas-panas. Kalau suka boleh tambahkan lobak asin
(chaipoh) yang dipotong halus, sambal cili cuka dan minyak bawang putih.

Kupang Serai (Lemon Grass Mussels)
Masakan ni boleh disediakan dalam masa tak sampai setengah jam (dari awal mengupas bawang hingga menghidang). Ini resepi arwah nenek saya.

1. 1 mangkuk kupang segar yang telah direbus dan kupas kulit (boleh gantikan dengan udang, kepingan ayam atau telur ikan)
2. 6 batang serai, dimayang halus (pastikan buang bhg berdaun)
3. 3 ulas bawang putih
4. 5 ulas bawang merah
5. 10 biji cili padi (kurang /lebihkan ikut daya ketahanan)
6. 1 inci kunyit hidup
7. Suku cawan air asam jawa pekat
8. 1 cawan santan pekat
9. 1 sudu the garam
10. 1 sudu makan gula pasir
11. 3 sudu makan minyak untuk menumis
12. 2 helai daun kunyit, dihiris halus
13. 2 helai daun limau purut dihiris halus

Cara
1. Tumbuk bahan no. 3, 4, 5, 6 dan 9.
2. Pijarkan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk, goreng sehingga pecah minyak
3. Masukkan semua bahan lain kecuali gula dan daun kunyit.
4. Masak hingga agak kering, kacau selalu.
5. Masukkan gula dan daun kunyit, gaul rata sehingga daun layu.
6. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

NASI AYAM
Kalau untuk Nasi Ayam Madu, tambahkan 4 camca besar madu dalam bahan perapan ayam, sebelum digoreng. Tapi hati-hati, api jangan terlalu besar, ayam cepat hangus because of the sucrose dalam madu tu ye...

1. 2 ekor ayam (quartered), kaki, leher dan giblets dibersihkan, potong kecil.
2. 8 cawan beras panjang, dibasuh dan toskan
3. 3 liter air (tambah kemudian jika perlu)
4. 2 labu bawang putih, ditumbuk (bahagi 5)
5. 10 ulas bawang merah, ditumbuk (bahagi 2)
6. 1 biji bawang besar, dimayang

7. 3 inci halia, ditumbuk (bahagi 3)
8. 10 biji buah pelaga (bahagi 2)
9. 1 bungkus rempah sup Adabi (make into paste)
10. 1½ cawan kicap manis
11. 1 cawan sos tiram
12. ½ cawan sos tomato
13. 1½ cawan sos cili
14. 1½ sudu makan cuka/ 3 sudu makan jus limau kasturi (bahagi 2)
15. 10 tangkai cili kering, direbus dan kisar
16. 5 biji cili merah, digoreng sebentar hingga pecah kulit dan ditumbuk
17. Minyak yang banyak untuk deep fry ayam dll.
18. Gula dan garam

19. 2 batang timun, dihiris bulat
20. 5 biji tomato, dihiris bulat
21. ½ pokok daun salad, disiat kecil.
22. Bawang goreng
23. Daun saderi dan daun bawang dimayang halus.

Cara
1. Pijarkan 2 sudu makan minyak
2. Tumiskan 1 bhg bawang putih, 1 bhg halia, 1 dan bawang besar
sehingga naik bau
3. Masukkan 1 bhg buah pelaga
4. Masukkan rempah sup dan biarkan sehingga pecah minyak
5. Masukkan air dan biarkan mendidih, masukkan garam dan gula (lebihkan masinnya sedikit)
6. Apabila mendidih masukkan ayam (jika tidak muat boleh masukkan 4 bhg dahulu dan biarkan selama 10 minit dan keluarkan, kemudian masukkan yang selebihnya). Ayam
hendaklah dibiarkan didalam air mendidih selama 10 minit. Keluarkan dan toskan. (Bahagian ayam yang dipotong kecil i.e. kaki, leher, tidak perlu dikeluarkan).
7. Tambahkan air jika perlu dan didihkan sup selama 5 minit. Tutup api dan biarkan sejuk
8. Campurkan kicap, sos tiram dan sos cili dan perapkan ayam yang telah direbus selama satu jam

