Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


July 30, 2009

Apa Dalam Kotak Tu????

Selasa lepas Buya, Chetam dan Chenul pegi ke Jalan Raja Bot di area Chow Kit dengan tujuan nak mencari benda ni. Jenuh semua kedai kami masuk tapi yang jumpa sangat mahal. Harga melebihi RM30 sebiji. Kensel......at last jumpa satu kedai yang jual banyak benda ni tetapi harga amat murah. Kenapa murah? Sebab barang reject. Dah kemek sikit tapi bahagian dalamnya masih elok.

Apa benda yang Chetam citer ni??Inilah yang Chetam cari dah lebih seminggu. Selalu beli di Mydin tapi dah habis stok. Chetam perlukan benda ni untuk kelas coklat minggu ni dan minggu-minggu berikutnya. Kenapa Chetam kena selalu beli benda ni? Sebab semua perkakas semasa kelas coklat diberikan kepada students. Sebab tu syarat utama datang belajar, mesti bawa beg plastik besar. Sebab nak angkut benda ni dan juga perkakas lain.

Chetam cuma dapat 12 biji tapi sebiji Chetam dah booking so tinggal 11 biji. Maknanya lagi 11 orang boleh join dan dapat benda ni semua. Kalau Mydin tak tambah stok...alamatnya dah tak leh kasi perkakas ni semua.

SOOOO.....apa tunggu lagi...cepat-cepat daftar untuk kelas coklat berikutnya. Ada ada 4 orang dalam list so tinggal 7 biji yang masih available.

SMS 012-2650314 atau email chetam1@gmail.com untuk mendaftar.

Chetam

UNTUK DIJUAL : ACUAN TEDDY DAN DORAEMON

SOLD OUT!!!

Sila call/sms 012-2650314 atau email chetam1@gmail.com.
Harga di atas tidak termasuk kos penghantaran. Sila tambah RM2.50 untuk Pos Daftar atau RM6.00 untuk Pos Laju.

July 29, 2009

Hadiah Untuk Yang Tersayang....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kalau anda sudah lama mengikuti perkembangan blog Teratak Chetam, mesti pernah membaca posting Chetam berkenaan Gerai Che Na dan Che Ju. Gerai mereka ni port Chetam lepak setiap malam apabila balik keje sementara menunggu Buya datang ambik. Kalau Buya datang lambat, lama la Chetam melepak di situ sambil menjamu selera.

Minggu lepas anak Che Na dari suami pertama melangsungkan perkahwinan di Selatan Thailand. Oh Ya.....Che Na ni orang sana. So Chetam macam anak ayam kehilangan ibu kerana gerai tu ditutup seminggu bagi membolehkan Che Na balik kampung untuk buat persiapan kenduri kendara. Che Ju pun ikut sama. Sebelum balik kampung, Che Na minta tolong Chetam buat hantaran kahwin untuk anak perempuannya yang suka warna pink. Mula-mula Che Na cakap nak cupcakes macam yang Chetam penah buat dulu....siap ngan hiasan bunga-bunga. Tetapi terpaksa Chetam tolak kerana takut tak tahan sebab Che Na balik sana hari Ahad dan kenduri pula pada hari Khamis. Lagipun mereka naik bas....takut tak sempat sampai, cupcakes tu rosak.

Fikir punya fikir......Chetam buat 2 hantaran istimewa untuk geng lepak Chetam tetapi hantaran tersebut tanpa patung beruang tu. Patung beruang saja nak cantikkan gambar...hehehe

Yang dalam kotak di atas merupakan Mashmellow yang dicelup dengan coklat compound dan ditabur dengan hiasan warna warna. Diletakkan dalam kotak yang siap diletakkan petak-petak warna keemasan. Kemudiannya diikat dengan reben warna pink.


Yang di atas ni pulak merupakan coklat compound dengan warna kesukaan anak perempuan Che Na dan perisa Strawberry. Bahagian bawahnya pula merupakan milk coklat dengan krismas dan raisins serta kacang hazel. Coklat di letakkan di dalam bekas bentuk hati dan dicantikkan lagi dengan reben warna sedondon.

