Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


February 12, 2010

Rombongan Cik Kiah ke Dezzaris di Nilai 3 dan CMR di Nilai 5.

Layan gambar dulu. Nanti Chetam citer.






Coklat yang Dihasilkan Semasa Kursus Asas Coklat di Lembaga Koko Malaysia

Ini lah tempat Kursus Asas Coklat diadakan - Lembaga Koko Malaysia

Ini hasil kerja tangan Chef K. Moulded Chocolates dari Real Chocolates.

Ini pun hasil kerja tangan Chef K. Yang berbunga putih tu solid, tak der inti tetapi dihiasi dengan transfer sheet yang dibeli di German. Yang marble tu sebenarnya Dakar.

Ini pulak hasil kerja tangan grup Chetam. Lupa pulak ada inti atau tidak. Kalau tak silap, ada peanut butter di dalamnya.

Dari grup Chetam - wafer munchy dicelup coklat.

Bahan-bahan untuk menghasilkan Splitter. Dan hasilnya seperti di bawah. Sedap sangat coklat ni.


Ini adalah bahan-bahan untuk salutan Dakar. Dan hasilnya seperti di bawah. Yang ini pun sedap.

Tempahan dari Puan Rahimah, Shah Alam

Tempahan dari Puan Rahimah, Shah Alam untuk 115pcs lolichoc Teddy dengan perisa Epal dan Strawberi. Ini merupakan tempahan mengejut untuk majlis pada hari Ahad ni. Tiga malam nak siapkan tempahan ni sebab lolichoc teddy memerlukan coklat disiapkan terlebih dahulu, baru boleh dicucukkan lidi di bawahnya.


Untung juga beli tempat cucuk telur ni di Thank Q, Nilai 3. Dapat juga si Teddy ni semua berposing dahulu sebelum masuk kotak.

Tempahan dari Puan Ramnah, Kajang

Tempahan dari Puan Ramnah merupakan 100pcs coklat kompoun dengan filling strawberi. Puan Ramnah nak coklat dalam bentuk pelbagai bentuk tetapi mesti dihiasi dengan coklat putih.



Nak buat tempahan? Senang saja.....email chetam1@gmail.com atau sms 012-2650314

Kelas Coklat : 6 Februari 2010

Bodyguard paling muda...hehehe....kalau tak silap nama baby ni Daris...menemani ibu belajar buat coklat. Umur Baby Daris masa datang ke kelas Chetam, blum pun 2 bulan. Masa sambut di muka pintu, terkejut juga tengok ramai yang datang termasuk Baby Daris. Gambar di atas Baby Daris dah ready nak balik.

Pasangan adik beradik, Halimah dan Miza dari Bandar Baru Bangi.

Ini Miza, ibu kepada Baby Daris. Kesian Miza....sekejap sekejap kena tinggalkan coklat untuk susukan baby Daris. Akibat dek kerana coklat asik dibiarkan lama, kebanyakan coklat Miza tak nak keluar dari acuan. Nanti balik cuba di rumah yer....

Ini pula Halimah.....Alhamdulillah semua coklat beliau jadi. Sebenarnya Halimah dari Jalan Duta. Datang dengan komuter dan kemudian dijemput oleh Miza. Semangat nak belajar sebab Halimah pengemar coklat. Di bawah adalah hasil kerja tangan Halimah.




Anita datang dari Setiawangsa. Di bawah ni semua hasil kerja tangan Anita.



February 05, 2010

Kursus Asas Coklat di LKM - Tunjuk Ajar oleh Chef K



Demo oleh Chef K. Lepas tu semua peserta buat latihan amali.
Memang best sebab banyak tips yang dipelajari dari Chef K.

Untuk semua peserta Kursus Asas Coklat pada tarikh 4 dan 5 Februari 2010, sila email chetam1@gmail.com jikalau nak lain-lain video clips. Yang dah sign autograph....hehehe....dan beri email dalam buku nota LKM yang comel tu....Chetam akan emailkan sebentar lagi. Oh ya...bila email...sila beri kata laluan.....kasi Chetam nama penceramah pertama pagi semalam. Iyer la....kang ramai pulak yang ngaku ikut kursus tu....hehehe....

Chetam cuma upload 1 video klip saja. Sesiapa yang berminat nak mengikuti Kursus Asas Coklat, jangan lupa lungsuri laman sesawang Lembaga Koko Malaysia dan muatturun borang kursus tersebut. Satu kursus akan diadakan di N.Sembilan bulan depan dan satu lagi di LKM sendiri pada penghujung bulan May dan awal Jun. Tempat adalah terhad.

Kursus yang ditawarkan ini melibatkan penggunaan bilik berhawa dingin dan teknik tempering menggunakan marble slab.

Chetam seronok dapat kenal ngan ramai peserta. Ada yang 1st time nak kenal coklat. Ada yang dah buka biz coklat, tak kurang yang buka biz lain macam kafe. Ramai yang merupakan tokeh kek dan biskut. Ada yang terlibat dalam dunia andaman dan hantaran kahwin. Dan yang paling Chetam respek, Najwa dan Bonda beliau yang datang dari Kuala Selangor.

Nanti Chetam akan uploadkan gambar-gambar sekitar kursus dan coklat yang dihasilkan.

Chetam