Untuk Nasi
9. Pijarkan 3 sudu minyak didalam kuali
10. Tumiskan 1 bhg. buah pelaga (yang dipecah-pecahkan), 1 bhg bawang putih, 1 bhg halia dan 1 bhg bawang merah hingga naik bau.
11. Masukkan gula dan garam secukup rasa
12. Masukkan beras dan goreng rata. (sehingga putih keseluruhannya). Ketepikan dan sejukkan

Back to the Ayam
13. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali yang dalam dan goreng ayam yang sudah diperap. Goreng sehingga garing, balikkan dan goreng sebelah lagi sehingga garing permukaannya. Angkat dan toskan minyak

Back to Nasi
14. Sementara itu, masukkan beras yang sudah digoreng dan disejukkan, ke dalam periuk nasi dan sukat air (gunakan stok ayam yang telah disejukkan, No. 7), anggaran 1 cawan beras: 1½ cawan stok. Sesuaikan air ikut suka. Masak seperti biasa.

15. Untuk membuat sos cilinya, pijarkan 2 sudu makan minyak goreng ayam tadi, tumiskan 1 bhg halia & 2 bhg bawang putih. Masukkan cili kering & cili merah dan goreng hingga pecah minyak. Masukkan sos tomato, 1 sudu cuka dan 1 cawan stok ayam, 2 sudu makan gula dan sedikit garam. Biarkan mendidih dan
renih sehingga pekat sedikit. Tutup api dan ketepikan.

16. Untuk menyediakan kuah kicapnya, pijarkan satu sudu makan minyak goreng ayam, masukkan campuran kicap lebihan perapan ayam (tambah kicap jika perlu) dan 1 cawan stok ayam, didihkan. Tutup api dan ketepikan.

17. Potong ayam yang telah digoreng kepada beberapa bhgn. kecil.
18. Panaskan lebihan stok ayam (tambah air, garam & gula jika perlu).

Untuk menghidang
1. Masukkan nasi ke dalam pinggan, taburkan bawang goreng & daun saderi & daun bawang
2. Susun daun salad, hirisan timun dan tomato di dalam side plate.
Susunkan satu bahagian ayam (yang telah dipotong) diatasnya. Curahkan dua sudu makan kuah kicap dan dua sudu makan sos cili keatas ayam
3. Masukkan sup ke dalam mangkuk sup dan taburkan bawang goreng & daun saderi & daun bawang
BON APPETIT!!

June 21, 2005

Resepi sumbangan Kak Ina..............tima kacih daun keladi yer : )

Suria........ni resepi yang Suria minta. Siap ngan pakai ukuran cawan lagi. Resepi ni dihantar ke email Chetam oleh Kak Ina.

Moist Chocolate Cake

Bahan-bahannya:
3 cawan tepung gandum
1 camca kecil baking powder
¾ cawan mentega (6 oz)
1 ½ camca kecil vanilla
1 camca air sejuk
½ cawan koko
½ camca teh Nescafe (rata)
3 biji telur
1 ½ cawan gula castor

Cara membuatnya:
1. Koko dan air dibancuh dan masukkan vanilla dan Nescafe. Kacau dan simpan dalam perti sejuk selama 10/15 minit.
2. Mentega dan gula dipukul hingga putih dan masukkan telur satu per satu. Masukkan tepung dan bancuhan no. 1.Kacau supaya tidak berketul.
3. Tuang dalan bekas 9x9 yang telah digris. Bakar selama 25/30 minit.
4. Setelah kek masak , salutkan dengan coklat masak yang telah dicairkan dengan mentega

Sedikit berita dari Chetam

Assalamualaikum Sumer

Tak sangka yang pelawat di Teratak Chetam ni dah melebihi 10000 hits. Terima kasih kepada yang sudi meluangkan masa untuk singgah ke Teratak Chetam ni.

