Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


October 28, 2005

Salam Kemaafan dari blog Teratak Chetam



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Salam kemaafan Chetam pohonkan dari semua pengunjung Teratak Chetam.

Maaf kerana terpaksa berundur untuk sementara waktu.
Maaf kerana tak dapat postkan resepi-resepi menarik buat sementara
Maaf kerana gagal memenuhi permintaan sesetengah pengunjung
Maaf kerana Chetam dah berada di dalam mood RAYA!!!!
InsyaAllah Chetam akan kembali selepas minggu raya. Hari Ahad nanti(belah malam), Chetam, Suami dan Chenul akan berangkat pulang ke Tepeng dengan menaiki Keretapi.

Pada yang memandu kenderaan untuk balik ke kampung nanti......pandulah dengan berhati-hati......keluarga tersayang menanti kepulangan kita.

Pada sesiapa yang dah mencuba resepi dari Teratak Chetam, sudi kiranya untuk hantar email kepada Chetam dan berilah feedback anda dan kalau ada gambar, hantar sekali. InsyaAllah, Chetam akan postkan ke Teratak Chetam selepas raya nanti.

Akhir Kata......Salam Aidil Fitri dan Happy Deepavali kepada pengunjung setia Teratak Chetam.
Posted by Picasa

October 26, 2005

Lauk Pauk untuk juadah Berbuka Puasa

Chetam terima email yang minta juadah Lauk Pauk. Disebabkan Chetam kesuntukan masa, Chetam postkan resepi berasaskan ikan yang diperolehi dari Diana ResepiNet.

IKAN SIAKAP GORENG LADA HITAM

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
1 labu bawang besar (kisar)
1 ulas bawang puteh (kisar)
1/2 inci halia (kisar)
1 batang serai (kisar)
3 tangkai cili merah (kisar)
1 sudu besar lada hitam (kisar)
1 sudu besar kicap pekat manis
1/2 sudu besar cili sos
Garam dan perasa secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Daun ketumba untuk hiasan

Cara Memasak:
1. Bersihkan ikan, kemudian gaulkan dengan sedikit garam halus dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Panas sedikit minyak kemudian tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
4. Masukkan kicap, cili sos, garam dan perasa secukupnya.
5. Kecilkan api, kacau rata sehingga kuah pekat dan pecah minyak.
6. Tuangkan kuah sos ini keatas ikan, kemudian hias di atasnya dengan daun ketumbar. Enak dihidangkan panas-panas.

IKAN BAWAL TERUTUP KELUARGAKU

Bahan-bahannya
4 ekor ikan bawal, dibersihkan dan dibelah bahagian belakang tidak putus
1 1/2 sudu makan rempah kari ikan
2 sudu makan gula
garam dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Untuk dikisar
8 batang lada merah
5 biji lada padi
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 batang serai
1 cm kunyit
1 cm halia
1 cm lengkuas

Cara-caranya
Panaskan minyak dalam kuali, dan tumis rempah yang dikisar sehingga wangi. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa. Gaul rata dan masukkan rempah kari ikan. Gaul hingga sebati ketepikan.

Kemudian sumbat ikan yang telah dibelah belakangnya dengan rempah tadi. Ikan tersebut kemudian digoreng dalam minyak. Kalau untuk lebih berkhasiat. Sapukan ikan dengan sedikit butter kemudian bakar dalam oven sehingga masak. Mummy saya suka goreng saya suka bakar. Rempah ditumis dulu supaya tidak rasa maung, sebab ikan selalunya cepat masak bila digoreng atau dibakar. Selamat Mencuba.

IKAN KURAU BERLADA
Sumber: Mami Asmah Laili

Bahan-Bahan
300 gram ikan kurau kering, bahgian isinya sahaja, rendam sehingga kurang rasa garamnya, kemudian tapis.
4 biji bawang besar, dihiris halus
10 biji bawang kecil, dirampai
3 biji bawang putih, dihiris
5 biji lada merah, dirampai, buang bijinya
5 biji lada hijau, dirampai, buang bijinya
1 batang serai, bahgian putihnya sahaja, dirampai
1 jari halia, dirampai
Beberapa biji lada padi kampong, jenis yang pendek-pendek
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara Cara
Ikan kurau digoreng, sehingga garing. Tetapi jangan goreng terlalu garing. Minyak bekas menggoreng ikan tersebut, tidak boleh dipakai lagi, dari itu, buang sahaja. Ikan kurau goreng, ditumbuk halus. Ketepikan. Pastikan semua tulangnya dibuang.
Tengekkan kuali bersih diatas dapur. Tuang sedikit sahaja minyak kedalam kuali. Setelah panas, tumis dahulu serai yang dirampai. Apabila wangi, baru dimasukkan halia. Ini diikuti hirisan bawang besar, bawang merah serta bawang putih. Kemudian masukkan lada hijau dan merah. Balik-balikkan sehingga lembut dan garing Barulah dimasukkan lada padi dan ikan kurau yang ditumbuk. Masak sehingga lada padinya lembut sedikit. Gaul rata. Matikan api.

Setelah sejuk, masukkan kedalam botol dan simpanlah didalam peti sejuk. Hidangan ini merupakan pembuka selera dan sesuai dimakan dengan nasi, serta bubur nasi.

Ikan Pari Lemas

Bahan A:
1 bahagian ikan pari yang telah di potong (sederhana besar)
di basuh bersih sediakan besen sebagai acuan untuk kertas timah yang boleh di muatkan dengan ikan pari tadi, kemudian lapik dengan kertas timah 3-4 helai, biar tebal sikit supaya tak koyak. Biarkan kertas timah tu besar macam nak balut hemper! supaya senang nak balut ikan pari tu. Letak ikan pari ke atas acuan kertas timah. (biarkan dulu ikan tu releks)

Bahan B:
5 biji bawang putih di hiris nipis dan dipotong memanjang (macam batang mancis)
2 biji bawang besar di belah dua dan di mayang halus
2 batang serai di mayang halus
1 helai daun limau purut di koyak empat
25 biji cili padi di mayang halus
halia sebesar ibu jari kaki di hiris nipis dan di potong memanjang
1 biji cili besar (merah) di mayang dan dicincang halus
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar sos minyak ikan
sedikit ajinamoto
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil gula

Bahan C:
10 biji limau kasturi

Cara memasak:
Campurkan kesemua bahan B, dan gaul sehingga rata, kemudian masukkan kedalam bahan A.

Barulah bahan C di perah keatasnya, balut ikan pari tadi dengan rapi dan kemas. Biarkan selama 15 minit untuk dia mesra dengan kesemua bahan-bahan tadi. Lepas tu kukus/bakar selama 20 minit

IKAN TERUBUK BAKAR
Sumber: Mami Asmah Laili

Bahan-Bahan
1 ekor ikan terubuk, potong 2. Bersihkan, tetapi jangan dibuang sisiknya. Lumurkan ikan dengan asam dan garam, cuci bersih dan toskan
2 sudu makan lada serbuk
1 sudu teh serbuk kunyit
1 keping aluminium foil
1 helai daun pisang
Sedikit garam

Cara Menyediakan Ikan
Lumurkan ikan dengan lada serbuk, kunyit serbuk dan garam sehingga rata. Ketepikan. Lapiskan foil dengan daun pisang. Letakkan sekeping ikan, ditengah-tengah daun pisang. Bungkus. Bakar dengan kepanasan 170 hingga 180 darjah sehingga masak. Kemudian terbalikkan. Setelah masak, keluarkan dari ketuhar. Enak dimakan dengan nasi dan dicecah dengan SAMBAL TEBING dan SAMBAL KICAP LADA PADI.

PANDUAN
Ikan ini boleh juga dibakar didalam kuali atau secara tradisional diatas dapur arang.

SAMBAL KICAP LADA PADI

Bahan untuk Sambal Kicap
Segenggam lada padi
2 biji bawang putih
1/2 cawan kicap
2 sudu makan gula
2 atau 3 biji limau kasturi, perah jusnya

Cara Menyediakan Sambal Kicap
Lada padi dan bawang putih ditumbuk halus atau dikisar. Setelah itu gaulkan dengan bahan-bahan lain.

IKAN PERCIK
Sumber: Hanieliza

Bahan-Bahan:
2 ekor ikan kembung/selar yang besar
1/2 biji kelapa atau 1 mangkuk santan pekat

bahan mesin
10 biji cili kering
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sm halia
2 batang serai
1 s/b gula
sedikit air asam jawa
2 sm kunyit hidup
Garam

Cara:
1. Ikan dibersihkan kemudian dikelar-kelar kedua belah badannya dan lumurkan dengan garam dan kunyit.
2. Bakarkan ikan di atas dapur arang sehingga separuh masak.
3. Sementara ikan di atas dapur, eloklah sediakan kuahnya.
4. Masukkan bahan mesin i di dalam periuk bersama santan.
5. Masukkan juga air asam jawa, gula dan garam. Masaklah di atas api yang perlahan hingga pekat kuahnya.
6. Kemudian angkat, ambil kuahnya dan sapu ke atas ikan yang dipanggang tadi.
7. Bila sudah kuning, balikkan dan lumurkan lagi dengan kuahnya di bahagian sebelah lagi. Buatlah sebegini hingga ikan tadi masak dan kuahnya melekat pada ikan.
8. Kemudian bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

IKAN MASAK LEMAK CILI PADI
Sumber: Mami Asmah Laili

Bahan-bahannya
1 ekor ikan Ungah atau merah (kira-kira 1 kg beraptnya) dipotong keping-keping
2 cawan santan pekat dari satu biji kelapa parut
2 jari lengkuas, dititik
2 batang serai, dititik
4 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
6 biji belimbing buluh (belah 2) - boleh digantikan dengan asam gelugor
2 kuntum bungan kantan (belah 2)
garam dan serbuk perasa (jika perlu) secukupnya
sedikit minyak untuk menumis

Dikisar
20 biji cili padi (merah dan hijau)
20 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
10 biji buah keras
1 jari halia
2 jari kunyit hidup
1 sudu makan rata belacan

Cara-caranya
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis rempah kisar sebentar, masukkan serai, lengkuas, daun kunyit dan daun limau purut dan tumis lagi sehingga naik aromanya. Tuangkan santan, masukkan belimbing dan bunga kantan biarkan ia mendidih sebentar. Masukkan garam dan serbuk perasa. Masukkan pula ikan. Bila ikan lembut dan masak, matikan api. Enak dihidangkan dengan nasi panas.

KERABU IKAN KEMBONG
Sumber : Chef Wan

Bahan-bahannya
8 ekor ikan kembong digoreng dengan sedikit garam dan kunyit
1 cm halia muda dihiris nipis
1/2 cawan daun pudina diracik halus
1/2 cawan daun ketumbar
6 tangkai daun bawang
4 batang serai muda
10 biji bawang merah
8 biji cili padi dihiris nipis
2 biji mangga masam
1/4 biji nenas
1/2 bunga kantan
1/4 cawan sos ikan
jus dari 3 biji limau nipis
3 camca besar gula melaka
minyak untuk menggoreng ikan.

Cara-caranya
1. Asingkan isi ikan dan buang tulangnya.
2. Gaulkan semua bahan-bahan di dalam mangkuk menjadi satu dan sajikan segera.

IKAN PANGGANG PERCIK
Sumber : Chef Wan

Bahan-bahannya
1 ekor ikan siakap, dicuci bersih dibuang perut dan dikelar-kelar

Bahan-bahan sambal percik
2 cm halia
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
2 batang serai dimesin sampai lumat
3 helai daun limau purut
5 biji buah keras
4 biji cili padi
7 biji cili merah
3 cawan santan pekat (dari 3/4 biji kelapa yang diparut)
jus dari sebiji limau nipis atau lebih
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng
beberapa helai daun pisang
2 helai daun pandan
sekeping kertas timah (aluminium foil)

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan tumis rempah-rempah yang dimesin sampai wangi. Masukkan santan dan masak perlahan-lahan sampai ianya pekat. Masukkan garam, gula dan jus limau nipis
2. Letakkan ikan yang beralaskan daun pisang dan daun pandan diatas kertas timah dan sapukan kuah percik di rata-rata ikan. Bungkus rapat-rapat (kalau tidak bungkus pun tak apa) dan dibakar pada suhu 180 darjah C selama 20 minit sampai masak.

