Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


January 31, 2010

Kelas Coklat : 31 Januari 2010

Farah dari Puchong. Kagum ngan semangat nak belajar Farah. Chetam tunda kelas beliau banyak kali ke tarikh berlainan....sekali pun tak mengeluh.....tak per kak....saya nak belajar.....SYABAS Farah.....jangan lupa praktik tau...

Kak Fauziah yang datang dari Kedah, singgah rumah anak di Kota Damansara. Lepas tu terus ke kenduri kahwin di Johor. Pagi ni datang ke rumah Chetam di Kajang. Semangat berkobar-kobar.

Ini pulak Chocolate Box yang dihias oleh Farah dan Kak Fauziah. Chetam siapkan dulu kotak ni malam sebelumnya supaya dapat digunakan pada hari ni. Mana la tahu kut pecah macam hari tu sebab tak cukup masa dalam peti sejuk.

January 27, 2010

Sampel Coklat Tempahan Cik Hidayah dan Puan Zabidah


Coklat-coklat di atas ditempah untuk nak rasa coklat-coklat buatan tangan dan HALAL.
Chetam gunakan coklat compound dan converture dari jenama Sicao dan coklat hitam compound dari jenama Van Hounten. Antara filling yang terdapat di atas ialah Epal, Oren, Lemon, Blueberry, Strawberry, Pes Hazel Nut, Mint, Mangga, Nenas dan juga Nutty Praline (bentuk Teddy)

Chenul tengah monyok sebab disuruh jadi model....hehehe...actuallu Chenul tak sihat. Asik cirit birit dan muntah-muntah. Bila makan ubat, elok sihat tapi ahad lepas sampai hari ni....same thing happened. Tengahari tadi dah ke klinik....hepefully tak sakit lagi.

Stick-it notes

Kelas Coklat : 17 Januari 2010

Wanie, student UKM tapi asal orang Dungun. Belajar buat coklat ni sebab nak buat door gifts untuk kenduri kakak nanti.

Yang ini pulak Hezrin yang datang dari Kota Damansara. Sebelum mula kelas, Hezrin dan Wani dok sembang rancak. Chetam sampuk sekali sekala jer. Tiba-tiba Hezrin tanya, Chetam keje tak? Chetam jawap keje kat Plaza Damansara. Lepas tu Hezrin cakap.....saya orang sebelah ofis Chetam.....hehehehe......walaupun ofis sebelah je, Chetam jarang jumpa Hezrin. Kalu terserempak pun dalam lif jer. Last yang Chetam ingat, masa terserempak tu Hezrin masih pregnant. Tapi Chetam ni jenis tak memandang orang dan tegur orang yang tak biasa so memang tak perasan Hezrin ni orang sebelah ofis. Kalu orang tak kenal Chetam, mesti depa cakap Chetam ni sombong.....hehehehe


Cantik kan coklat box ni dihiaskan dengan coklat teddy.

January 19, 2010

Kelas Coklat : 16 Januari 2010

Suhaili dari Shah Alam.

Gee dari Bandar Baru Bangi.

Macam kelas Baini dan Naja....Chetam tunjukkan cara buat coklat box tapi ketuk punya ketuk.....acuan plastik Chetam retak da.....tak tau boleh guna atau tak lepas ni

Ini lolichoc yang turut dibuat pada hari tu.....


Tabik spring pada hiasan loli mashmellow kali ni. Memang jadi dan menawan hasil idea kreatif Gee dan Suhaili. Chetam suka sangat ngan hiasan Suhaili yang belang pink putih/coklat putih..macam ais krim sundae Mc Donald.

January 17, 2010

Ini Dia Pemenang Teka Gambar Teratak Chetam - Zac Zaini


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Chetam baru terima gambar dari Zac malam semalam. Sebenarnya Chetam yang lambat hantar hadiah sebab Zac buat special request nak rasa coklat Chetam. So kena tunggu angin rajin menjelma baru leh buat coklat. Nasib Zac baik sebab ada tempahan coklat yang Chetam terima. So buatkan lebih untuk Zac.

Semua hadiah warna Pink yang dimenangi telah diserahkan kepada Bonda Zac. Sebabnya...Zac ni rupa-rupanya Lelaki. Chetam tak sangka lelaki yang akan menang sebab tu hadiahnya semua pink...hehehe...

Okay Zac.....thanks for the photo and enjoy the chocolates.