Minggu lepas, sad news sebab baby Chetam tak sihat. Dah nak masuk seminggu. Pegi ke klinik kerajaan, tiada pemeriksaan menyeluruh dilakukan. Doktor tu tak pakai stateskop dia pun.....dapat ubat tapi masih batuk teruk dan muntah-muntah. At the end, Chetam bawa Klinik Lawrence di Kajang. Doktor sahkan yang Baby Chetam ada Asma dan dah serius. Dah 3 kali bawa sedut gas....hopefully after this ada perubahan.

Tadi Chetam surf internet cari petua-petua untuk penyakit Asma ataupun lelah. So sesiapa yang nak tahu petua-petua yang lain, sila ke segmen Meh Jengok. Ada dua halaman yang Chetam tambah di sana. Kedua-duanya tentang petua-petua Melayu.

Salam Isnin Buat Semua
Chetam

June 17, 2005

Koleksi Resepi untuk Wanita di dalam Pantang - Pak Amir

Chetam nak tambah sikit lagi yer tentang pesanan Pak Amir berkenaan Ikan Haruan.

[Quote]
Pak Amir nak beri pandangan yang agak penting di sini..

Ikan haruan sememangnya elok dimakan untuk sesiapa yang baru sahaja performed an operation, tak kiralah apa pembedahan sekali pun, masak bubur ikan haruan tanpa tulang boleh, masak sop ikan haruan elok, panggang ikan haruan pun jadi.. pakai sahaja mana-mana resipi yang pernah disiarkan sebelum ini.

Akan tetapi satu peringatan daripada Pak Amir, ikan haruan harus dimakan seminggu sekali atau paling maksimun 2 kali, dan makan dalam masa 2 minggu sahaja.. dalam erti kata lain ikan haruan tak boleh dimakan banyak dan hanya makan antara 2 - 4 kali dalam masa 2 - 3 minggu dan stop, barangkali cadangan " taskforce " untuk makan ikan haruan selama 20 hari berturut-rutur tu perlu diberi perhatian.. sebenarnya ada masalah yang berlaku tanpa kesedaran kita..

KENAPA ?
========
Fungsi ikan haruan ialah percepatkan penyembuhan luka, erti kata lain ianya cepat tumbuh daging dan cepat percantuman sebarangan pembedahan. Cara sepatutnya pengambilan ikan haruan ialah makan sekali dalam beberapa hari untuk mengizinkan tindak balas tersebut tadi, dan jika terlalu banyak pengambilannya akan menyebabkan perkara-perkara berikut :

1. Luka yang sembuh tadi akan jadi tidak cantik, banyak daging berlebihan tumbuh di sekeliling dan parut kelihatan besar dan tebal gituh..
2. Masalah gatal, bukan gatal sebab bisa atau bernanah tetapi gatal akibat geseran daging-daging berlebihan yang tertumbuhnya di bahagian dalam luka... keadaan gatal ini mengambil masa ada yang sampai setahun lebih pun masih terasa.. lama-lama jadi bisa gatal tu pun hilang..

Pesanan Pak Amir, ingat supaya tidak terlalu banyak mengambil ikan haruan, tiada guna mengambil banyak ikan haruan, kita tidak boleh ambil jalan pendek untuk cepat sembuh, ikan haruan sememangnya banyak membantu tetapi tetap memerlukan masa untuk tindak balasnya.. cara mengambil ikan haruan berlebihan sedikit pun tidak akan membantu dalam tujuan penyembuhan pembedahan secara pantas, sebaliknya selepas suatu tempoh masa, daging berlebihan pula jadi !

Kepada mereka yang ada pengalaman ini tetapi tidak tahu kenapa, maka itulah sebabnya kerana anda banyak memakan ikan haruan selepas pembedahan dan luka pembedahan anda sampai sekarang masih kelihatan tidak cantik dan gatal dalam tempoh yang begitu lama..

Masih ingat Pak Amir melaksanakan satu pembedahan few years ago.. pun makan ikan haruan ( bubur dan sup ) sebanyak 2 kali sahaja. Isteri Pak Amir melahirkan anak bongsu secara pembedahan pun Pak Amir sediakan ikan haruan ( sekali bubur dan sekali rebus air akar kayu nanti Pak Amir bagi resipinya ) pun.. makan dua kali sahaja, seminggu sekali selama 2 minggu, hasilnya cukup memadai dan luka garisan pembedahan hampir hilang selepas sembuh..