GULAI IKAN SEPAT
Sumber : Chef Wan

Bahan-bahannya
8 ekor ikan sepat masin
1/2 biji nenas, dipotong lebar-lebar
segenggam daun kesum
3 helai daun limau purut
santan dari sebiji kelapa
jus dari 2 biji limau nipis
gula dan garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Untuk dikisar halus
8 biji cili merah atau lebih
2 batang serai
1 cm lengkuas
3 urat daun ketumbar
2 helai daun limau purut
2 cm kunyit hidup
2 camca kecil belacan
8 biji bawang merah

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan tumis rempah yang dikisar sehingga wangi.
2. Masukkan santan dan didihkan. Setelah mendidih, masukkan ikan sepat, nenas dan juga daun limau purut. Masak selama 15 minit lagi.
3. Sebelum disajikan masukkan gula, garam dan jus limau nipis secukup rasa.

IKAN GORENG SAMBAL ULAM
Sumbangan : Adik (Sepupu Diana)

Bahan - bahannya :-
1 ekor ikan bawal
3 biji bawang putih
6 biji bawang merah
2 batang serai
6 biji cili merah
6 biji cili padi
250 gm santan
Air asam jawa
Garam
Gula
Bahan perasa

Cara membuatnya:-
- Kisar cili merah, bawang putih, bawang merah, cili padi, serai dan air asam jawa .
- Kemudian ikan digoreng .
- Sementara itu , percik daun selom , selaseh , pucuk kaduk , daun kesum
- Tumis bahan kisar dan masukkan garam , gula dan bahan perasa .
- Masukkan santan dan hirisan ulaman tadi .
- Taburkan bahan tadi ke atas ikan yang telah digoreng tadi .
- Sedia untuk dihidangkan .

IKAN KUKUS KASTURI
Sumber: Chef Wan

Bahan Bahan
1 ekor ikan siakap (lebih kurang 1 kg)
6 ulas bawang putih (dicincang)
6 biji limau kasturi (diambil jus)
2 s/besar sos ikan
1 s/besar gula
¼ biji nenas (dipotong dadu)
2 biji tomato
garam secukup rasa

Bahan Bahan (dihiris)
8 tangkai daun ketumbar
10 biji cili padi
2 helai daun limau purut

Cara Menyediakannya
1. Lumur ikan dengan sedikit garam dan biarkan selama 20 minit, letakkan ikan di dalam pinggan atau bekas tahan panas.
2. Taburkan semua bahan yang dihiris, bawang putih, nenas dan tomato di atasnya.
3. Satukan air limau kasturi, sos ikan, gula dan garam di dalam mangkuk, tuangkan ke atas ikan rata-rata.
4. Kukus kesemuanya selama 25-30 minit atau sehingga ikan masak.

IKAN PARI MASAK PECAL

Bahan-bahannya
300 gm ikan pari
4 ulas bawang merah
1 helai daun cekur
½ biji kelapa diambil pati santannya
anggaran 1½ cawan
10-15 biji cili api (mengikut pedas yang disukai)
1 keping asam gelugur
1.2 sm belacan bakar
Sedikit ubi cekur
Garam serta serbuk perasa secukup rasa

Cara-caranya
Ikan pari dibersihkan dipotong besar-besar, dibasuh serta toskan airnya. Setelah itu dipanggang hingga masak. Cili api, bawang merah, ubi cekur dan belacan ditumbuk hingga lumat. Sesudah itu masukkan ke dalam periuk bersama santan pekat, daun cekur dan asam keping. Masaklah bahan-bahan ini sehingga mendidih, kemudian tambahkan garam serta serbuk perasa secukupnya. Bila telah pekat bolehlah diangkat dan tuangkan di atas ikan pari panggang tadi. Atau boleh juga masukkan ikan panggang ini ketika kuah santan sedang mendidih.

Ikan Sembilang Goreng Berlada

Bahan-Bahan
1 kg ikan sembilang
300g cili merah
100g cili padi
5 labu bawang besar
20 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
2 keping asam gelugur
garam secukup rasa

Cara membuatnya
1. Ikan disiang , dikelar dan dibersihkan, gaulkan dengan kunyit dan garam, goreng hingga garing
2. Cili besar, bawang merah dan bawang putih ditumbuk kasar . Bawang besar dihiris bulat-bulat
3. Cili padi ditumbuk halus dengan garam
4. Tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga wangi dan garing. masukkan asam gelugur.
5. Masukkan ikan goreng dan bawang besar yang dihiris. Gaul hingga rata dan angkat.

IKAN TIGA RASA

Bahan-bahannya
1 ekor Ikan Kerapu
cili padi - di hiris kasar
1 biji bawang besar - dipotong bulat
3 biji bawang kecil - dirajang
2 ulas bawang putih - dirajang
sedikit oyster sauce, fish sauce
sedikit minyak bijan
1 senduk kecil lemon paste
sedikit daun ketumbar atau daun pudina
sedikit tepung jagung
air dan garam secukupnya

Cara-caranya
Ikan dibersihkan, kemudian dilumurkan dengan garam dan digoreng setengah garing dan diangkat. Tumis bawang putih, bawang kecil, cili padi dan bawang besar hingga layu dengan minyak bekas ikan tadi dan sedikit minyak bijan. Setelah layu, masukkan sedikit fish sauce, oyster sauce dan lemon paste, dikacau rata dan masukkan sedikit air (jika ingin lebih berkuah, lebihkan air).

Setelah mendidih, tuangkan campuran tepung jagung dan air dan di kacau hingga pekat. Masukkan daun ketumbar atau daun pudina dan segera diangkat. Tuangkan kuah keatas ikan yang telah digoreng tadi dan hidangkan ketika panas.

IKAN PARI BAKAR

Bahan-Bahannya
2 ekor anak ikan pari
daun pisang (secukupnya)
10 helai daun limau purut dihiris halus
200gr cili hidup merah
100gr lada kering
2 labu bawang besar
3 labu bawang putih
2 inci halia muda
1 biji limau kasturi
kicap manis secukup rasa
garam
serbuk perasa
minyak untuk menumis secukupnya

Cara-caranya
Bersihkan ikan atau makanan laut dan ketepikan. Kisar cili hidup merah dan cili kering yang telah di rendam air panas. Kisar bawang besar, bawang putih, halia muda berasingan. Panaskan minyak dan tumis cili yang dikisar sahaja dahulu, campurkan dengan sedikit sahaja daun likmau purut yang telah di hiris. Setelah cili garing masukkan bahan bawang dan halia yang telah dikisar juga. Tumislah sehingga terbit minyak. Setelah terbit minyak dan baunya bangkit masukkan garam, serbuk perasa, kicap manis dan lebihan daun limau purut yang dihiris halus.Perahkan jus limau kasturi sebelum tutupkan api. Ikan atau makanan laut tadi dibakar setengah masak dahulu. Alas kuali dengan daun pisang dan bubuhkan separuh dari sambal tadi dan letak ikan atau makanan laut tadi dan siramkan lebihan sambal lagi. Tanak diatas api dan biarkan ikan atau makanan laut tadi masak.

SAMBAL SOTONG KERING KELUARGA DIANA

Dulu ada yang mintak resepi sotong kering. Berikut adalah resepi sumbangan Diana ResepiNet. Kalau Chetam jumpa lagi, Chetam akan tambah di sini.


Sambal sotong kering ini juga adalah salah satu juadah yang keluarga Diana sediakan untuk Hari Raya. Selain sotong kering boleh juga sediakan Sambal Tumis Udang, gunakan udang yang sederhana besar dan jangan dikupas kulitnya supaya kemanisan udang itu ada dalam masakan tersebut.

SAMBAL SOTONG KERING KELUARGA DIANA

Bahan-bahannya
1/2 kilo sotong kering, dibersihkan buang tulang dan potong persegi kecil dan rendam dengan abucang semalaman
1 cawan air (ditambah sekiranya perlu)
1/2 cawan air asam jawa yang pekat
seketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir
garam dan serbuk perasa
1 cawan minyak

Untuk Dikisar
40 tangkai lada kering
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 batang serai
1 cm lengkuas
2 cm belacan

Cara-caranya
Bersihkan sotong yang telah direndam semalaman dan toskan airnya. Didihkan air dan masukkan sotong dan masak untuk 15 minit. Kemudian toskan airnya.

Panaskan minyak di kuali, tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau. Masukkan gula melaka, gula pasir, garam, serbuk perasa dan air asam jawa. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan 1 cawan air dan masukkan sotong. Masak sehingga sotong empuk dan rempah kering. Kalau sotong belum empuk boleh ditambahkan dengan sedikit air lagi. Rasa jika ada yang kurang tambah garam atau gula secukup rasa.

October 21, 2005

SECEBIS KISAH - Perginya jantung hati kami

Chetam baru terima Secebis Kisah ini dari email yang dikirim oleh rakan satu ITM dulu. Bacalah secebis kisah ini. Sekiranya anda adalah seorang ibu atau ayah, balik ke rumah nanti, anda dakap dan peluk anak anda erat-erat.

Perginya jantung hati kami
Oleh Ahmad Lutfi Othman
Tuesday, October 18 @ 10:17:58 MYT


Rabu, 5 Oktober, 1 Ramadhan, jam 8.15 pagi. Segalanya berhenti. Deru angin, kicau burung, juga lintasan dan angan-angan. Dengan lembut roh Nurul Syafiqah bt Siti Hawa, 11 tahun, anak kedua kami dipisahkan dari jasadnya sehingga saya, isteri dan tiga putera lainnya, Ahmad Luqman Hakim, Ahmad Ikmal Syafiq dan Umar Mukhtar menyangkanya tertidur nyenyak.

Tragedi tidak bermula Subuh awal puasa itu.

Aturan Ilahi tentang kematian kerap menyentap, mengejutkan lena, memancung cita-cita, namun punya rahsia tersembunyi, yang mungkin tidak terbongkar sampai bila-bila.

Jumaat, 30 September, 12.45 tengahari. Syafiqah telefon dari sekolah. "Akak tertinggal bas, boleh ayah ambil?" Saya terdiam, banyak kerja mesti disiapkan; artikel politik kampus untuk harakahdaily baru setengah jalan. "Akak jalan kaki, ya?" pintas Syafiqah selepas saya membatu.

Semalaman membakar pizza

"Tapi banyak barang kena bawa ni," asaknya tanpa nada mendesak. Hari itu Syafiqah 'menjamu' guru-gurunya dengan juadah pizza masakan ibunya. Semalaman dia menunggu pizza dibakar oven. Sememangnya Syafiqah suka sekali membawa makanan ke sekolah, tidak lama dulu nasi daging.

Sehingga dia mengalah, saya langsung tidak terasa apa-apa bahawa Syafiqah mulai letih dengan demam dan sakit tekak yang dideritainya. Petangnya Syafiqah telefon maklumkan dia dapat tumpang kawannya balik.

Malamnya, apabila sampai depan rumah, lambat pula Syafiqah buka pagar. "Awat lambat?" Saya merungut walaupun cahaya lampu kereta menyerlahkan muka Syafiqah yang pucat.
"Akak cari tudung."
"Malam gelap, tak ada siapa nampak," jawab kebodohan saya. Ketika itu tidak teringat langsung bahawa Syafiqah kini cukup prihatin dengan aurat. Nak masukkan karung sampah di belakang rumah pun Syafiqah pastikan bertudung dulu.

Set nasi ayam

Sabtu, 1 Oktober, sepatutnya saya tunaikan janji dengan Syafiqah. Selepas tamat UPSR dan PSRA, dua hari sebelum itu, Syafiqah minta set nasi Ayamas.

"RM5 saja ayah. Akak teringin nak makan dengan kawan. Kami jalan kaki pun boleh." Masya-Allah, saya seolah-olah tidak mendengarnya sambil memberi jawapan tidak pasti, "esok ... esok."