Senyum lebar Che Na bila datang ke rumah untuk mengambil hantaran kahwin ni. Lagi laber senyumnya bila dapat tahu yang Chetam beri 2 hantaran kahwin.

Oh yer......semua free of charge.....sebab dengan Che Na, Chetam tak berkira sangat. Sebab Che Na pun tak pernah berkira ngan Chetam. Dah la setiap malam Chetam melepak di gerai. Apa yang dia ada, mesti dia pelawa Chetam sama.

Dah lebih seminggu Chetam tak jumpa Che Na dan Che Ju sebab gerai mereka terpaksa berpindah ke lokasi lain. Lokasi sebelum ni terletak di depan lot kedai yang tak ada penyewa. Tuan punya kedai tu dah ada penyewa so mereka minta Che Na dan Che Ju ubah gerai.

Jangan risau.....Chetam masih ada tempat melepak sebab gerai tu berpindah selang beberapa kedai jer....cuma belum beroperasi lagi.....tunggu hari baik....hehehe.

Semoga jodoh anak perempuan Che Na akan kekal hingga ke akhir hayat dan semoga gerai tu cepat-cepat buka. Dah tak sanggup nak makan tempat lain sebab mahal....hehehe

Chetam
P/S : Kalau berminat untuk menghadiahkan sesuatu seperti di atas kepada insan tersayang, jangan lupa buat tempahan dengan Chetam.

UNTUK DIJUAL : ACUAN COKLAT POLYCARBONATE

Setiap satu acuan Polycarbonate berharga RM33.00, stok adalah terhad. Harga tidak termasuk kos penghantaran melalui Pos Laju atau Pos Daftar.

Sila sms/call 012-2650314 atau email chetam1@gmail.com
SOLD OUT!



SOLD OUT!

July 19, 2009

Betty Crocker How To: Princess Doll Cake

Kalau nak tahu cara nak deko kek Princes......mesti tengok video ni......

Kalau selalunya kita beli patung princess separuh badan, kita ada pilihan untuk masukkan patung Barbie sebagai hiasan. Chetam penah guna patung satu badan yang murah-murah tapi Chetam hanya lilit bahagian bawah ngan plastik dan tekan patung tu masuk ke tengah kek. Hasilnya, permukaan kek boleh pecah atau merekah. Rupa-rupanya, kita boleh buat lubang pada bahagian tengah kesemua lapisan kek untuk masukkan patung dengan mudah.

Tengok...jangan tak tengok.

Kelas Coklat 19 Julai 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Liza - Berrylicious datang dari Sunway untuk menuntut ilmu. Datang sorang-sorang setelah dapat approval dari Che Abang untuk jadi babysitter.

Photobucket
Tersenyum sambil packing hasil coklat yang telah disiapkan
Photobucket
Acuan bunga besar tu saja jer Chetam kasi suruh test.....masukkan biskut dalam coklat
Photobucket
Lagi Mashmellow lolipop

Kelas Coklat 18 Julai 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari Sabtu, ada student dari jauh....Dungun, Trengganu. Kak Chah datang dengan member kamceng beliau iaitu Kak Mai dari Shah Alam. Kak Mai pula datang ditemani oleh seorang bodyguard, Siti Fatimah......sebenarnya anak Kak Mai.