Sekian sahaja buat kali ini, semuga peroleh manafaat daripada artikel Pak Amir kali ini.


Wassalam.
Pak Amir.

Sekarang, Pak Amir nak bagi satu lagi resipi-maut rebusan akar kayu pati ikan haruan.. nama pun resipi-maut dah tentu best punya bukan, sememangnya cepat sembuh luka dengan air rebusan ikan haruan ini, bila sebut air rebus ikan haruan sudah tentunya tak sedap.. hanyir.. tapi tak lah hanyir sangat.. okay lerr jugaaa.. nak baik cepat tak haa...

Ikan Haruan Rebus Herba Pak Amir

Bahan-bahan
Ikan haruan 1 ekor sais sederhana ( RM5.00 )
( atau ikan haruan seekor besar >RM10.00 dibahagikan dua )

Akar kayu Pak-Key ( sejenis kulit pokok ) yang boleh dibeli di kedai ubat cina. Bagi tahu tokey kedai cina nak Pak-Key hitam, nak pakai untuk rebus air atau bagi tahu dia nak rebus ikan haruan dia tahu ler.. pesan kat dia tak mahu yang Pak-Key putih, putih murah sikit tapi Pak-Key hitam yang bagus dan berkhasiat. Beli antara beberapa gram harganya murah dalam beberapa ringgit sahaja.. dia keseping-sekeping rupanya macam kerepek pisang gituh tapi sangat nipis.. lembut.. bau wangi herba.. warga beras begitu tapi tepinya warga sedikit hitam, kalau pak-key putih dia warna putih lerr..

Air dan garam

Cara penyediaan :
Setengah periuk air dimasukkan ikan haruan dan juga Pak-Key ( pak-key dibasuh sekali lebih kurang gituh ) dan rebus selama 1.5 - 2 jam dengan api sederhana perlahan, kalau kering tambah air lagi.. rebus sampai air kering tinggal semangkuk air ( mangkuk nasi orang cina makan tuu ).
Selepas tu, buang ikan haruan tu ( tak larat laa nak makan nyerrrr ) dan juga buang kepingan Pak-Key, ambil air rebusannya yang berwarna kuning.. masukkan sedikit garam.. tutup api dan tuang ke dalam mangkuk.. ingat rebus lama sampai air kering tinggal semangkuk air sahaja.. semua pati ikan ada dalam situ bercampur dengan khasiat pak-key, pak-key bertujuan untuk pulihkan pernafasan dan edaran darah dengan baik...
Haa.. pas tu dah suam-suam tu terus tuang dalam mulut.. baca bismiLlah jangan lupa.. ulang sekali dua dalam masa 2 minggu dah cukup... sangat berkhasiat.. orang yang menjalankan pembedahan jantung / pembedahan kritical ( major operation ) paling elok dengan resipi ini, bubur ikan haruan pun tak lawan dia.. cepat sembuh..

Apaa.. tak sedapp ?? nak muntah ?? ... haaaa.. nak cepat baik ker tidak nii ??? Tak lah teruk sangat baunya.. tawar-tawar gituuu... cuba sekali dulu.. okay ler tuuu... Ingat.. banyakkan rehat, makan obat.. insya Allah cepatt sihat !!!

Selamat menjamu selera di Restoran Pak-Amir.

[UnQuote]

Lain-lain resepi dari Pak Amir.

Ikan Goreng Halia Muda

parang atau ikan tenggiri - sekeping atau ikut suka
Halia muda - agak2
Bawang besar di mayang

Ikan digoreng garing
Halia muda di hiris
Bawang besar di mayang
Tumbuk halia muda dan bawang besar
Agak2 dah hancur (jangan lumat sangat)
Tumbukkan ikan goreng tadi (agak2 hancur)

* sedap dimakan dengan nasi panas2.