Isteri saya, Siti Hawa memberitahu Syafiqah tidak selera makan malam tadi apabila saya minta izin ke KL hadiri mesyuarat penggerak demokrasi bersama Mat Sabu. Nasi goreng kampung dengan sambal belacan kegemarannya hanya ditatap, kemudian disimpan dalam peti sejuk. Saya masih tidak terasa apa-apa sedangkan takdir hanya menunggu masa.

"Ayah pi sekejap aja, sebelum tengahari selesai, nanti malam kita balik kampung," kata saya kepada Syafiqah sambil berjalan ke kereta. Raut muka cerianya seperti terlindung. Saya seakan terlupa Syafiqah anak berjiwa kental, sesekali tidak menunjukkan rasa sakit minta dimanja walaupun sememangnya sedang menderita.

Lewat petang, selepas menukar tayar kereta di Hulu Kelang, memecut laju ke asrama anak sulung kami, Luqman, di SAM 10, Cheras. Aduhai, janji dengan Syafiqah sudah luput.

"Bawa akak ke klinik, tekak makin perit," katanya, juga tanpa menunjukkan rasa sakit.

Masih sempat bermain-main

Klinik famili kami, Dr Mahyuddin Yassin tutup. Saya ke klinik sebelah, dekat Taman Sri Ampang. Semasa menunggu, Syafiqah bermain-main dengan dua anak kecil. Nampak letih tetapi tetap gembira.

Saya berbisik, "Nak balik kampung?" "Ayah baliklah dulu, akak boleh
tinggal dengan nenek," balasnya.

Ketika neneknya datang malam itu, kami sudah bersiap nak balik Kedah. Syafiqah tenang saja. Kalau anak lain tentu akan merengek. Emak mentua saya akan membawanya ke hospital periksa darah, takut-takut denggi.

Dalam perjalanan kami dimaklumkan Syafiqah tidak diserang demam maut itu. Lega. Melalui SMS, dan itu kali pertama Syafiqah menggunakannya, dia bertanya, "ayah di mana?" Sambil melintasi Taiping, saya menjawab. Selang beberapa lama nada SMS berbunyi, juga dari Syafiqah, soalan sama, di samping memberitahu dia muntah.

5 pagi, kami sampai di Kampung Raja, Kubang Pasu. Saya maklumkan kepada Syafiqah. Kemudiannya kami diberitahu Syafiqah malam itu asyik sembang dengan neneknya, maklumkan kandungan SMS.

Ahad, pagi ke petang (begitu juga Isnin) temujanji saya padat di Alor Setar, Syafiqah terus SMS. "Mulut akak pahit, nak buat macamana." Saya menjawab, dan Syafiqah bertanya hal lain pula. Sehingga malam baru saya sedari SMS tadi rupanya "gagal dihantar". Ya Allah, rupanya Syafiqah terus menunggu dan menunggu ...

Selasa pagi kami berangkat pulang. Walaupun jangkanya dapat bertolak sebelum jam 10, tapi disebabkan singgah banyak rumah saudara-mara, itu pun tidak sempat menziarahi pusara bonda Aisyah (sesuatu yang tidak pernah saya tinggalkan jika balik kampung), menjelang 1 tengahari baru kami keluar ke Pekan Tunjang, seterusnya ke Lebuhraya Utara Selatan.

Di rumah neneknya, Syafiqah makin lemah tidak berselera makan, dan asyik menyebut nama ayah dan ibunya. Tapi bicaranya tetap ramah, suaranya masih bertenaga. Kami solat Maghrib di R&R Sg Buloh. Syafiqah desak saya jemput. Sekali lagi, ayah yang tidak mengerti perasaan anak di hujung usia itu, minta tangguh esoknya, atas alasan letih.

Celoteh bersama Luqman

Syafiqah berkeras. Dia menggesa nenek dan pamannya hantar segera ke Bukit Ampang. Ketika Syafiqah tiba, saya keletihan di katil. Namun terdengar juga celotehnya dengan Luqman. Dia bercerita tentang bagaimana darahnya diperiksa. Saya dimaklumkan kemudiannya, Luqman pun tidak memberikan respons sewajarnya, juga kerana letih dan mengantuk.

Awal pagi terdengar Syafiqah asyik masuk keluar bilik air, muntah. Ibunya berlari-lari anak menyantuni, antara Syafiqah dan adik kecilnya, Nurin Afifah, 2 tahun, yang juga terbatuk-batuk. Setengah jam sebelum Subuh kami sekeluarga di meja makan, bersahur, termasuk Syafiqah.

"Fiqah tak payah posalah," kata saya. Ampun Tuhan, suara suara agak tinggi minta Syafiqah kembali tidur dan berehat, kebetulan kerusi di meja makan tidak cukup untuk semua kami.

7.45 pagi, 1 Ramadhan, isteri mengejutkan lena saya. Syafiqah menjerit:"Ibu, sakit! Ibu, sakit! Dari atas saya mendengar suara Syafiqah cukup kuat, tidak pernah dia menjerit selantang itu.

Melihat keadaannya, jantung saya berdegup kencang. Taqdir makin dekat. Tahu ibunya menyidai basuhan, Syafiqah bersuara, agak perlahan: "Dahlah ibu, suruh abang sidai kain, akak sakit ni."

Kuatnya semangat Syafiqah

Tapi bicara Syafiqah masih jelas, dia sendiri minta ke hospital. Saya renung matanya, langsung tidak berair, maknanya dia hanya menjerit bukan menangis. Ya Allah, kuatnya semangat anakku ini. Sememangnya sejak malam tadi saya berkira untuk ke hospital pagi-pagi esoknya.

Namun, saya dan Siti langsung tidak terlintas Syafiqah akan berangkat ke alam lain, meninggalkan fitnah dunia. Rupanya Siti sudah memandi dan membersihkan tubuhnya.

"Bagai bayi saya mandikan Syafiqah, cuci rambutnya. Nampak kakinya kuning, tubuhnya sejuk, tapi langsung tidak terbayang dia mahu pergi selamanya," cerita Siti kemudiannya kepada kawan-kawan yang menziarahi.

8.00 pagi. Suara Syafiqah tetap jelas bila meminta saya memapahnya keluar dari bilik solat. Bersama Siti, saya menuntunnya ke ruang tengah. Selepas didudukkan, saya perhatikan wajahnya seolah-olah tanpa darah. Ketika itu baru lintasan hati mengilhamkan sesuatu yang pedih dan perit.

Syafiqah masih sempat minta saya papahnya ke kerusi panjang di depannya, mungkin dia mahu berbaring. Saya cuba mengangkatnya tapi tidak terdaya, Syafiqah terasa berat.

Semasa sibuk mengemas untuk ke Hospital Ampang Puteri - 4 km dari rumah kami - saya, Siti dan anak-anak terpandang Syafiqah seperti menarik nafas panjang, dua kali. Lehernya terlentok.

Subhanallah, janji Allah sudah sampai. Mata saya dan Siti berpandangan, namun kami tidak sempat memberi reaksi lain kecuali mempercepatkan Syafiqah ke hospital.

Terasa hangat

Hati saya berkata-kata sambil cuba menatang tubuh Syafiqah yang masih terasa hangatnya. Selepas menghidupkan enjin kereta saya memanggil jiran sebelah, William, sama-sama mengangkat Syafiqah.

Berkali-kali namanya dipanggil. Syafiqah nampak seperti nyenyak tidur. Dalam kelam-kabut itu saya pandangan saya letak ke wajah Siti, ibu yang mengandungkan Syafiqah dan Syafiqah membesar di depannya sehingga menginjak usia 11 tahun.

Harapan ibu tetap tinggi. Sambil memangkunya di kerusi belakang, Siti tidak putus-putus menyebut nama Allah. Air mata tidak sempat tumpah lagi. Tumpuan saya ke arah jalan raya yang sibuk pagi itu. Perjalanan ke hospital terasa begitu aneh, kiri kanan jalan seperti sunyi sepi. Degupan jantung kuat sekali.

Tangan kanan memegang stereng, tangan kiri menjamah tubuh Syafiqah. "Panas lagi," harap Siti walaupun menyedari tiada apa yang bergerak di tubuh Syafiqah.

Mulut saya terkunci. Mata terasa panas. Bergenang air mata Siti tapi harapannya tidak pudar.

Saya memberhentikan kereta di lobi kecemasan. Hon dibunyikan bertalu-talu. Melihatkan reaksi awal kakitangan hospital ketika mereka mengangkat tubuh Syafiqah, jawapannya jelas dan pasti. Syafiqah sudah pergi meninggalkan kami.

Ketika saya memimpin Nurin dari kawasan letak kereta, dan Siti sedang menemani Syafiqah, saya belum dimaklumkan secara rasmi tentang kehilangan jantung hati kami itu.

Namun berat sekali kaki diheret menaiki tangga. Saya mendukung Nurin sambil menciumnya: "Kakak dah tak ada Nurin."

Sebaik melangkah masuk hospital, saya nampak Siti sedang mengisi keterangan peribdi Syafiqah. Saya dengar hampir semua maklumat penting Syafiqah yang diberikannya salah.

Ketara pucat

Siti menoleh ke arah saya, wajahnya tenang walaupun ketara pucat. Saya tidak perlu bertanya lagi. "Fiqah dah tak ada, bang," getar suaranya jelas.

Berdepan jasad kaku Syafiqah, terlintas, bagaimana sewaktu tiga tahun saya menderita sakit misteri, terlantar di rumah, tidak mampu bekerja, saya sering terhibur dengan celotehnya, gurau manjanya, malah puas terasa bila dia mengurut lenguh badan. Kerap dia teresak-esak menangis bila melihat saya mengerang kesakitan.

Tapi, ya Allah, apabila dia menderita sakit, saya tiada di sisi, malah
tidak pun sempat melayannya dengan baik, dan banyak janji tidak tertunai, walaupun sekadar nasi Ayamas yang selalu disebutnya.

Air mata mula tumpah dan hingga kini, selepas seminggu, air mata itu belum mahu kering lagi. Al-Fatehah. - UM

BISKUT GAJUS MANGGIS


(Sumbangan Gadia Aries dapat dari buku masakan Asmah Laili

Bahan-bahan:
250 gram mentega
100 gram gula castor
380 gram tepung gandum, di ayak
3 sudu makan tepung jagung, di ayak
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit gajus, di bakar
1 biji telur, di kocok utk di sapu atas biskut
Pewarna ungu
Pewarna hijau

Cara membuat:
Dengan menggunakan senduk kayu, pukul mentega sebentar. Masukkan gula, kuning telur & vanilla. Gaul hingga sebati. Kemudian masukkan kedua� jenis tepung sedikit� sambil di kacau hingga adunan menjadi rata & sebati. Ambil � cawan adunan & warnakan hijau. Ini untuk membuat tampuk & tangkai manggis. Lebihan adunan di warnakan ungu.

Ambil sedikit doh ungu, angaran sebesar ibu jari & di masukkan kedalamnya 1 biji gajus. Kepal hingga bulat. Ambil pula sedikit doh hijau, bentukkan seperti tampuk & tangkai manggis, lalu di letakkan kepada bebola ungu, sehingga menjadi sebiji manggis yg cantik. Sapu di atasnya dgn telur & bakarlah sehingga masak.
Posted by Picasa

Kuih Kaswi - Permintaan Yati

Assalamualaikum

Chetam tunaikan permintaan Yati yang nakkan resepi kuih Kaswi atau Kasui. Pengunjung yang lain yang sebelum ni penah buat permintaan tapi masih belum Chetam tunaikan, Chetam minta maaf. Mungkin resepi tu Chetam tak ada atau tak jumpa atau tak sempat nak cari. Pada Mia, Chetam minta maaf sebab tak penah terjumpa serunding guna cili padi. Kalau serunding, memang ada banyak resepinya.