Photobucket
Kak Chah in action. Kak Chah ni tokeh bakeri dari Dungun.
Photobucket
Kak Mai dan Fatimah sedang bersilat menghias Mashmellow Lolipop
Photobucket
Dok tengah menuai hasil....tengah packing coklat untuk dibawa pulang
Photobucket
Mashmellow lolipop dari jarak dekat. Lepas dituang ngan coklat converture, dihias pula ngan sprinkle berwarna warni.
Photobucket
Ini pula gabungan trufle easy oreo dan pops cake
Photobucket
Little Teddies - Nutty Praline
Photobucket
Hasil penat lelah Kak Chah....so sesapa dari Pantai Timur, bolehla order dari Kak Chah

July 14, 2009

KELAS COKLAT

Masih ada kekosongan pada tarikh-tarikh berikut:
19 Julai 2009 - Kosong
25 Julai 2009 - 1 kosong
26 Julai 2009 - Kosong
1 Ogos 2009 - Kosong
2 Ogos 2009 - Kosong

Sila email atau sms untuk buat tempahan kelas lebih awal kerana Chetam perlu menyediakan tools secukupnya.
Misi Penting
Membuat kandi dari coklat couverture dan compound dengan cara yang paling mudah. Anda akan diajar teknik "tempering" coklat couverture yang mudah dan boleh dilakukan di rumah TANPA mengunakan marble slab atau memerlukan bilik yang berhawa dingin. Yang penting selepas selesai menghadiri kelas, anda boleh menjana pendapatan dengan menghasilkan HOMEMADE CHOCOLATE yang HALAL dan bermutu tinggi. Setanding dengan jenama besar seperti CADBURY atau Vochelle.

Apa yang anda akan belajar.
Cara membuat inti coklat "ganache" - pilihan perisa strawberry, coklat, oren, blueberry
Cara membuat coklat berasaskan coklat converture menggunakan Milk Chocolate - Coklat Kekacang, Coklat Praline dengan perisa pilihan
Cara membuat coklat berasaskan coklat compound menggunakan Dark Chocolate - Coklat Hitam perisa Peppermint
Cara membuat coklat berasaskan coklat compound menggunakan White Chocolate - Coklat Praline dengan perisa pilihan
Cara menyucuk lidi pada coklat untuk membuat LoliChoc
Demo membuat Truffles yang mudah
Tips:
Permilihan dan penjagaan acuan coklat
Sumber mendapatkan bahan-bahan asas coklat yang halal, murah, berkualiti dan sedap
Menyimpan dan membungkus coklat


Yuran adalah sebanyak RM 250 dan berikut adalah apa yang akan diberikan semasa kelas.
  1. Nota ringkas berserta FAQ (persoalan berserta jawapan yang akan membantu semasakandi di rumah)
  2. Bahan-bahan coklat yang akan digunakan semasa hands on - coklat converture,compound, ganache untuk filling coklat, kekacang seperti badam, hazel nut atau gajus
  3. Peralatan atau tools membuat kandi - food warmer, mangkuk stainless steel, spatula plastik, scrapper plastik, acuan dan kain tuala - anda boleh membawa pulang tools ini selepas kelas selesai
  4. Bekas plastik untuk mengisi kandi atau coklat yang siap untuk dibawa pulang
Apa yang anda perlu bawa semasa menghadiri kelas.
  1. Apron sekiranya anda tidak mahu pakaian anda terkena coklat
  2. Pen sekiranya anda perlu mengambil nota sendiri
  3. Wang lebih sekiranya anda ingin membeli coklat dan acuan tambahan
Terhad untuk 3 orang setiap kelas. Sila email atau sms untuk book kelas anda.
Setiap Sabtu atau Ahad (10 am sehingga selesai).
Snek ringan akan disediakan.

CHOCOLATE de CHETAM
VP01-41, Vista Perdana, Jalan 3/16
Seksyen 3, Bandar Teknologi Kajang
43500 Semenyih
Selangor
HP: 012-2650314
EMail: chetam1@gmail.com
Anda mungkin juga me

Pops Cake

Senang banget nak buat Pops Cake ni. Chetam kongsi resepi yang Chetam gunakan untuk digunakan semasa kelas coklat Chetam.

Pops Cake Chetam

Bahan
Kek yang telah siap dibakar
Frosting Cream Cheese

Cara
Hancurkan kek. Kemudian masukkan frosting. Gaul hingga sebati. Bulat-bulatkan dan masuk dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti sejuk sehingga tiba masa ia diperlukan.