Chetam

January 07, 2010

Kelas Coklat : 3 Jan 2010

Kali ni kelas coklat disertai oleh Chef Baini dan Naja. Chef Baini ni yang ajar Chetam buat sugarbox. Masih ingat lagi dia pada bunga ros yang Chetam songlap masa kelas....hehehe

Kelas kali ni lebih merupakan kelas eksperimen sebab Chetam beri peluang kepada Baini dan Naja untuk membuat lolichoc yang berwarna warni serta kotak hati yang diperbuat dari coklat compound sepenuhnya.

Baini (dia marah panggil dia Chef...hehehe) tak banyak karenah. Kalau ada coklat yang dikeluarkan tak sempurna...alamatnya masuk ke mulut da....masa Baini bagi tahu nak join kelas coklat, Chetam suruh dia join kelas Sifu Chetam.....seram la nak ajar...hehehe

Naja dari Gombak. Mula-mula daftar untuk kelas 24 Jan tapi tiba-tiba tukar fikiran untuk datang lebih awal. Naja ni dah siap booking ngan Baini untuk belajar SugarBox. Tujuan utama sertai kelas coklat adalah untuk anak-anak....rupernya anak beranak peminat setia coklat.

Lolichoc Patrick yang dibuat oleh Naja.....Chetam siap menyanyi lagu 10 budak hitam...

Terkasima betul ngan Mashmellow Lolichoc yang dihias cantik oleh Baini. Kreatif betul...lepas ni boleh la Chetam tiru gaya beliau...minta izin yer....

Sponge bob ni pulak hasil tangan Baini....siap refer gambar yang asal dalam henpon.

Ini la cara nak buat teddy lolichoc....macam nak kena sula la pulak....

Gabungan wafer munchy dan pops cake yang dicelup coklat....ini hasil tangan Naja

Ini pulak hasil tangan Baini.

Ini bahan eksperimen...buat coklat bar tetapi sebelum ni Naja tabur Bubble Rice berperisa fruity sampai penuh acuan.....nak letak coklat lepas tu pun tak boleh sebab sendat ngan bubble rice...hehehe. Di atas coklat bar tu adalah penutup kotak coklat berbentuk hati.

Naja tengah dok kaler seluar si Patrick

Inilah hasilnya Kotak Coklat berbentuk hati yang diisi dengan 3 butir coklat. Cantik kan.....Ini hasil kerja tangan Naja dan Baini.....Chetam cakap macam lembu frisian.....hehehe...

Sebenarnya acuan kotak hati dapat hasilkan 2 kotak. Tapi disebabkan susah nak keluar......depa suruh Chetam ketuk. Dek kerana tengah dok syok mengetuk, kotak pertama pecah. Terpaksala Chetam gantikan dengan kotak yang dah Chetam siapkan. Alhamdullilah kotak kedua keluar dengan sempurna.

January 04, 2010

Resepi: Kerabu Ikan Sardin

Kerabu Ikan Sardin
Sumber: Che Na/Che Ju Bandar Teknologi Kajang

Bahan
Ikan Sardin dalam tin
Limau nipis ]
Cili Api ]
Kajang panjang ] hiris nipis-nipis
Daun kesom ]
Serai ]
Bawang merah ]
Garam, gula, serbuk perasa } secukup rasa

Cara
Ramas semua bahan kecuali limau nipis.
Perah air limau dan masukkan ke dalam kerabu.

Tips: boleh juga dijadikan inti sandwich

January 03, 2010

Iklan Berbayar : MozRa Boutique - Koleksi Tudung Fesyen Terkini

Salam & Selamat Datang Ke MozRa Boutique

Salam n selamat sejahtera buat semua yg sedang melayari blog kami. Kami di MozRa Boutique menawarkan kepada semua beberapa koleksi tudung2 terkini malah semakin hangat d pasaran.

Koleksi kami terdiri daripada MANHANI COLLECTION, SOPHY COLLECTION, C'JELITA COLLECTION, AN-NUR COLLECTION & yg akan datang LIMITED EDITION di bawah label kami sendiri iaitu MozRa Collection.

Kami menawarkan bukan sahaja rekaan terkini malah kualiti yg setanding dengan jenama terkenal di pasaran sana, tetapi dengan harga yang JAUH LEBIH MURAH & BERPATUTAN...

Semoga tudung2 yang kami tawarkan memenuhi citarasa anda.

Maklumat lanjut, hubungi Tun Mozla atau Razi di
012-9706708@ 012-357 1873.

Untuk lebih pilihan, sila ke MozRa Boutique.