KUEH KASWI dari Kak Liza MDC

Bahan A
5 cawan air
3 keping gula kerek/roda (banyak dijual di pantai timur)
atau 3 s/b gula merah
3 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan
Masakkan semua dan sejukkan

Bahan B
2 cawan tepung gandum
½ cawan tepung kanji/ubi atau jagung
1 sudu kecil kapur kueh
Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

Cara:

1. Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan.
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan kan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak.
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong.
6. Gaulkan garam dan kelapa.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

KUEH KASWI PANDAN dari Kak Liza MDC

Bahan
6 cawan air
1 cawan gula pasir
1 helai daun pandan
[Masakkan semua dan sejukkan]

1 cawan jus pandan
2 cawan tepung gandum
½ cawan tepung kanji/ubi
1 sudu kecil kapur kueh

Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan.
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan ke dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak [30 minit].
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong.
6. Gaulkan garam dan kelapa.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

KUEH KASWI dari Harsha WMDC
(Harsha merupakan pengendali ruangan resepi dalam Forum MDC dan WMDC. Beliau tinggal di Kota Singa)

Bahan A
5 cawan air
3 keping gula kerek/roda (banyak dijual di pantai timur)
atau 3 s/b gula merah
3 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan
Masakkan semua dan sejukkan

Bahan B
2 cawan tepung gandum
½ cawan tepung kanji/ubi atau jagung
1 sudu kecil kapur kueh
Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

Cara:

1. Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan.
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan kan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak.
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong.
6. Gaulkan garam dan kelapa.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

October 18, 2005

Kerabu Nangka Muda - Resepi idaman Nor Rosly

Chetam jumpa resepi ni tadi semasa browsing Forum Melayu.com. Resepi ini dari Kak Liza. Harap Nor Rosly dapat mencubanya.

KERABU NANGKA

Nangka muda secukupnya
3 ulas bawang merah [mayang]
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk lumat)
3 sudu besar ikan bilis atau udang kering (ditumbuk lumat)
1 sudu besar air asam limau nipis/kasturi
1 cawan santan pekat.
garam

Cara membuat
1. Nangka dibersihkan dan potong kecil dan nipis.
2. Panaskan air dan garam dan rebus nangka sehingga lembut.
3. Angkat dan toskan nangka.
4. Tumbuk bawang merah, lada hitam bersama ikan bilis atau udang kering.
5. Masukkan nangka ke dalam mangkuk besar dan campurkan bahan tumbuk, lada hitam, air limau dan sedikit santan.
6. Bubuh garam secukup rasa dan gaul rata. Setelah itu bolehlah dihidangkan

October 17, 2005

KUIH BINGKA KASTAD


Sumber: KaK Liza

Bahan
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad
2 biji telur
1 cawan gula
1/2 cawan butter cair
1 tin susu cair
4 cawan air pandan + pewarna hijau
sedikit bijan goreng

Cara
1. Panaskan oven 180'C selama 10 minit.
2. Gaulkan semua bahan sebati dan tapiskan.
3. Masukkan dlam loyang yg telah disapukan minyak.
4. Bakar selama 1jam pada suhu 180'C.
5. Bila dah masak taburkan bijan. Biarkan sejuk.
6. Potong dan hidangkan.

Posted by Picasa

PUDING BUAH/KOKTEL SOS OREN/MANGGA


Sumber: Kak Liza

Bahan:
Bahan puding:
1 peket agar-agar
5 gelas air
1 tin cocktail buah [asingkan air dan buahnya]
1 tin susu cair
1 cawan gula
1 cawan tepung jagung

Cara:
1. Masak agar-agar sehingga hancur. Tapiskan.
2. Masukkan susu cair, air buah dalam tin & gula.
3. Bancuhkan tepung jagung dengan sikit air dan masukkan dalam adunan agar.
4. Susun cocktail buah ke dalam acuan.
5. Apabila agar-agar sudah masak, tuangkan kedalam acuan yang mengandungi
buah-buahan cocktail tadi.
6. Biarkan sejuk dan simpan ke dalam peti sejuk.

Bahan untuk sos Oren/Mangga
3 biji buah oren sunkis atau mangga masak
3 cawan yogurt perasa oren atau mangga
1 liter jus oren atau mangga [dalam kotak]

Cara:
1. Buangkan kulit oren atau mangga dan potong kecil.
2. Masukkan semua bahan dlam blender dan mesinkan.
3. Masukkan dalam mangkuk dan sejukan.
4. Bila nak menghidangkan..keluarkan puding dan masukkan dalam mangkuk yg berisi sos ini.

Posted by Picasa

CHEESE FRUIT CAKE Bebop


Sumber: Kak Liza

Bahan
170 gm mixed fruit ] rendamkan selama 2 - 3 jam
2 s/b Jus Oren ]

70 gm butter
70 gm cream cheese
70 gm gula perang
2 biji telur
1s/k lemon paste [jika mahu]
80 gm tepung gandum
1/2 s/k baking powder

Cara
1. Pukul butter, cream cheese dan gula sehingga gebu.
2. Masukkan telur satu persatu dan lemon paste [jika mahu]. Kacau sebati.
3. Masukkan mixed fruit yg telah direndamkan berselang seli dengan tepung gandum. Kacar rata.
4. Masukkan adunan dalam acuan yg telah dilapikkan kertas minyak.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pasa suhu 160'C selama 60 minit
Posted by Picasa

TAT NENAS/GULUNG


Sumber Kak Liza

Bahan
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Jem Nenas..boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek
atau..
1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula
1/2 cawan air ]
1 cawan gula

Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning

Cara.
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Posted by Picasa

KEK KEJU COKLAT


Sumber Kak Liza

Bahan Base [boleh juga jika nak gantikan dengan kek span vanilla nipis]
200 gm biskut cheese cracker [hancurkan]
3 s/b butter
2 s/b madu

Bahan Keju
250 gm keju krim Philidephia
60 gm butter
100 gm gula perang
3 kuning telur
1 s/k esen vanilla
3 s/b fresh atau whipping cream
1 s/b tepung gandum ]
2 s/b serbuk coklat ] ayakkan

3 biji putih telur [pukul sehingga gebu dan menjadi ringan]

Cara
1. Gaulkan semua bahan base dan tekan dalam acuan/loyang yg telah disapukan majerin.
2. Bakarkan dalam oven pada suhu 170'C selama 10 minit.
3. Campurkan krim keju, butter dan gula. Pukul sehingga gebu.
4. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata.
5. Masukkan esen vanila dan kacau.
6. Masukkan fresh atau whipping creanm dan kacau rata.
7. Masukkan tepung gandun dan serbuk coklat berselang seli dengan putih telur yg telah dipukul. Kacau rata.
8. Masukkan dalam acuan yg ada base dan bakar pada suhu 150'C selama 60 minit.
9. Bila telah masak, biarkan dalam oven sehingga sejuk.
10 Keluarkan dari oven dan parutkan kepingan coklat masakan dan potong dengan pisau yg telah dipanaskan.
Posted by Picasa

CHOCOLATE CRUNCH


Sumber Kak Liza

Bahan
250 g cooking coklat
50 g butter
150 g badam hancur [panggang]
200 g coco crunch
150 g bubble rice
acuan kertas
hiasan - manik warna-warni

Cara
1. Cairkan cooking coklat secara double boil sehingga coklat cair.
2. Angkat dan masukkan butter. Kacau sehingga coklat dan butter sebati.
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar dan gaul rata dan sebati.
4. Masukkan sesudu kedalam acuan kertas dan taburkan manim warna-warni.
5. Biarkan sejuk dan beku sendiri. Simpan dalam bekas kedap udara.
Posted by Picasa

October 11, 2005

Koleksi Asam Pedas khas buat Hajah Sally

ASAM PEDAS IKAN PARANG ORIGINAL DARI MELAKA
Sumbangan: Roziyati Ramli ResepiNet

Bahan A
3 keping ikan parang
5 ulas bawang merah ditumbuk
5 ulas bawang putih ditumbuk
5 sudu minyak masak dan (1 sudu minyak kelapa asli @ boleh diganti dengan 1 sudu kecil kelapa goreng) 1 inci kunyit hidup ditumbuk
Sedikit serbuk kunyit hidup
1 inci belacan
10 ke 15 biji halba
4 sudu @ 5 sudu cili mesin (ikut rasa)
air asam jawa
garam secukup rasa
Kalau suka boleh diletak bendi/ kacang panjang/ sawi/ peria

Cara Menyediakan
1. Mula-mula tumiskan halba hingga kekuningan, angkat dan buang halba itu.
2. Kemudian, masukkan kunyit serbuk, bawang merah, bawang putih.
3. Kacau hingga kekuningan dan naik bau.
4. Lepas itu, masukkan cili mesin dan belacan. Kacau hingga garing. (Kalau kurang minyak, tambah lagi sedikit).
5. Selepas itu masukkan garam dan air asam.
6. Selepas mendidih, masukkan ikan.
Bendi atau kacang pjg atau sawi atau peria boleh diletak ke dalam masakan (ikut citarasa).

ASAM PEDAS TUMIS (MELAKA)
Sumbangan: Roziyati Ramli ResepiNet

ikan serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli tapi masak asam ni kalo melaka(sebelah merlimau)suka ikan parang rasanya lebih sedap.ikan parang
7/8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sebesar ibu jari kaki belacan
kunyit hidup sebesar ibu jari tangan (boleh juga gunakan kunyit serbuk)
air asam jawa
cili yang telah diblander(dapat yang digiling lebih sedap)
2 sudu besar kerisik(kelapa goreng)
sedikit halba
sedikit halia (sebesar separuh ibu jari)- agak-agak kuah dan ikan banyak mana.
garam secukup rasa
perasa ajinomoto jika suka.

Cara Menyediakan
1. Kunyit hidup dan bawg putih ditumbuk lumat.
2. kemudian masukkan bwg merah ...tumbuk separuh lumat... masukkan belacan tumbukkan juga.
3. Panaskan periuk dan minyak untuk menumis.
4. Setelah minyak panas masukkan halba (lebih kurang 4/5 biji)tak boleh banyak nanti pahit.halba untuk naik bau wanginya.
5. Masukkan bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk tadi. Kacau.
6. Masukkan cili yang telah diblander(7/8 sudu besar-tengoklah pekat ke cair cili mesin tu)kkacau sebati masukkan kerisik.
7. Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing (macam buat sambal)atau cili berubah warna sedikit merah hitam.
8. Setelah garing masukkan air asam jawa.tambah air biasa tengoklah nak kuahnya banyak mana /sesuai ngan ikan.
9. Kacau biar bahan tumis tadi sebati ngan kuah.
10. Masukkan ikan.kemudian masukkan halia yang telah ditumbuk sedikit(usah ditumbuk lumat)atau dihiris halus.
11. Didihkan kuah...masukkan garam dan perasa.

Tips :
Masak asam sebenarnya rasa asam(masam kuahnya) dengan pedasnya mestilah seimbang.Ikannya mesti segar. Gunalah ikan parang next time guna ikan lain...rasalah bezanya anda akan tahu....Tumisan lada dan bawangnya mesti garing (jangan sampai hangit) jika tak tak sedap...

Asam Pedas Muar
Sumbangan : acdaa@rpb.com.my(sori...Chetam tak ada nama cuma ada email penyumbang - resepi bonda beliau)

Bahan A
sedikit halba
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Bahan B - dikisar
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
2 inci kunyit basah
2 senduk cili kering

Bahan C
Ikan tenggiri / parang / cencaru / kembung hijau @ dll

Bahan D
5 helai daun kesum
Tomato / bende / terung

Minyak masak utk menumis
Garam
Ajinomoto

1. Mula2 tumis bahan (A) sehingga garing dan naik bau,
2. Kemudian dimasukkan bahan (B) sehingga garing, lalu dimasukkan ikan. Kacau seketika & kemudian barulah dimasukkan air asam jawa , garam & ajinomoto. Api biar sederhana takut ikan hancur.
4. Kemudian barulah masukkan tomato @ bende @ terung
5. Yg terakhir barulah dimasukkan daun kesum utk menaik kan baunya.