Ikan bilis masak lemak lada hitam

Ikan bilis (agak2 banyaknya)
1 mangkuk santan kelapa (yang pekat)
2-3 ulas bawang kecil
1/2 inci kunyit hidup
lada hitam

Tumbuk kunyit, bawang merah dan lada hitam
Bahan yang ditumbuk, dimasukkan dalam santan
Jerang atas api, dan kacau selalu - kalau tak nanti naik minyak(macam kita buat masak lemak cili padi)
Agak2 dah mendidih, masukkan ikan bilis
Tunggu sampai masak

* sedap di makan dengan nasi panas2.

Ikan Haruan Goreng Rempah

1 ekor ikan haruan (sedang besar)
2" halia
2 ulas bawang merah
40 biji lada hitam di tumbuk (2 sudu Besar sos lada hitam Chef Wan atau muslim Best)
2 sudu rempah ikan
air asam jawa/garam secukup rasa

1. Ikan disiang dan dipotong dadu lbih kurang 2"
2. Gaulkan bersama garam dan kunyit serbuk - perapkan 15 minit
3. Goreng ikan hingga kekuningan / garing ( angkat tos minyak)
4. Tumis bawang (tumbuk) dan halia (ketuk-ketuk)
5. Masukkan rempah dan lada hitam - biar naik minyak
6. Setelah itu masukkan ikan dan air asam jawa dan garam

* Biasanya dalam pantang kita digalakkan makan dengan nasi yang panas dan minuman yang sesuai ialah air akar kayu. Tidak digalakkan minum air masak terlalu banyak.

SUP KURMA MERAH(Cina)

100 gm ayam / 50 gm ikan bilis
20 gm kacang hitam
20 gm kurma merah

Rebus kesemua bahan tersebut hingga empuk dan sesuai dimakan semasa masih panas.

SUP LOBAK PUTIH – Utk Menambahkan susu (Cina)

1/2 batang lobak putih (dikerat setebal 1/2 cm)
Sedikit daun kucai
Garam secukup rasa

Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan bahan2 tersebut, jangan terlalu lama. Sedia untuk dihidangkan.

KARI IKAN YU(India)

2 potong ikan yu
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm kunyit3 cm halia
3 sudu makan serbuk kari
1 batang kulit kayu manis
sedikit cengkih dan bunga lawang
400 ml santan kelapa
garam secukup rasa

Tumbuk bawang merah, putih, kunyit, halia dan campurkan serbuk kari. Tumiskan kayu manis, cengkih, bunga lawang dan bahan2 yang telah ditumbuk tadi hingga naik baunya. Masukkan ikan dan biar seketika. Kemudian masukkan garam secukup rasa. Masukkan santan dan kacau perlahan hingga mendidih. Sedia untuk dihidang.

DAUN MURUNGAY BERGORENG(India)

1 cekak murungay
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
50 gm ikan bilis
1 camca makan minyak masak

Hiriskan bawang merah dan bawang putih. Tumiskan bersama ikan bilis. Masukkan daun murungay dan sedikit air. Goreng seketika dan angkat untuk dihidangkan.

IKAN BILIS BERKUNYIT(Melayu)

5 cm kunyit
1 genggam ikan bilis
2 camca teh lada hitam

Tumbukkan kesemua bahan tersebut (jangan terlalu lumat). Siap untuk dimakan bersama ulam-ulamam seperti ulam pegaga dan daun selom.

Pindang Ikan Haruan/ Tenggiri

Ikan Haruan @ Tenggiri
Lada hitam 20 biji
Halia 1 inci @ lebih
Kunyit Hidup 1 inci @ lebih
Bawang Putih 2 ulas
Asam Keping 2 keping
Airgaram secukup rasa

Lada hitam ditumbuk halus. Halia, Kunyit Hidup & Bawang Putih boleh ditumbuk atau dihiris nipis. Masukkan Ikan dipotong ikut suka. Basuh bersih dan masukkan ke dalamperiuk. Isi air, agak-agak menutupi ikan. Masukkan lada hitam, halia, kunyit, asam keping, garam & bawang putih tadi kedalam periuk yang sama. Masakkan sehingga kuahnya pekat. Makan dengan nasi panas. Kalau kita hiris bahan-2 tadi. Kita boleh makannya sekali. Mak saya kata, halia dan lada hitam memanaskan badan. Asam dan kunyit pula mengecutkan luka dalaman. Dan ikan haruan pula bagus untuk pulihkan luka.

