Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


April 23, 2009

Coretan: Chenul Sambut Besday ke 5 di Tadika

Photobucket

Photobucket
Happynya Chenul.....Chenul pun tidur lambat sebab sibuk nak tolong Umi buat kek.
Photobucket

Photobucket

Photobucket
Kek Princess yang Chetam buat sendiri. Tak tidur langsung semalaman. Mula dari 9 malam hingga esok pagi. Kenapa lama??? sebab buat lebih dari 70 pcs cupcakes di bawah ni.
Photobucket

Photobucket

Photobucket
Gurubesar tadika Chenul. Cikgu bagitahu berebut budak-budak nak makan kek Princess. Ada yang sampai menangis sebab nakkan patung Princess tu.

April 22, 2009

Keratan Akhbar Kosmo: Coklat enak import didakwa ada lemak babi

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina@kosmo.com.my

KEBANYAKAN coklat import dari Eropah dan Amerika Syarikat didakwa mengandungi campuran lemak babi. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Banyak jenis coklat import bukan sahaja dihasilkan dengan campuran minuman keras tetapi tidak kurang juga yang menggunakan lemak haiwan yang tidak halal termasuk babi.

Dakwaan ini dibuat berasaskan kepada penemuan bahan kimia emulsifier yang dikatakan mengandungi lemak haiwan berkenaan dalam adunan coklat.

Emulsifier secara asasnya agen pewarna, penambah perisa dan memudahkan penyebatian serta menjadikan coklat berkilat.

Orang ramai boleh mengesan dengan mudah mana-mana jenama coklat yang mengandungi emulsifier ini dengan merujuk kepada daftar kod saintifik seperti E-100 hingga E-904 yang biasanya tertera pada belakang pembungkus coklat.

Ada sesetengah jenama coklat hanya mencetak perkataan emulsifier dan ia bahan tambahan daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula mendedahkan, pengusaha coklat di kebanyakan negara Barat lebih gemar menggunakan lemak babi kerana penternakannya meluas terutama di Amerika Syarikat, Denmark, Jerman dan Perancis.

Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, emulsifier memang ada dihasilkan daripada tumbuhan tapi penggunaannya sangat kecil.

“Ada juga yang menggunakan lemak binatang seperti lembu tapi itu juga sangat kecil, mereka lebih gemar guna lemak babi kerana kandungan lemaknya sangat tinggi,’’ jelasnya.

Secara saintifiknya, tubuh babi mempunyai hampir 70 peratus lemak.

Nota Kaki Chetam : Oleh itu, buatlah tempahan HANDMADE CHOCOLATE HALAL di Chocolate de Chetam.

April 07, 2009

PEMBUKAAN RASMI : CHOCOLATE DE CHETAM

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Dengan ini Chetam umumkan pembukaan rasmi Chocolate de Chetam.

Pembuatan coklat secara kecil-kecilan di rumah Chetam sendiri. Untuk keterangan lanjut, bolehlah lungsuri laman web Chocolate de Chetam. Terdapat pelbagai jenis bentuk dan filling serta rasa yang setaraf coklat seperti Cadbury dan Vochelle.

Anda boleh pilih sendiri bentuk dan filling atau nuts yang anda inginkan. Terdapat 2 jenis gred coklat iaitu Real Chocolates - Gred A dan Compund Chocolates - Gred B. Harga coklat adalah mengikut gred yang anda pilih. Untuk coklat yang berwarna-warni, anda perlu memilih Compound Chocolates.

Sila email chetam1@gmail.com untuk sebutharga. Pembelian secara borong akan mendapat potongan harga. Lebih banyak anda beli,adalah lebih jimat. Tetapi tempahan perlu dibuat selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh diperlukan.

Bagi yang tinggal di sekitar Semenyih, Kajang, Bandar Teknologi dan area-area yang sewaktu dengannya, anda juga boleh belajar cara-cara nak membuat Handmade Chocolates ini. Sila email untuk keterangan lanjut. Cara-caranya amat mudah sehingga Chenul pun boleh buat sendiri.

Salam Semanis Coklat dari

Chetam

April 06, 2009

Kek Puding Karamel


Kek Puding Karamel

Sumber : Yani MyResepi

Bahan-bahan

Karamel
60g gula
1 sudu besar air
2 sudu besar air

Puding
4 biji telur
500ml susu segar
70g gula
sedikit esen vanila

Kek span
70g tepung gandum
60g gula halus
2 biji telur
20g mentega- dicairkan

Cara-cara

1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.

2. Sediakan karamel Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.

3. Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.

4. Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.

5. Tapiskan no.4 ke dalam loyang karamel tadi.

6. Sediakan kek span. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.

7. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim.

8. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.

9. Ayak tepung ke dalam no.8 Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.

10. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.

11. Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)

12. Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.


Nota Kaki Chetam:
  1. Dah lama teringin nak buat tapi tak berani sebab nampak macam susah sangat. Lagi satu kelemahan Chetam bila buat karamel, jarang yang jadi.

  2. Tapi bila tengok satu iklan dalam email yang jual kek macam ni, trus Chetam semangat nak mencuba guna resepi Yani.

  3. Bahagian kek tu Chetam modified guna spongemix. Chetam guna 100gm spongemix, 2 biji telur ayam, 25gm minyak masak dan 25gm air. Campur semua bahan dan pukul dengan mixer elektrik sehingga naik.

  4. Bahagian kek juga bukan plain tapi Chetam tambah perasa dan pewarna. Buat ala-ala pelangi. Cuma bila siap, lapisan kek nipis. Lain kali nak buat spongemix 250gm.

  5. Kalau nak tengok lebih jelas cara Yani buat, sila cari di segmen kek dalam My Resepi.

April 02, 2009

CRUMBLE EPAL PISANG

CRUMBLE EPAL PISANG - Marigold Susu Sejat
Sumber : Harian Metro

Bahan
800g Epal Hijau (Granny Smith), dikupas kulit, dibuang empulur dan dihiris
4 biji Pisang ranum, dihiris
1 sudu teh Serbuk kayu manis
2 sudu besar Gula perang halus
1/2 cawan Susu isian Sejat Marigold

Crumble
225g Tepung gandum, diayak
100g Mentega sejuk, dipotong dadu
80g Gula perang halus
40g Kacang walnut yang dicincang

Cara penyediaan

Aturkan epal hijau di atas periuk dan masukkan gula perang halus dan susu isian sejat marigold sekali. Masak dengan api perlahan sehingga epal hijau menjadi lembut. Kemudian, masukkan pisang dan tutup api. Biarkan sejuk.

Ceduk campuran epal tadi ke dalam cawan-cawan mufin.

Sediakan ketukar dengan suhu 170'C.

Untuk menyediakan crumble, gaulkan mentega sejuk bersama tepung dengan hujung jari sehingga adunan hancur. Tambahkan gula dan kacang walnut yang telah dicincang.

Cedukkan crumble ke dalam cawan-cawan mufin tadi sehingga penuh. Jangan tekan crumble.

Akhirnya, bakar selama 15-20 minit atau sehingga crumble bertukar kekuningan.

Nota kaki Chetam:

Resepi di atas adalah resepi asal tapi Chetam dah modified ikut kesesuaian bahan yang di rumah ketika itu.

Pisang tak der so Chetam tak masukkan pisang. Walnut tak der tapi Chetam gantikan dengan badam. Cawan mufin tak der sebab masa tu kat kampung so Chetam gunakan loyang 4 segi. Hasilnya memang sedap sampai berebut-rebut dengan anak sedara.