Nota kaki penyumbang : Asam pedas nie kalau sentiasa dipanaskan memang sedap dan lagi sedap kalau dicicah ngan lempeng tepung. Terlioq lah pulak.

ASAM PEDAS THAI Sumber: Hajjah Rafeah Rubaii
Penyumbang : Diana ResepiNet

Bahan-bahannya
2 kepala ikan kerisi
(belah dua, cuci dengan sedikit cuka dan garam lalu toskan)

Bahan Kisar
30 batang lada kering (boleh dikurangkan)
5-6 biji buah keras
1 sudu teh jintan halus, disangar
1 sudu makan ketumbar biji, disangar
1/2 jari kunyit hidup
1/2 ibu jari halia
1/2 ibu jari lengkuas
4 ulas bawang kecil
8 ulas bawang putih
3 sudu makan kelapa kisar
sedikit belacan

Bahan Hiris
1 batang bunga siantan
4 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit
3 biji bawang besar
sedikit daun selasih

Bahan Lain
2 batang serai, dititek
2 keping asam gelugor, direndam
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Cara-caranya
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis rempah kisar sehingga wangi dan garing. Masukkan serai titik dan sedikit air. Setelah mendidih, masukkan garam, asam dan ikan. Ini diikuti daun daun dan bahan-bahan hirisan Biarkan sehingga mendidih. Tutup periuk dan matikan api. Enak dimakan dengan nasi putih.

IKAN ASAM PEDAS (JOHOR ASLI)
Penyumbang : Ariza Yusof Restoren Pak Amor

1/2kg ikan (ikan pari/sembilang/keli atau apa2 ikan saja yg disukai)
5 tangkai daun kesum
beberapa biji tomato di belah dua (kuantiti ikut suka)
beberapa batang kacang bendi (kuantiti ikut suka)
asam jawa secukupnya
sedikit garam dan gula mengikut citarasa
15 tangkai cili kering di kisar halus (kuantiti ikut suka)
9 ulas bawang kecil atau 3 biji bawang besar (merah) - dikisar halus
5 ulas bawang putih - dikisar halus
1 inci halia dan kunyit setiap satu - dikisar halus

Cara2 :
1.panaskan minyak dan tumiskan semua bahan2 yang dikisar halus itu sehingga naik bau dan cili kering benar2 dah tergoreng (betul-betul sampai pecah minyak)
2.masukan ikan yang telah dibersihkan dan tumis bersama2 biar menyeluruh agak separuh masak (ikan jangan sampai hancur, cukup sekadar balik2kan sekali dua aje..)
3.masukkan daun kesum, air asam jawa dan biarkan seketika
4.masukkan air secukupnya
5.bila air dah mendidih, masukkan kacang bendi
6.akhir sekali masukkan tomato dan garam serta gula (secukup rasa)
7.biarkan agak tomato tu dah masak sikit kemudian bolehlah diangkat

Nota kaki penyumbang : pesan emak saya, cili kering yang tergoreng itulah yang membuatkan asam pedas lebih sedap dan ikan ditumis bersama2 utk mengelakkan rasa hanyir yang kadangkala terasa jika ikan dimasukkan selepas air. selamat mencuba

ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI
Penyumbang : Latifah dari Dapursiber(skrg dikenali sebagai MealTimeMenus)

2 potong ikan tenggiri
4-5 tangkai cili kering (buang biji)
3 ulas bawang merah (saiz kecil)
1 ulas bawang putih
sebiji bawang besar (dihiris bulat)
2-3 helai daun limau purut
2 sudu air asam jawa (sesudu asam jawa)
2-3 keping asam gelugur
sesudu the garam
3 sudu gula pasir
½ cawan minyak masak
3 cawan air

Cara masak:
Kisar chili (rendam dengan air panas dulu) dengan bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak dan tuang bahan kisar (chili), Biarkan sampai pecah minyak sambil kacau sesekali. Tutup periuk. Masukkan air asam jawa, asam keping, gula dan air. Biar mendidih.
Masukkan ikan tenggiri. Bila hampir masak (7-10 minit), masukkan
bawang besar,garam dan daun limau purut. Biar 2-3 minit,tutup api. Baunya pun sudah menyelerakan, hidangkan dengan nasi putih dan sayur kegemaran anda..

Nota kaki penyumbang: Boleh ganti dengan ikan kembung, ikan kayu (ikan ayer), ikan parang atau ikan siakap.

Asam Pedas Ikan
Penyumbang : Adik (sepupu Diana ResepiNet)

2 potong ikan darat
2 keping asam keping
1 ikat daun kesom
10 biji cili api
2inci lengkuas
2inci kunyit hidup
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 batang serai
Belacan
(Bahan -bahan di atas dikisar)
Garam
Gula

Cara membuatnya :-
Panaskan minyak di dalan kuali.Selepas itu tumis bahan kisaran, daun kesom sehingga mendidih. Apabila rempah masak,masukkan isi ikan serta asam keping. Bubuh garam,gula dan bahan perasa secukup rasa. Sedia untuk dihidangkan .

Asam Pedas Ayam
Penyumbang : AMO dari Restoren Pak Amir

1 ekor ayam dipotong kecil
1 batang serai dititik
minyak untuk menumis
Air asam jawa - secukup rasa
Garam - secukup rasa
Serbuk perasa - jika suka
tapi saya selalu gantikan dengan secubit gula pasir

bahan kisar
15 tangkai cili kering
7 biji bawang merah sederhana besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit
sedikit belacan (optional)

1. Panaskan minyak dalam periuk (minyak mesti menenggelami
bahan kisar)
2. Masukkan bahan kisar dan serai, tumis/goring sehingga
naik bau, terbit minyak dan kering airnya.
3. Masukkan ayam dan gaul rata, masukkan semangkok air dan
biar didih.
4. Bila ayam dah separuh masak, masukkan air asam jawa.
Sesuaikan kepekatan kuah dengan menambahkan air mengikut kehendak masing2. Seeloknya tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
5. Tambah garam secukup rasa. Biarkan sehingga mendidih
dengan api sederhana. Perlahankan api biar dalam 5 minit sebelum
mematikannya.

Nota kaki penyumbang : Sukatan bahan boleh dikurang atau ditambah mengikut keselesaan anda.

Asam Pedas Daging
Penyumbang : Maya dari OnTheMenus(skrg juga dikenali sebagai MealTimeMenus)

½ kg daging – di hiris nipis
10 ulas bawang merah ]
5 ulas bawang putih ]
3 cm halia ]
3 batang serai ] di kisar
3 cm lengkuas ]
5 biji cili padi ]
2 biji buah keras ]
10 tangkai cili kering ]
2 cm belacan ]
2 cawan air asam jawa
2 tangkai daun kesum
1 liter air sejuk
garam dan perasa secukupnya
Minyak Sawit Vesawit untuk menumis
2 biji terung - digoreng

Cara-caranya:
Panaskan satu sudu besar minyak dan tumiskan bahan-bahan yang di kisar hingga garing. Masukkan daging dan air asam jawa. Biarkan seketika kemudian masukkan air sejuk. Sesuaikan rasa dan didihkan hingga daging empuk. Kemudian masukkan daun kesum. Angkat dan hidangkan.

ASAM TUMIS/PEDAS IKAN ALA NYONYA Sumber : Noor Masri
Penyumbang : Diana ResepiNet

1 kg ikan } potong kecil
1 kuntum bunga kantan }hiris
2 btg serai }diketuk
1 sudu besar asam jawa*
2 cawan air *
1 sudu besar gula
5 sudu besar minyak utk menumis
garam secukup rasa
1-2 buah tomato } potong 4

* campurkan air dan asam jawa utk menghasilkan air asam jawa

Bahan kisar:
15 tangkai cili kering
sedikit belacan
2 btg serai
5 ulas bawang putih
1.5 cm lengkuas
1.5 cm kunyit hidup
5-6 ulas bawang merah

Cara membuat :
Panaskan minyak. Goreng bahan kisar, bunga kantan dan serai hingga wangi dan naik minyak. Masukkan air asam jawa dan biarkan sehingga mendidih. Masukkan gula dan garam secukup rasa
Kecilkan api, masukkan ikan jika kuah terlalu pekat tambah air mengikut citarasa. Renehkan sehingga ikan masak, masukkan tomato. Angkat dan hidangkan panas2 bersama nasi putih

Resepi-Resepi AYAM

Image hosted by Photobucket.com
Ayam Bakar Kak Liza (Forum Melayu.com)

1 ekor ayam (anggaran 1.5 kg atau 1.7 kg)
2 s/b madu
1 s/b air limau kasturi atau sos plum
2 s/b COSWAY Delichef Salted Chicken Seasoning
1 labu bawang besar - belah 4 tapi tidak putus
2 kuntum bunga lawang ]
5 kuntum bunga cengkih ] bahan A
2 biji buah pelaga ]
2 inci kulit kayu manis ]
5 biji kentang kecil - buang kulit

1. Bersihkan dan tos sehingga ayam kering.
2. Gaulkan madu, air limau dan chicken seasoning.
3. Lumurkan ayam dengan bahanyg digaulkan dan perapkan selama 2 atau 3 jam.
4. Masukkan bahan [A] kedalam perut ayam.
5. Masukkan juga bawang besar yang telah dibelah tidak putus.
6. Susun ayam dan kentang dalam loyang tahan panas.
7. Bakar dalam oven selama 1 jam 15 minit pada suhu 200 C.
8. Bila sudah masak 30 minit terbalikkan ayam dan bakar lagi sehingga masak dan lembut.
9. Setelah masak, susun daun salad dalam pinggan dan letakkan ayam diatasnya.
10. Sediakan sos lada hitam.

SOS LADA HITAM
Air ayam dari ayam bakar tadi
2 s/b sos lada hitam ]
1 s/b tepung jagung ]bancuhkan
1 cawan air ]

CARA MASAK Masak semua bahan dan tuangkan atas ayam.

Nota dari Kak Liza : Boleh gantikan COSWAY Delichef Salted Chicken Seasoning dengan garam, 1 s/k lada sulah/lada hitam, 1 s/k rempah kari ayam dan perapkan...

Image hosted by Photobucket.com
Ayam Panggang Kak Liza (Forum Melayu.com)

1 ekor ayam [potong 4 dan bersihkan]
1 s/k kicap pekat
1 s/k madu/gula
1 s/b sos plum

bahan kisar
1 s/b lada hitam
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang
2 batang serai
2 inci halia

1. Gaulkan semua bahan yg disediakan dan perapkan dengan ayam selama 4 atau 5 jam.
2. Panggangkan diatas api dapor gas [gunakan pemanggan ikan yg ada lapik] dengan api yg sederhana besar.
3. Bila dah nampak masak, terbalikan ayam supaya kedua belah masak rata.
4. Hidangkan dengan cili sos.

Image hosted by Photobucket.com
AYAM DOPIAZA - Diana ResepiNet

3 ketul peha ayam
2 sudu besar ghee
2 sudu besar mentega
300 gram bawang merah, dicincang halus
400 gram tomato, dicincang halus
3 sudu teh serbuk cili
½ sudu teh serbuk kunyit
1 ½ sudu besar serbuk ketumbar
1 1/2 sudu besar halia, diparut halus
1 1/2 sudu besar bawang putih, diparut halus
150 ml susu sejat
**3 sudu besar jus lemon
**garam secukup rasa
3 tangkai daun bawang, dipotong selebar 3 sm

** susu sejat dan jus lemon dicampurkan untuk dijadikan dadih

1. Cairkan ghee dan mentega didalam periuk. Masukkan bawang dan goreng hingga kuning.
2. Masukkan tomato, halia dan bawang putih. Kemudian masukkan pula serbuk cili, kunyit dan ketumbar. Gaulkan hingga rata.
3. Tambahkan paha ayam dan masak diatas api sederhana hingga daging masak dan empuk.
4. Perlahankan api dan masukkan dadih dan garam secukup rasa. Kacau-kacaukan selama 3 minit. Sedia untuk dihidangkan.