Limpa Goreng Kunyit

1/2 kilo Limpa dipotong kecil
1 labu Bawang Besar dihiris
Kunyit hidup ditumbuk halus
Halia ditumbuk halus
bawang putih ditumbuk halus
lada hitam @ putih ditumbuk halus
kunyit serbuk dua sudu kecil
asam keping 1 keping
garam

Limpa digaul bersama campuran kunyit hidup, bawang putih, lada hitam @ putih, asam keping, halia dan garam. Goreng hingga agak garing, toskan. Tumis sedikit bawang putih, hirisan bawang besar dan halia sehingga naik bau. Bancuh kunyit serbuk dengan air. Masukkan dalam tumisan tadi. last sekali masukkan limpa goreng tadi, tambah serbuk perasa dan garam jika perlu. Limpa juga boleh digantikan dengan hati ayam atau lembu. Ia baik untuk menambah darah (kata orang). Halia, bawang putih dan kunyit hidup tadi boleh juga dihiris dan digoreng dan dimakan bersama limpa.

Berikut Resepi dari Khusna Ahmad

Ikan Masak Pindang

2 keping ikan merah/ tenggiri (yang dah siap dipotong tu)
2 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia
10-15 biji lada hitam (ditumbuk)
garam secukup rasa
1-2 keping asam keping (asam jawa pun boleh)
2 cawan air (agak-agak la jangan banyak sangat)
1/2 cm isi kunyit segar (ditumbuk)

Potong bawang merah, bawang putih dan halia nipis-nipis. Sediakan air dalam periuk kemudian masukkan semua bahan-bahan kecuali ikan. Bila dah mendidih masukkan ikan. Akhir sekali masukkan garam mengikut rasa.

p/s Halia dan bawang putih tu lagi banyak lagi bagus, untuk buang angin.
Lada hitam tu kalau anak menyusu badan, hendaklah dikurangkan sikit.

Ayam Halia Kukus

Isi ayam tanpa lemak (lebih elok ayam kampung)
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 ulas bawang merah
Lada hitam yang ditumbuk/ lada sulah
Garam
sedikit serbuk perasa (kalau mahu)
1 sudu besar minyak bijan

Sediakan periuk kukus, masak air dahulu. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia. Perapkan ayam tadi dengan bahan tumbuk, lada hitam, garam dan serbuk perasa. Bubuh minyak bijan dan gaul rata. Akhir sekali kukus sehingga ayam masak. Elok dimakan ketika panas.

June 13, 2005

STEAM BOAT ORIGINAL PAK AMIR

Assalamualaikum

Atas permintaan Suria, berikut adalah cara-cara penyediaan Steam Boat. Resepi ini disumbangkan oleh tuan punya yahoogroup Restoren Pak Amir iaitu Pak Amir sendiri. Chetam tak ubah apa-apa melainkan gambarajah yang disertakan sebab resepi original tu, gambarajahnya berulang-ulang.

1. PENYEDIAAN SUP
Di peringkat pertama ini ialah kita perlu tahu bagaimana hendak menyediakan supnya. Sup sangat penting kerana ia merupakan bahan utama untuk memasak lauk yang ada nanti. Penyediaan sup yang tidak selasi dengan citarasa Steam-Boat akan merosakkan keseluruhan juadahnya nanti.

Penyediaan sup amat mudah, dapatkan satu rangka ayam (boleh diperolehi dipasar) dan rebuskannya dengan 4 - 5 liter air dalam periuk. Tidak perlu ditumis atau buat apa-apa, hanya potong rangka ayam itu kepada beberapa bahagian dan masukkannya ke dalam periuk dan masak selama 1.5 - 2.0 jam sepertimana yang ditunjukkan dalam gambarajah SteamBoat 1. Anda juga boleh masukkan beberapa ketul isi sengkuang jika mahukan kemanisan tambahan.