Bila perlu, keluarkan bebola kek dari peti sejuk. Siapkan coklat yang telah dicairkan. Celup bebola kek. Letak bebola kek atas kertas minyak dan masukkan dalam peti sejuk. Bila dah beku, boleh hias dengan coklat cair yang berwarna warni. Ataupun selepas bebola kek dicelup dalam coklat, terus taburkan hiasan warna warni seperti gambar di atas.

Nota Kaki Chetam
  1. Kek yang Chetam gunakan adalah kek yang Chetam buat sendiri dari cream cake mix yang diberi oleh jiran Chetam. Jiran Chetam baru buka kedai bakery supplies di Subang. Sedap kek ni sampai Buya makan berulang kali sebelum Chetam hancurkan untuk buat Pops Cake.
  2. Frosting yang Chetam gunakan dibuat dengan sukatan berikut : 250gm cream cheese, 1/2 buku butter, lebih kurang 4 cawan gula aising yang dah diayak. Pukul cream cheese dan butter hingga kembang. Lepas tu masukkan gula aising sedikit demi sedikit sehingga dapat tekstur yang dikehendaki
  3. Selalunya frosting digunakan untuk letak di atas kek tetapi untuk Pops Cake, frosting dimasukkan bersama kek yang dah dihancurkan
  4. Untuk dapat lebih banyak informasi berkenaan dengan Pops Cake ni, boleh lawat laman web ni : http://bakerella.blogspot.com
Contoh-contoh Pops Cake



Boleh juga refer youtube di bawah ni.

Kelas Coklat 11 Julai 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ini pula gambar-gambar dari kelas coklat 11 Julai 2009 yang disertai oleh Puan Rose dari Bandar Teknologi Kajang dan Puan Faridah dari Bandar Sri Putra, Bangi.

Puan Rose dengan coklat yang dah dibungkus.
Puan Faridah dok tayang mashmallow bersalut coklat
Nak rasa??
Mana lagi cun??? Tuan punya coklat atau coklat-coklat di tangan.
Dunia....lihat la coklat hasil tangan ku sendiri.....
Yang bulat-bulat tu truffle dengan kacang hazel nut dan lagi satu ialah Pops Cake

Banyak coklat yang dihasilkan

Kesemua perkakas yang digunakan boleh dibawa pulang kecuali acuan polycarnobate yang digunakan.....Chetam kasi acuan plastik jer...hehehe...Bekas berbunga pink tu, mangkuk stainless steel, spatula, scrapper, bekas isi coklat, bekas star untuk isi truffles, tuala kecil....semuanya kepunyaan anda.

Berminat nak join kelas berikutnya? Sila sms atau call 012-2650314 atau email chetam1@gmail.com
Jangan lupa check jadual di atas untuk ketahui kelas yang masih lagi kosong.

July 12, 2009

Kelas Coklat 4 Julai 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kelas 4 Julai 2009 telah selamat disempurnakan. Mula-mula ada 4 students tapi salah seorang dinasihatkan pulang sebab tak sihat. Chetam tak nak la student bayar RM250 tapi tak boleh nak tumpu perhatian sebab masalah kesihatan. Kesian bazir duit kan.

So yang tinggal 3 orang - Zizah dari Johor, Zaza dari Pandah Indah dan Liza dari Bandar Tun Hussein Onn. Gambar Chetam songlap dari blog Zizah sebab kamera Chetam tak cun.

Layan!!!!




Ini Chenul tengah dok menyibuk. Asik nak menolong jer....

Atas ni Zaza dan Zizah....tengah asik tu.....

Alhamdullilah semua selesai pada pukul 4 petang. Semua pulang sambil tersenyum simpul sebab dapat bawa balik banyak coklat dan semua peralatan yang digunakan......BERBALOI kata mereka.

Chetam

Nak oder coklat atau book kelas, sila ke Chocolate de Chetam