Image hosted by Photobucket.com
AYAM JAGUNG MANIS Diana ResepiNet

4 ketul peha ayam
75 gram mentega
garam dan serbuk lada sulah
sebiji lemon, potong menjadi lapan hiris
daun pasli untuk hiasan

Bahan untuk Sos
25 gram mentega
1 biji bawang besar, dicincang
1 tin jagung manis, toskan
25 gram tepung
300 gram susu sejat
garam dan lada sulah secukup rasa

1. Bersihkan ayam dan toskan. Gaul serta lumurkan dengan mentega, garam dan lada sulah.
2. Grill atau goreng hingga warna keemasan selama 15-20 minit.
3. Susun diatas pinggan dan tuang sos keatasnya. Hiasan dengan hirisan lemon dan daun pasli.

Cara untuk Sos
1. Cairkan mentega dang oreng bawang cincang sehingga lembut. Masukkan jagung manis dan tepung.
2. Kacau perlahan-lahan dan padamkan api. Masukkan susu sejat.
3. Didihkan lagi sehingga sos menjadi pekat. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.

Image hosted by Photobucket.com
Ayam Percik Trengganu sumbang CekRay MTM

A
15 biji cili kering, direndam
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia3 batang serai
2 cm kunyit hidup

B
250 ml santan pekat
2 camca besar gula secukup rasa
1 camca besar tepung beras
2 Kiub Pati Ayam
1 kg ayam, dipotong ke 4 kepingan dan dihiris

Campur ramuan A dan kisar hingga lumat. Dalam periuk, campur ramuan A dan B. Masak di atas api yang sederhana hingga kuah hampir pekat. Ketepikan dari api. Sapu kepingan ayam dengan kuah rempah dan panggang atas dawai memanggang hingga kekuningan.Kemudian terbalikkan di sebelahnya, sapu lagi dengan kuah dan panggang hingga masak.Ulang proses ini dengan kepingan seterusnya.

Image hosted by Photobucket.com
AYAM PANGGANG dari Diana ResepiNet
Sumber : Asmah Laili

1 ekor ayam – beratnya antara 1½ kilo hingga 2 kilo. Jangan dibelah dan jangan dibuang kulitnya. Cuci bersih dan toskan. Lumurkan dengan sedikit garam pada seluruh ayam dan di dalam perutnya sekali.
1 biji buah pala – tumbuk halus
1 sudu makan lada hitam biji – tumbuk kasar
2 sudu makan kicap cair (light soya sauce)
1 sudu makan kicap hitam (dark soya sauce)
1 biji lemon – perah ambil jusnya sahaja
200 gram mentega di lembutkan
Sedikit sahaja garam untuk tabur atas sayurnya
1 biji bawang besar – belah empat
500 gram kentang kecil cuci bersih dan jangan kupas kulit – di kukus
10 biji kobis kecil (boleh di lebihkan) potong hujungnya dan cuci bersih dan di celur
2 biji kentang besar (dibelah dua dan direbus dengan kulitnya sehingga empuk sahaja)
2 biji tomato belah 2
Beberapa biji tomato ceri
1 batang karot – kupas kulit, belah dan kukus sebentar
Sedikit bunga kobis – kukus sebentar (jika mahu)

Siapkan tin pembakar yang besar sedikit untuk panggang ayam dan boleh muat dengan segala sayur mayurnya. Alas dengan kertas timah – aluminium foil. Foil mesti besar sedikit dari dulang pembakar. Panaskan ketuhar 180 darjah.

Kicap, jus lemon, lada hitam dan buah pala digaul rata dalam mangkuk. Lumurkan dengan ayam. Masukkan kedalam perutnya sedikit mentega dan cecair perapan. Biarkan sebentar supaya meresap kedalam ayam. Terbalekan ayamnya dan ikat kedua-dua kakinya dengan benang putih kasar – ini supaya bila di masak kakinya bercantum, begitu juga hujung kepaknya di cantumkan kedua-duanya, dan diikat dengan benang putih beberapa lembar. Ikat longgar.

Setelah itu alehkan kedalam tin pembakar, dengan bahagian belakangnya diatas. Curah rata lebihan cecair diatas ayam. Sapu ayam dengan mentega terutama didalam perutnya. Hias ditepinya dan didalam perutnya dengan bawang besar, ½ bahagian ceri tomato dan tomato yang dibelah 2. Bakar selama 30 minit. Kemudian kelurkan dari ketuhar dan perlahan-lahan terbalikkan. Panggang lagi selama 15 - 30 minit dan keluarkan dari ketuhar dan selitkan ubi kentang kecil di tepi-tepi ayam, terutama dibawahnya. Masukkan beberapa biji kentang kecil, tomato cherry dan kobis kecil didalam perut ayam. Hias sekelilingnya dengan lebihan sayur mayur. Tuang kuahnya diatas sayur-mayur.

Masukkan kedalam ketuhar dan bakar selama 15 hingga 30 minit, atau sehingga masak dan ayamnya garing. Jika terdapat banyak cecair yang keluar, senduk dengan sudu dan siram diatas ayam. Setelah itu dikeluarkan dan dihidangkan panas-panas.

Enak dimakan begitu sahaja dengan roti Perancis atau roti bawang putih (garlic bread).

October 10, 2005

Agar2 Cermin Bersusu Mak Lang

Image hosted by Photobucket.com

BAHAN
agar2
air
gula
susu cair
pewarna ikut suka
daun pandan

Setelah agar2 dan gula hancur, bahagikan kpd 2 adunan. 1 adunan utk dicampurkan dengan susu dan biarkan atas dapo dgn api yg kecik dan 1 lagi adunan asingkan lagi kpd 3 warna...merah, kuning, hijau. Mskkan ke dalam fridge supaya cepat keras. Bila dah keras, potong kiub semua agar2 yg berwarna tadi. Agar2 yg dicampurkan susu tadi dimasukkan dalam bekas dan bulehlah ditaburkan agar2 kiub tadi. Potongan agar2 kiub tadi akan terapung dengan sendirinya.

Nota Kaki Chetam : Anggaran bahan untuk digunakan terpaksa anda buat sendiri.

IKAN PANGGANG PERCIK sumbangan DIANA ResepiNet


Gambar ehsan dari Kak Liza

Bahan-bahannya
1 ekor ikan siakap, dicuci bersih dibuang perut dan dikelar-kelar

Bahan-bahan sambal percik
2 cm halia
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
2 batang serai dimesin sampai lumat
3 helai daun limau purut
5 biji buah keras
4 biji cili padi
7 biji cili merah
3 cawan santan pekat (dari 3/4 biji kelapa yang diparut)
jus dari sebiji limau nipis atau lebih
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng
beberapa helai daun pisang
2 helai daun pandan
sekeping kertas timah (aluminium foil)

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan tumis rempah-rempah yang dimesin sampai wangi. Masukkan santan dan masak perlahan-lahan sampai ianya pekat. Masukkan garam, gula dan jus limau nipis
2. Letakkan ikan yang beralaskan daun pisang dan daun pandan diatas kertas timah dan sapukan kuah percik di rata-rata ikan. Bungkus rapat-rapat (kalau tidak bungkus pun tak apa) dan dibakar pada suhu 180 darjah C selama 20 minit sampai masak

Nota Kaki Chetam : Chetam dah cuba menggunakan ikan Siakap. Bila makan semasa berbuka, terasa masam sedikit tetapi bila makan semasa sahur..........POWER!! Gambar yang disumbangkan oleh Kak Liza menggunakan ikan Bawal.


Posted by Picasa

~Rainbow Marble Pudding Blackmore~ Mak Lang

Gambar Steps membuat Puding ini Chetam ambil dari Forum Resepi di CARI.com. Ianya disumbangkan oleh Mak Lang.

Bahan2nya
2 bungkus serbuk agar2
1350ml air paip
450gm gula pasir
130gm mentega
8 biji telur bersaiz sederhana
1 tin susu cair Carnation
2 sudu makan tepong custard
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya..

Caranya
Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.
Pukul telur sebentar menggunakan whisker....kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.
Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih....kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.
Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk...bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata....adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 diwarnakan dengan kuning dan merah...
Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk jantung seperti yang dalam gambar kat atas tu...
Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras...tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat..ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.
Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan...

Nota : Rainbow Marble Pudding nie ialah hidangan lemak manis yang memang elok dijadikan hadiah pada hari pertunangan ataupun hari ulang tahun rakan sekerja...

Image hosted by Photobucket.com

(1) sendengkan loyang dulu...
(2) curahkan lapisan 1
(3) curahkan lapisan ke2 pula..
(4) curahkan lapisan ke3 pula..
(5) dan akhir sekali lapisan ke4
(6) lapisan dah siap...dan letakkan perlahan2 kepada kedudukan asal
(7) selepas dikeluarkan dari loyang
(8) dan sudah dipotong dan bulehlah dingapppppp...


Nota Kaki Chetam : Chetam dah cuba. Puding yang senang tapi cantik untuk dijadikan hantaran perkahwinan.
Posted by Picasa

October 08, 2005

Resepi sumbangan Saa'irah Awek dari Singapura

Chetam mendapat sumbangan resepi dari warga KOTA SINGA. Memang sedikit pelik resepi keknya kerana menggunakan cuka. Pesan Puan Saa'irah kepada semua pengunjung Teratak Chetam, silalah cuba dan jangan lupa beri feedback.

Chetam juga menerima resepi sumbangan Kak Liza iaitu Opor Ayam. Nanti chetam postkan resepi dan gambarnya. Minggu lepas Kak Liza mencuba resepi ikan panggang percik yang diberikan oleh Diana. Kak Liza kata sedap so Chetam cuba masak petang tadi sebagai juadah berbuka. Boleh tahan juga rasanya tapi Chetam tak gemar rasa masamnya kerana resepi ini memerlukan perahan air limau nipis.

Chetam juga dah mencuba resepi Puding Rainbow Marble Blackmore yang diperolehi dari forum CARI.com. Cantik giler, berbelang-belang. Resepi ini dari Mak Lang dan Mak Lang ada sertakan gambar-gambarnya. InsyaAllah Chetam akan postkan ke Teratak Chetam hari Isnin nanti.

Okay......berikut adalah resepi dari Puan Saa'irah.

Kek Cuka

270g Tepung Gandum
270g Gula Pasir
300g Air
3 sudu makan sebuk Koko
3 sudu makan Cuka
5 sudu makan Minyak (jagung, zaitun atau sebagainya)
1 sudu teh Bicarbonate of Soda
Secubit garam

Ayak tepung & serbuk penaik. Campurkan minyak & serbuk koko hingga sebati. Masukkan semua bahan cecair kedalam mangkuk, diikuti dengan bahan-bahan kering. kacau sehingga rata, jika bergentel, tapiskan adunan itu. Tuangkan kedalam acuan kecil yang telah dialaskan dengan kertas minyak & disapukan dengan minyak. Bakar dalam ketuhar pada kepanasan 180C selama 45 minit - 1 jam sehingga masak. Hiaskan dengan gula icing, whipping cream, butter cream atau mengikut selera masing-masing.

Kentang Lada Hitam

7 biji kentang sederhana besar
1 tangkai daun sop dihiris halus
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 biji telur bersize besar (dipukul sedikit)
1/2 sudu teh bawang putih (ditumbuk halus)
1/2 biji bawang besar dimayang halus
Garam secukup rasa
Minyak menggoreng secukupnya

Rebus kentang sehingga empuk & kupas kulitnya. Potong dadu bersize besar & ketepikan. Panaskan minyak masak & tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan serbuk lada hitam, bawang besar & kentang. Gaul rata. Masukkan pula garam secukup rasa & daun sop. Gaul rata, buat bulatan ditengah-tengah & tuangkan telur tadi. Goreng sehingga telur mengental. Jika anda suka kentang agak kering goreng lama sedikit, sehingga adunan agak berderai. Selamat mencuba & kirimkan maklum balas anda kepada saya. Sekian.