Selepas tempoh masakan tamat, asingkan (buang) semua tulang-tulang ayam itu sepertimana yang ditunjukkan dalam gambarajah SteamBoat 2 dan kemudian masukkan 3 - 4 sudu teh garam (secukup rasa).



Selesai bahagian Sup. Sup ayam ini akan dipindahkan ke dalam periuk nasi sepertimana yang ditunjukkan dalam gambarajah SteamBoat 3 dan hidupkan aliran elektrik periuk nasi elektrik tersebut. JANGAN GUNA PERIUK NASI NON-STEAK NANTI KULIT UDANG / LAUK PAUK AKAN MEROSAKKAN PERIUK TERSEBUT NANTI.



1. Bahan-bahan
Secara kasarnya, segala jenis lauk boleh dijadikan sebagai sasaran bahan Steam-Boat. Namun biasanya beberapa bahan utama dipilih. Sila rujuk lagi 4 gambarajah yang dikepilkan bersama. Bahan-bahannya semua dipotong besar-besar begitu.

Bahan-bahannya :
Berbola ikan
Berbola Sotong
Berbola Ketam
Kek Ikan
¨ (Segala jenis berbola dan kek ikan yang halal boleh diperolehi di mana-mana pasaraya dalam bungkusan siap tanda hala di situ)
Udang - (Dikunting janggut)
Sotong - (Dibelah dua memanjang, asingkan kepala sotong dan buang matanya)
Cuttlefish (Sotong Kembang)
Ayam - (Dibuang tulang dan dipotong memanjang)
Sea Cucumber
Tau-hu Keping
Cendawan
Mee kuning
Bihun - (direndam dan dilembutkan dulu)
Telor ayam
Wan Tan - (Resipi Cara membuat Wan-Tan pernah disiarkan sebelum ini, tak ada pun tak apa!)Aneka sayur - (Selalunya lobak putih atau sawi pendek macam dalam gambarajah, daunnya biar sehelai besar-besar)



Dan, tidak kurang pentingnya iaitu sos cili. Pak Amir malas nak buat sosnya. Anda boleh buat sosnya daripada resipi yang pernah disiarkan sebelum ini, sos cili Cf. Wan. Pada Pak Amir, terdapat satu sos cili yang begitu sesuai untuk hidanganan ini ialah Sos Cili Deli'sCf yang boleh diperolehi dari mana-mana kedai Cosway. (Pak Amir beli daripada Mak Amir sahaja sos cili enak ini...hehehe)

1. Penyediaan/cara memasak
Dalam bab 2 tadi, segala bahan telah disediakan dan dihiaskan atas piring dilapit dengan daun sayuran. Dalam bab penyediaan Steam Boat ini pula, ianya mudah tetapi perlu sedikit kesabaran.



Selepas dimasukkan bahan lauk tadi, tutup tudung periuk nasi dan sabar menunggu sehingga ianya mendidih dalam masa lebih kurang 5 - 10 minit.

Selepas kelihatan periuk nasi dan mula berasap (bukan terbakar yer), segera buka tudung periuk nasi, jangan tunggu lama-lama nanti lauk kurang manisnya. Lihat gambarajah 6.



Di peringkat ini, ianya boleh dihidangkan 3 - 4 orang dan boleh keluarkan semua lauk dalam periuk nasi dan, masukkan semula sebahagian lagi lauk mentah yang masih belum dimasak. Ulangi proses penyediaan semula sementara sedang menikmati juadah Steam Boat buat round pertama.

Bila hampir selesai masak round pertama, rasanya lauk dalam periuk nasi tadi dah mula masak, dan sekali lagi buka tudung periuk nasi untuk hidangan round ke 2 segera.

1. Kemuncak Hidangan Steam Boat Original Pak Amir
Dah di peringkat ini bolehlah kita makan yer... musim hujan-hujan sejuk gini memang tangkap maut gituh dengan Steam boat Original Pak Amir.

Lihat gambarajah SteamBoat Hidangan 1 yang Pak Amir kepilkan.
Masukkan separuh/sebahagian daripada setiap piring lauk (termasuk sayuran) tadi ke dalam periuk nasi yang telah diisi dengan sup, jangan lupa hidupkan aliran elektrik periuk nasi tadi (jangan bimbang switch periuk nasi tidak akan naik dan matikan arus elektrik).