October 07, 2005

Apple Bun sumbangan Diana ResepiNet


Source: HugBear

BASIC SWEET BUN DOUGH
Ingredients

(A)
Bread flour 480 gm
Plain flour 120 gm
Caster sugar 110 gm
Milk powder 20 gm
Dry yeast 4 tsp
Bread Improver 1 tsp (optional)

(B)
Egg 1 no
Cold water 300 ml

(C)
Unsalted butter 60 gm
Salt 10 gm

Method

1. Mix (A) till well blended (just use a spoon to stir to mix well). Add (B) to form a dough. Add in (C) and knead until dough is elastic and smooth.
2. Gather dough to form a ball and cover dough with cling wrap and let it rest for abt 50-60 mins or double in size.
3. Divide dough into portions of 50 or 60 gm each. Shape into balls and leave it to rest for abt 10 mins.
4. Roll out dough and wrap with desired fillings. Shape as required and let it proof on lined or greased baking tray for another 50-60 mins or until dough is double in size.
5. Egg wash dough. Bake dough at 180-190C for abt 12 mins

NOTE: For those who would like to freezer unused dough. Stop at Step 3. After shaping dough into balls straight away keep the dough properly in container in the freezer compartment for later use.

When ready to use, slightly flour the tabletop and take the dough out to thaw. When dough is thawed, roll out the dough and add in fillings and shape it. Leave it on baking sheet to prove for abt an hour or until it is double in size. Bake as per normal.

Apple Filling (A)
Source: Elaine

2 Big Apples cut into small cubes.
150g Sugar (adjust accordingly)
Pinch of Salt
100ml Water
1 tbsp Lemon Juice
Some Cinnamon Powder

Apple Filling (B)
40g Cornflour
40ml water

Apple Filling (C)
20g Butter

Method:
1. Cook A till boiling. Add B mixture to A and cook till thickens. Remove from heat and add C.
2. Divide the baisc sweet bun dough into portions. Shape to balls and let it rest for 15 mins.
3. Roll the dough out flat to make rectangles. Place some apple fillings at one one and cut strips at the other end with a knife. Roll them up from the filling end.
4. Put on baking sheet and prove till then they double in size
5. Brush with egg wash and sprinkle with some cinnamon powder. Bake at 190C for 15 mins or till nicely browned. Glaze some butter on hot buns and serve.
Posted by Picasa

MINI HAMBURGER BUNS sumbangan Diana ResepiNet


Source: Elaine - makes about 36 mini hamburger buns

Ingredients A
Bread Flour 500g
Castor Sugar 80g
Yeast 10g
Butter 30g
Egg 50g
Water 230ml

Ingredients B
Sesame seeds

Method
1. Put(A) to the breadmaker machine and select DOUGH setting.
2. After 1st proofing, divide doughs into 25g each for mini buns. Or 50g each for normal sized buns.
3. Pour some sesame seeds on a plate. Take a bun and roll half side with sesame seeds.
4. Allow for final proofing until buns have doubled in size.
5. Bake in preheat oven at 200C for 15 - 20 mins or until buns are nicely browned.
6. Cut buns to half leaving a little attachment. Put any fillings of your choice in the buns.

The fillings as shown :
- Small triangle piece of cheese (I cut 1 slice cheese to 8 portions)
- Fish / Chicken Nuggets, cooked
- Japanese Cucumber, sliced
- Tomato, sliced
- 1/2 Ketchup + 1/2 Plum sauce, to dizzle on buns.
Posted by Picasa

CONTINENTAL CHEESECAKE sumbangan Diana ResepiNet


Source: Chanel2004

Pastry : 1 1/2 cup Plain flour
1 tsp grated lemon zest
1 egg yolk ( lightly beaten )
1/4 cup sugar
1/2 cup butter
1/4 tsp Vanilla essence
A little bit of cold water, about 2 table spoon

Sieve the flour into a mixing bowl, stir in sugar and lemon zest.
Cut the butter into the flour and rub it in lightly until the mixture
assembles fine bread crumbs.
Stir in egg yolk and vanilla essence and knead the dough until
it is smooth. Rest the dough in fridge for about 30 minutes.
Preheat oven to 180'c.
Roll out the pastry and put into a 9 1/2 inch or 10 inch springform tin(bottom and side).
Prick the pastry all over with folk to prevent it from raising.
Bake the pastry for 10 to 15 minutes. Cool.

Cheese filling : 500 gm cream cheese,room temperature
4 large eggs (separate yolk and white)
1/4 pint or 150 gm of single cream (1 small can of Nestle cream)
1 lemon zest
2 tbsp raisin (opt)
5 oz sugar
2 tbsp of bread crumbs or 2 oz sponge mix/optima flour

Method :
Soften the cream cheese with K beaten and add in the egg yolks,
1/2 of the sugar and slowly pour in the single cream and mix till well blend.
In another bowl whisk eggs white with remaining sugar till soft peaks then
gently fold in the cheese mixture follow by bread crumbs, lemon zest and raisin.
Pour the mixture into the baked pastry and bake at 180 for 55 to 60 minutes or till
the top become brown. Switch off the oven.
Cool the cheese cake in the oven. (Preferably overnight)
Note:this recipe can be half and bake into a 8 inch tin for abt 40 minutes at 180'c
Posted by Picasa

FRUITED BRIOCHE BUNS (menghasilkan 12 ketul bun)



Sumber: Kak NoorMasri

Bahan-bahan doh:
225 g tepung high protein (strong white flour)
� sudu kecil garam (paras rata)
1 sudu besar gula
1 � sudu kecil yis kering segera
2 biji telur (large) } pukul sket
50 g mentega } cairkan
2 sudu besar air suam

Bahan-bahan inti:
70 g buah campuran kering (mixed dried fruit)
1 sudu kecil gula perang � kak Noor tak buh pun ni sbb tak suka manis
2 sudu kecil jus oren

Utk sapuan:
� biji telur + 1 sudu besar susu segar } pukul sket ---> ni kalau tak abis wat aje scramble egg
� sudu kecil mentega cair } utk kasi kilat

Cara membuat:
Campurkan bahan2 utk inti, tutup dan ketepikan
Ayak tepung bersama garam ke dlm mangkuk besar.
Masukkan gula dan yis, gaul sekata
Buat lubang di tengah kemudian masukkan telur, mentega dan air
Uli sehingga lembut dan kenyal lebih kurang 10-15 minit
Letakkan dlm mangkuk yg telah disapu sket minyak, tutup dgn cling film
Biarkan ianya mengembang 2 kali ganda selama 1- 1 � jam
Uli semula doh selama 1-2 minit kemudian bahagi doh kpd 12 bahagian yg sama berat
Ambil satu bahagian doh leperkan kemudian masukkan inti dan tutup balik kemas2
Ulang sehingga habis
Susun kedlm muffin tray yg telah disapu minyak
Tutup dgn cling film selama lebih kurang 20-30 minit atau sehingga naik 2 kali ganda
Sementara itu panaskan oven pd suhu 200 �C ( utk oven kak Noor guna 190�C saja)
Sapu bun dgn campuran telur + susu
Bakar selama 10-12 minit
Keluarkan kemudian sapu dgn mentega cair
Sejukkan atas redai besi dan selimutkan dgn tuala bersih (kitchen towel) utk mendptkan kulit luar yg lembut.
Enak dimakan ketika suam
Simpan lebihan bun di dlm bekas kedap udara
Posted by Picasa

PANDAN KAYA BUNS sumbangan Diana ResepiNet (sori...bahasa orang susah)



Source: Jo's Deli Bakery

Dough:
500g high protein flour, non-sifted
80g castor sugar
25g milk powder
11g instant yeast
6g bread improver (optional)
1/2tsp salt
30g butter/margarine
1 Grade C egg
100g coconut milk
pandan juice (blend 6-7 pandan leaves with 150g water, strain to obtain clear juice)
1/2 tsp pandan paste

Pandan kaya topping:
50g instant custard
6-7 pandan leaves
180g water
Desiccated coconut (optional)

METHOD:
To prepare pandan juice for bread dough, blend pandan leaves with water. Strain to obtain clear pandan juice. Use it for preparing the bread dough.
Refer to Step 1-3 of Basic Sweet Dough for the preparation of bread dough.
When finished with first rising (i.e. dough has passed the finger-tip test), punch the dough down. Divide bread dough into 30g portions. Form each portion into smooth ball and place on a greased baking tray (Pic. 1). Cover the dough with a damp towel and leave for second rise for about 45 minutes or until twice the original size.
Prepare pandan juice according to method shown in Step 1.
To prepare pandan kaya topping, mix instant custard with the pandan juice prepared earlier. Use a hand whisk to whisk until the mixture is smooth.
Using a piping bag, pipe some pandan kaya topping on to each bun, as shown in Pic. 2. Brush surfaces that do not have topping with egg wash. Optionally, you can sprinkle some desiccate coconut onto the buns (Pic. 3)
Bake in a preheated oven at 180-190 deg C for 25-30 minutes.
Leave to cool on a wire rack.
Posted by Picasa

Resepi Maut dari Chetam sendiri.

Sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidil Fitri nanti, Chetam perturunkan resepi turun temurun keluarga Chetam. Ada resepi yang dah berumur berpuluh tahun yang diperolehi dari Bonda Chetam.

Biskut Kacang Hijau
(resepi ni Chetam bodek dari Kakak Ipar Chetam iaitu Kak Chak. Asal bentuk acuannya ialah bentuk kipas. Dah lama resepi ni dan rasanya sekarang Kak Chak pun tak buat dah biskut ni. Dalam famili, Chetam sorang jer yang rajin buat setiap kali raya)

1/2 cawan serbuk kacang hijau
4 cawan tepung kek
1 1/2 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
Minyak jagung secukupnya
Pewarna Hijau
Telur merah untuk disapu atas biskut

Cara
Campurkan kesemua bahan kecuali telur dalam satu bekas. Gaul sehingga adunan boleh dibentuk atau diterap. Sapu kuning telur dan bakar.

P/S : Cara membuat serbuk kacang hijau. Beli kacang hijau yang sudah dibuang kulitnya. Sangrai(goreng tanpa minyak) dahulu. Lepas tu blend halus kemudian ayak.

Biskut Delima
(Asal dari Bonda tersayang. Senang banget membuatnya tapi rasa tetap enak. Dulu-dulu, kakak Chetam rajin buat sebab anak saudara suka makan)

3 biji telur rebus (ambil kuning sahaja)
1 kati atau 600gm tepung gandum
1 gelas gula halus
1 tin mentega
Gula kasar dan pewarna merah sebagai hiasan

Cara
Pukul gula dengan mentega hingga kembang. Masukkan kuning telur yang dah direbus tadi. Campur semua adunan, diuli sehingga lembut. Terap guna acuan bulat atau bergerigi. Boleh juga dipotong ngan pisau - maksudnya dibentuk memanjang macam keropok lekor then potong ngan pisau. Gula dan pewarna merah disatukan dan ditaburkan di atas biskut. Terus bakar.

P/S : Boleh guna pewarna hijau tapi tak leh la panggil Biskut Delima, kena panggil biskut Jade la pulak........hehehehe.
Orang dulu-dulu guna mentega yang tin kecik untuk buat kuih raya. 1 tin kecik anggaran 250gm isinya.

Biskut Arab
(Asal dari Bonda tersayang. Memang seakan biskut Makmur cuma beza kacangnya. Biskut Makmur menggunakan kacang yang dah dihancurkan)

4 mangkuk tepung gandum
1 mangkuk gula halus
1 tin minyak sapi (secukupnya)
Kacang tanah yang digoreng dan dah buang kulit

Cara
Tepung digoreng selama 10 minit. Ayak dahulu. Kemudian digaul dengan gula hingga rata. Masukkan minyak sapi dan uli sehingga boleh dibentuk. Bulatkan adunan dan bubuh sebutir kacang goreng di dalamnya. Kemudian dibakar. Bila dah sejuk, boleh la digaul dengan gula halus.

Tart Nenas Gunting
(Asal resepi dari satu majalah lama. Dah lupa majalah apa. Tapi memang dah lama. Rupa tart ni macam tart bungkus Maizana)

200gm mentega
250gm tepung gandum
25gm tepung jagung
50 gm gula halus
1 sudu makan susu tepung
3 biji kuning telur
1 biji kuning telur untuk disapu atas biskut

Cara
Pukul mentega dengan gula dan telur sehingga kembang. Masukkan susu tepung, tepung gandum dan tepung jagung. Ambil adunan, masukkan jem nenas. Bentukkan membujur kemudian digunting. Sapu kuning telur dan bakar.

Jem Nenas (main campak jer tau)
(Selalunya Chetam buat jem nenas macam ni jer. Tak ingat belajar dari mana. Tapi yang penting, kena rajin kacau tau)

Nenas diparut atau diblend. Tapis dulu air nenas. Air nenas kita boleh minum. Sediakan kuali. Masukkan nenas yang dah ditapis, gula dan bunga cengkih. Gaul atas api sederhana sehingga kering.

P/S : Air nenas diasingkan kerana jem nenas lambat kering kalau terlalu berair. Ini juga faktor yang menyebabkan tart nenas cepat berkulat kerana jemnya lembab. Seeloknya nenas diparut, supaya tak hancur dan kita boleh nampak gentiannya yang bertali-tali.

October 06, 2005

Khas buat anda yang menggemari LOBAK MERAH sumbangan Diana ResepiNet

SOUFFLE LOBAK MERAH DAN EPAL
Sumber: Chef Gottfried Bogensperger, Hyatt Regency Johor Bahru

Bahan-bahannya
1 kg lobak merah, dicuci bersih dan dikupas kulitnya
180 gm bawang kecil, dicincang
300 gm epal, diparut
150 ml air
150 ml susu segar
80 gm mentega
30 gm bawang putih, dicincang
20 gm gula
10 gm serbuk caraway
10 gm daun pasli, dicincang
10 gm daun selasih, dicincang
10 gm daun kucai, dicincang
1 liter krim
3 biji kuning telur
1 biji lemon

Untuk hiasan
Beberapa biji lobak merah. Parut dengan menggunakan mata parut berbentuk mi.

Cara-caranya
Cincang lobak merah. Masak perlahan-lahan (saute) 150 gm bawang merah, bawang putih dan serbuk caraway tanpa pewarna. Kemudian masukkan lobak merah, gula dan 500 ml krim. Masak sehingga lembut. Kisar campuran lobak merah hingga halus dan licin. Sejukkan dan masukkan kuning telur dan kacau.

Perah lemon dan ambil jusnya. Lalu campurkan dengan air dan masukkan parutan epal. Masak hingga lembut. Alih dan sejukkan. Tapis dan ambil air nya untuk sos. Campuran serat parut epal ke dalam adunan lobak merah kacau hingga rata. Sudu kan campuran taid ke dalam cawan bersapi sedikit minyak. Kemudian tutup dengan plastik dan kukus selama 25 minit.

Cara membuat sos
Masak perlahan-lahan baki 30 gm bawang bersama mentega. Tuang susu dan separuh air epal. Campurkan baki krim dan masak sos untuk 15 minit. Gaulkan garam dan lada hidam dan dedaun yang telah dicincang.

Sewaktu hidang
Keluarkan souffle daripada acuan dan aturkan dalam pinggan. Sudukan sos dan hiaskan hidangan dengan lobak merah (parut halus memanjang seperti mi) yang digoreng ranggup.

KEK LOBAK MERAH
Sumber: Chef Gottfried Bogensperger, Hyatt Regency Johor Bahru

Bahan-bahannya
250 gm lobak merah, diparut
250 gm kacang hazelnut, dikisar
250 gm gula kaster, bahagi dua
150 gm tepung kek
2 sudu kecil serbuk penaik
6 biji telur

Bahan-bahannya
Asikang putih telur dengan kuning telur. Pukul kuning telur dengan gula (separuh bahagian) hingga gebu. Ayak tepung dan serbuk penaik kemudian masukkan kacang hazelnut. Pukul putih telur dengan baki gula hingga meringue . Lantas masukkan ke dalam campuran kuning telur sedikit demi sedikit. Lalu masukkan campuran tepung.

Campurkan lobak merah yang telah diparut dan gaul hingga sebati. Bakar adunan dengan suhu 175 darjah C sehingga bertukar warna keperangan. Biarkan ia sejuk dan sapukan rata keseluruhan kek dengan jem aprikot yang sudah dipanaskan. Selaputkan bahagian atas dengan lapisal tipis marzipan mentah atau krim kegemaran anda.

KEK LAPIS PUDDING LOBAK MERAH
Sumber: Asiah Hashim

Bahan-bahannya
250 gm tepung kek span vanilla
4 biji telur
30 gm air lobak merah
50 gm mentega cair

Cara membuatnya
Pukul tepung, telur dan air lobak merah hingga putih dan gebu. Masukkan mentega cair dan kacau sebati. Tuangkan ke dalam acuan dan bakar selama 20 minit. Sejukkan dan potong kepada 3 lapisan.

Untuk krimnya
225ml air lobak merah (daripada 100 gm lobak merah)
200 gm gula pasir
550ml santan pekat
1 sudu kecil serbuk agar-agar
1 sudu kecil agar-agar segera
1 sudu kecil pes oren
40 gm tepung jagung
sedikit garam dan kelapa kering

Cara-caranya
Masak kesemua bahan hingga sebati. Bila hampir pekat, lapiskan atas kek yang dipotong tiga lapisan tadi selapis demi selapis dan taburkan kelapa kering. Biarkan beku. Masukkan dalam peti sejuk selama 2 jam baru dihidangkan.

KEK COKLAT LOBAK MERAH
Sumber: Asiah Hashim

Bahan-bahannya
185 gm mentega
2 sudu kecil kulit limau
100 gm gula kaster
1 sudu besar golden syrup (boleh dapat di pasaraya)
180 gm lobak merah, parut dan perah airnya
180 gm tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
30 gm serbuk koko
3/4 cawan susu cair
3 biji telur

Cara-caranya
Pukul mentega, kulit limau dan gula kaster hingga gebu. Masukkan telur satu persatu, golden syrup dan lobak merah. Akhir sekali masukkan tepung berselang seli dengan susu. Masukkan dalam acuan dan bakar dengan suhu 180 darjah C selama 40 minit. Hias dengan coklat.

PUDDING LOBAK MERAH
Sumber: Asiah Hashim

Bahan-bahannya
10 gm serbuk agar-agar
150 gm gula
700 ml santan, daripada sebiji kelapa
70 gm lobak merah, parut halus dan perah airnya - dicelur sekejap
1/4 cawan reduced cream (boleh dapat di pasaraya)
sedikit garam dan pewarna oren

Cara-caranya
Agar-agar dimasak bersama gula dan santan hingga larut. Masukkan reduced cream dan lobak merah parut. Kacau rata dan masukkan pewarna oren dan sedikit garam. Apabila agar-agar hampir pekat, masukkan ke dalam acuan kecil-kecil dan biarkan beku.

FLAN LEMON LOBAK MERAH
Sumber: Asiah Hashim

Bahan-bahannya
125 gm tepung span vanilla
2 biji telur
15 gm air
30 gm mentega cair

Cara-caranya
Campur semua bahan kecuali mentega cair. Pukul sehingga gebu dan campurkan mentega cair. Masukkan dalam acuan bulat dan bakar selama 25 minit.

Inti
1 batang lobak merah - potong dadu dan rebus
1 cawan jus lobak merah
60 gram gula pasir
1 sudu besar gelatin, dilarutkan dengan 1/4 cawan air
50 gm tepung Hong Kwee, dilarutkan dengan 1/2 cawan air
1/2 cawan whipping cream

Cara-caranya
Masak lobak merah, jus lemon dan gula hingga sebati. Campurkan gelatin dan biarkan sejuk. Pukul whipping cream hingga putih dan gebu. Masukkan ke dalam adunan yang hampir sejuk tadi Kacau rata dan tuangkan atas kek yang telah sejuk. Masukan ke dalam peti sejuk selama satu jam dan biarkan ia beku.

KEK GULUNG LOBAK MERAH
Sumber: Asiah Hashim

Bahan-bahannya
4 biji telur
100 gm gula kaster
85 gm tepung
20 gm tepung jagung
15 gm Quick 75
30 gm jus lobak merah
50 gm mentega cair

Cara-caranya
Campurkan semua bahan kecuali mentega. Pukul hingga gebu dan masukkan mentega cair kacau sebati. Tuang dalam acuan yang disapukan mentega dan bakar selama 15 minit. Sejukkan. Setelah sejuk, terbalikkan kek, sapu inti dan tabur lobak merah parut. Gulung. Simpan dalam peti sejuk. Jika suka, hiaskan dengan whipping cream.

Cream cheese frosting untuk inti
125 gm cream cheese
60 gm mentega
60 gm gula aising
100 gm lobak merah, parut dan celur sekejap, toskan airnya

Cara-caranya
Pukul cream cheese, mentega dan gula aising hingga gebu. Sapukan adunan cream cheese ke serata kek dan taburkan lobak merah yang dicelur tadi.

JEMPUT-JEMPUT LOBAK MERAH
Sumber: Asiah Hashim

Bahan-bahannya
3 cawan tepung gandum
1 sudu besar mentega
50 gm udang kering atau udang basah, ditumbuk halus
1 biji cili merah, potong serong
1 helai daun kunyit, hiris halus
1 biji bawang besar, potong nipis
1 batang lobak merah, parut dan perah airnya

Cara-caranya
Gaul kesemua bahan hingga sebati sambil masukkan air sedikit demi sedikit. Masukkan garam secukup rasa. Biarkan selama 20 minit barulah digoreng. Enak dimakan bersama sos cili.

BINGKA LOBAK MERAH
Sumber: Asiah Hashim

Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 sudu besar mentega
1 1/4 cawan gula
150 gm lobak merah, rebus dan lecek halus
900 ml santan, daripada sebiji kelapa
garam secukup rasa

Cara-caranya
Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan lobak merah yang telah dilecek halus, tepung gandum, garam dan mentega. Gaul sebati. Campurkan santan sedikit demi sedikit hingga habis dan kacau lagi. Tuangkan dalam loyang yang disapu mentega dan bakar selama 40 minit. Sejukkan baru dipotong.

TALAM MAMBO
Sumber: Asiah Hashim

Bahan A
200 gm tepung beras
1 sudu kecil garam
1000 ml santan cair
50 gm tepung kanji
70 gm lobak merah, potong dadu dan dicelur

Cara-caranya
Gaul rata kesemua bahan dan masukkan dalam loyang persegi yang telah disapu mentega dan kukus sehingga masak.

Bahan B
4 biji telur ayam
100 gm tepung gandum
200 gm gula
3/4 sudu kecil pes pandan
650 ml santan pekat
70 gm lobak merah, dipotong dadu dan dicelur

Cara-caranya
Campur kesemua Bahan B dan tuang atas Bahan A yang telah masak tadi. Kukus hingga masak. Potong setelah sejuk.

LEPAT LOBAK MERAH
Sumber: Asiah Hashim

Bahan-bahannya
250 gm lobak merah, parut dan perah airnya
150 ml santan pekat
100 gm gula pasir
1 biji telur
50 gm tepung gandum
garam secukup rasa
kelapa dibuang kulit dan parut

Cara-caranya
Campurkan kesemua bahan kecuali kelapa. Gaul sebati. Masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 25 minit. Sejukkan baru dipotong. Golekkan dengan kelapa dan sedia untuk dihidang.

AGAR-AGAR LOBAK MERAH BERSANTAN
Sumber: Asiah Hashim

Bahan-bahannya
15 gm serbuk agar-agar
600 ml jus lobak merah dari 100 gm lobak merah yang diparut dan perah airnya
200 gm gula
1 biji telur
200 ml santan pekat
2 sudu makan Nestum
sedikit garam dan pewarna merah

Cara-caranya
Masak agar-agar, gula dan jus lobak merah hingga hancur dan sebati. Telur dipukul kembang dan masukkan santan serta pewarna merah. Masukkan telur ke dalam adunan agar-agar dan kacau. Campur Nestum dan kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan biarkan beku.