MUSTAHAK

Setelah semua lauk dimasak dan dimakan, cuba anda minum sup dia pula kali ini. Emmm...sungguh-sungguh manisnya sekali. Sangat berkhasiat sekali. Segala khasiat lauk ada dalam sup tersebut. Waktu ini, anda boleh masukkan sedikit mee dan bihun kemudian pecahkan 2 biji telur ayam ke dalamnya, ulangan proses penyediaan memasak tadi. Bila dah masak, boleh makan bagi sesiapa yang masih belum kenyang lagi.

Aaarrrkkk...Alhamdulillah, dah Pak Amir dah kenyang nih. Korang bila lagi…?

Jadikan Hidangan Steam Boat Original Pak Amir sebagai satu kenyataan dan dihidangkan di rumah bersama keluarga anda hujung minggu juga! Jangan lupa...

- TAMAT -
Sekian, wassalam.Pak Amir Pak Dollah.


Chetam dah jumpa resepi sos chili yang Pak Amir nyatakan di atas. Sos chili dari Chef Wan yer....

SOS CHILI CHEF WAN
Bahan-bahan A
8 batang chili merah dimesin halus
2 ulas bawang putih ditumbuk halus
1 cawan gula halus
¼ cawan air
¼ cawan cuka
4 camca besar sos napla
4 camca besar kacang tumbuk

Cara-cara membuat
Di dalam periuk masak bahan-bahan A sampai pekat umpama sirap gula. Sebelum dihidangkan ditabur kacang tumbuk.

June 09, 2005

CRUNCH CHOCLATE CHIP sumbangan Diana.


Ramai yang cuba.

1 CAWAN BUTTER
1 CAWAN MINYAK
3/4 CAWAN GULA CASTER
1/2 CAWAN GULA PERANG
2 BIJI TELOR
1 SUDU KECIL ESEN VANILA
2 SUDU KECIL SODABOCABONAT
1 SUDU KECIL CREAM OF TARTAR
1 SUDU KECIL GARAM HALUS
1 1/2 CAWAN CHOC CHIP
1 CAWAN WALNUT ATAU BADAM
4 1/2 CAWAN TPG GANDUM
COFFEE OIL 1 DROP

BUAT MACAM BISKUT BIASA TAPI ADUNAN NIE AGAK LEMBIK AND JUST MASUKKAN DLM PIPING BAG. KALAU TAK ADA PUPING BAG, JUST GUNA PLASTIK DAN GUNTING MUNCUNGNYA DAN TERUS PAIPKAN KE TRAY PEMBAKAR. BUAT COMEL2 LAHHH
CUBA TAU SEBAB BISKUT NIE GERENTI SEDAP RANGGUP DAN UMPPPPP. RUGI KALAU TAK CUBA�.
Posted by Hello

BEST BIG, FAT, CHEWY CHOCOLATE CHIP COOKIES also from Diana
2 cawan tepung gandum serbaguna
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan unsalted butter, dicairkan
1 cawan gula perang, dipadatkan (packed brown sugar)
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
1 biji kuning telur
2 cawan semisweet chocolate chips

1. Panaskan ketuhar pada suhu 165 darjah C. Sapukan butter pada dulang pembakar.
2. Ayak tepung, soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.
3. Dalam bekas sedang, pukul butter yang telah dicairkan, gula perang dan gula pasir sampai kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla, telur dan kuning telur, pukul lagi sehingga kembang dan berkrim. Campurkan bahan-bahan yang telah diayak tadi dan gaul rata. Masukkan chocolate chip dan gaul menggunakan senduk kayu.
4. Gunakan sudu dan method "dropping" untuk letakkan adunan ke atas dulang pembakar dengan jarak 3 inci. Bakar biskut selama 15 - 17 minit atau sehingga tepi biskut kuning keemasan. Biarkan sejuk sebelum pindahkan biskut ke dalam bekas.

Note : 1 adunan dapat dalam 18 - 20 keping biskut.